Saturday, 7 December 2013

20 Tips Untuk Penyusuan Badan yang Berjaya

Entri pada kali ini saya ingin berkongsi dengan wanita-wanita di luar sana yang berhasrat untuk menyusukan bayi mereka atau mungkin juga sudah memulakan program penyusuan ekslusif untuk bayi anda tetapi masih ragu-ragu dengan kemampuan anda.

Setiap Kelahiran Adalah Unