Thursday, 10 October 2013

Kenapa Badan Kita Memerlukan Suplemen?

Assalamualaikum semua..

First of all, terima kasih sebab sudi luangkan masa membaca entri saya pada kali ini iaitu tentang kenapa badan kita memerlukan suplemen.


Kita masih memerlukan vitamin dan suplemen tambahan


Kadang-kadang ada orang yang mempertikaikan kenapa kita nak ambil suplemen sedangkan kita boleh dapatkan kebaikan dan khasiat yang sama dari sumber-sumber yang lebih semulajadi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan?

Sebelum menjawab persoalan itu, mari kita kaji dulu apakah itu suplemen..

Apa itu Suplemen?

Secara umum, suplemen merupakan makanan tambahan dalam bentuk minuman atau makanan. suplemen boleh wujud dalam bentuk pil, kapsul, cecair atau tablet.

Badan kita sememangnya memerlukan vitamin dan mineral sebagai tambahan, untuk memastikan ia bergerak aktif, seperti vitamin C, bagus untuk kulit serta vitamin E, asid amino, zink dan sebagainya.

Kenapa kita perlu ambil suplemen?

1. Depleted soils. walaupun kita makan sayuran dan buah-buahan, kemungkinan ianya tumbuh dari tanah yg mempunyai kandungan mineral yg tidak mencukupi. apabila makanan yg ditanam berulang kali dalam tanah yg sama, kandungan mineral tanah akan berkurangan dari masa ke semasa.

2. Waktu transit penghantaran yg lama. ada makanan yg kita beli adalah diimport dari negara luar spt India,China dan Thailand. Kadang2, makanan ini memakan masa berminggu ataupun mungkin berbulan untuk kita dapatkan ia berada di atas rak kedai yg biasa kita kunjungi. jadi, kualiti dan khasiatnya sudah tentu akan berkurangan mengikut masa yg berlalu.

3. Makanan yg terlebih masak. tabiat masakan yg tidak betul akan 'membunuh' makanan tersebut dan menghilangkn sebahagian atau mungkin semua khasiat makanan yg dimasak.

4. Tidak mengamalkan jadual pemakanan yg teratur. kadang2 kita tidak perasan apabila kita selalu skip sarapan pagi dan melantak dgn banyaknye pada waktu makan tengahari. tabiat ini akan memudaratkan sistem penghadaman kita dan bole membawa kepada masalah gastrik, sakit ulu hati dan lain2 lg.

5. Kesan penuaan. semakin meningkat umur seseorang, semakin kuranglah enzim2 yg dihasilkan oleh tubuh badan. dengan itu, semakin kuranglah keupayaan badan kita untuk mencerna dan menyerap khasiat makanan yg diambil.

6. Stress, stress, stress!! tekanan hidup yg dialami akan melemahkan sistem imun badan kita. oleh itu, dengan pengambilan suplemen, ianya akan membantu dalam mengembalikan fungsi badan pada tahap yg paling optimal.

Kesimpulannya....

Sebelum mengambil sebarang makanan tambahan, kita perlu pastikan apakah kepentingan suplemen tersebut kepada kesihatan kita? Adakah suplemen tersebut penting untuk penyakit yg kita hadapi?

Apepun, kita perlu ingt bahawa suplemen tidak akan menyembuhkan sesuatu penyakit tetapi ia boleh membantu dalam mengekalkan kesihatan tubuh badan. kadar pengambilan suplemen juga mesti dititikberatkan kerana jika berlebihan, ianya hanya akan memudaratkan kesihatan kita, malah boleh membawa kepada penyakit lain pula.

Jika anda rasa memerlukan suplemen tambahan tapi tak tahu mana yg baik, sila hubungi saya tau!! Saya adalah Pengedar Sah Shaklee Puchong dan bersedia membantu anda sebaik mungkin. InsyaAllah!!

Pengedar Shaklee Puchong, Kinrara, Taman Putra Perdana dan Taman Mas


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Pertanyaan...?

Name

Email *

Message *