Saturday, 30 November 2013

Set Penyusuan Asas Shaklee Bantu Tambah Susu Badan

Pengambilan pemakanan yang seimbang dan mengandungi nutrisi yang lengkap amat penting untuk kesihatan para wanita khususnya yang sedang menyusukan anak. Kekurangan nutrien yang tertentu, boleh menyebabkan proses penghasilan susu badan terganggu.

Pemakanan dan pengambilan suplemen yang lengkap akan membantu ibu mengatasi masalah kurang susu badan
Pengambilan pemakanan seimbang dengan nutrien lengkap membantu mengatasi masalah kurang susu badan

Namun, pada masa kini kesedaran tentang kebaikan penyusuan ibu semakin mendapat tempat di hati para wanita. Ini kerana, di samping dapat memberikan khasiat susu ibu terbaik buat anak, para wanita juga akan turut mendapat pelbagai manfaat kesihatan dari penyusuan tersebut.

Kenapa Anda Perlu Menyusukan Bayi Anda?

  • Ketahuilah bahawa bayi anda yang comel dari anugerah Allah akan membesar bersama manfaat khasiat terbaik dari susu ibu; makanan pertama bayi yang terbaik dan yang paling lengkap di dunia ini!
  • Susu ibu dihasilkan dengan manfaat khusus untuk menyesuaikan dengan keadaan usus dan perut bayi yang baru lahir, di mana susu ibu lebih mudah dicernakan oleh usus bayi.
  • Bayi yang menyusu badan sangat kurang mendapat risiko sembelit, mahupun cirit birit.
  • Bayi yang menyusu badan akan mendapat manfaat nutrien dari apa yang ibu makan. Contohnya, jika ibu mengambil makanan yang mengandungi sumber mineral Kalsium, bayi juga secara tidak langsung akan mendapat khasiat mineral tersebut dari penyusuan badan. 
  • Risiko adalah rendah untuk bayi anda mendapat pelbagai jangkitan seperti jangkitan saluran pernafasan, jangkitan saluran pencernaan, jangkitan dalam telinga, jangkitan di saluran air kencing. 
  • Sistem imun badan bayi akan diperkuat dengan antibodi yang disalurkan melalui susu ibunya. Khasiat ini diperoleh melalui Kolostrum, susu awal ibu yang dihasilkan antara tempoh-tempoh akhir mengandung sehingga beberapa jam selepas ibu melahirkan. Kolostrum mengandungi banyak karbohidrat, protein dan antibodi, mudah dicerna, mengandungi kandungan imun yang tinggi dan mengandungi sel darah putih.
  • Kalau anak bijak, bagilah susu badan kerana susu ibu mengandungi Asid Lemak DHA yang amat penting untuk pertumbuhan sihat otak anak. 
  • Sentuhan berterusan antara bayi dan ibu juga menggalakkan perkembangan kognitif dan emosi sihat bayi anda.
  • Bayi menyusu lebih mendapat mendapat manfaat gusi dan gigi yang kuat dan sihat. ditambah pula dengan kurang risiko mendapat kaviti di masa hadapan hidupnya. 
  • Bayi menyusu kurang cerewet dalam bab-bab makan. Ini kerana susu ibu boleh berubah rasa bergantung kepada corak pemakanan ibu. Oleh itu, secara tidak langsung ini mendidik bayi untuk menerima pelbagai jenis makanan di kemudian hari.

Apakah Kelebihan dan Manfaat Penyusuan Badan Kepada Ibu?

  • Penyusuan badan adalah kaedah semulajadi untuk mengurangkan berat badan. Walaupun anda mengambil makanan mengandungi kalori untuk memperbanyakkan susu badan, kalori tersebut akan disalurkan kepada bayi. Manfaatnya, badan anda tidak akan menyimpan kalori berlebihan. (Kecuali anda mengambil lebih kalori dari sepatutnya!).
  • Dari penyusuan akan tercetusnya Oksitosin; sejenis hormon yang akan memberi perasaan gembira dan tenang kepada ibu disamping membantu mengecutkan rahim dengan lebih cepat.
  • Akan mengurangkan risiko anda mendapat Kanser Rahim dan Kanser Payudara. 
  • Lebih mudah untuk anda bergerak ke mana-mana tanpa perlu membawa segala macam keperluan bayi untuk menyusu seperti thermos, botol air masak, tin susu dan sebagainya. 
  • Penyusuan badan adalah satu kaedah perancang keluarga yang baik. Ini kerana, menyusu badan akan melambatkan kedatangan haid. Kebiasaannya, para ibu akan mendapat haid kembali selepas 4 hingga 6 bulan penyusuan secara ekslusif.

Kenapa Masalah Kurang Susu Badan Boleh Berlaku?


Terdapat pelbagai faktor mengapa masalah kurang susu badan boleh berlaku. Antaranya:
  • Ibu menyusu tidak mengamalkan pemakanan seimbang yang mengandungi nutrien lengkap untuk menampung keperluan penyusuan.
  • Tidak kerap menyusukan bayi.
  • Tidak kerap mengepam atau memerah susu badan.
  • Payudara tidak dikosongkan sepenuhnya.
  • Kurang minum air.
  • Ibu stress atau tertekan.

Lebih kerap bayi disusukan atau lebih kerap sesi perahan, maka lebih banyak susu akan dihasilkan
Prinsip asas penyusuan yang betul

Ibu Sihat dan Penyusuan yang Berjaya Bermula dengan Nutrisi yang Betul


Set Penyusuan Asas Shaklee dapat membantu para ibu mengatasi masalah kurang susu badan

Set Penyusuan Shaklee dapat membantu para ibu untuk mengatasi masalah kurang susu badan

Set asas ini membantu mencukupkan keperluan nutrisi badan ibu menyusu:
  • Vitalea ~ Satu suplemen multivitamin dan multimineral lengkap dengan 28 vitamin dan mineral penting untuk memenuhi keperluan harian ibu menyusu. 
  • B Complex ~ Vitamin B adalah tergolong dalam kumpulan vitamin larut air. Ia mampu meningkatkan penghasilan susu badan, disamping meningkatkan fungsi otak, mengurangkan stress, menukarkan makanan kepada tenaga. Ini membantu mengurangkan keletihan ibu menyusu. Menggalakkan tumbesaran yang sihat bagi bayi dan kanak-kanak. 
  • Vita-C ~ Vitamin C adalah juga vitamin larut air dimana membantu meningkatkan penghasilan susu badan. Juga menguatkan sistem imun ibu dan mencantikan kulit ibu juga bayi yang disusukan. 
  • Alfalfa ~ Alfalfa adalah salah satu herba yang terkenal untuk meningkatkan penghasilan susu ibu selain halba. Juga amat baik diambil oleh ibu-ibu yang mengalami masalah alahan dan resdung. Ia juga amat baik untuk mengatasi masalah sembelit.


Nak dapatkan info lanjut tentang Set Menyusu Shaklee?

  • Boleh whatsapp saya, Sue di 017-361 6140
  • Saya boleh COD area Puchong, Kinrara, Taman Putra Perdana dan yang sewaktu dengannya.
  • Bagi lokasi yang lebih jauh, saya akan mem'POSLAJU'kan order anda secepat mungkin. InsyaAllah!
  • Kalau nak beli dengan harga ahli, lagi murahhh. Boleh jimat 15% - 30% !!! Sila buat pembelian dimana-mana cawangan Shaklee terdekat dgn menggunakan ID saya: 1066940 atau boleh mendaftar sebagai ahli.
  • Buat pembelian RM 700.00 ke atas dalam satu pembelian untuk pendaftaran PERCUMA atau bayar RM 69.00 sekali seumur hidup. Apa yg anda perlu buat hanyalah menghubungi saya dan saya akan uruskan secepat mungkin.

1 comment:

  1. jomdapatkan set penyusuan shaklee pada harga terbaik dari saya! suplemen tambahan yang lebih selamat dan semulajadi untuk kesihatan dan perkembangan terbaik anak anda melalui penyusuan badan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Pertanyaan...?

Name

Email *

Message *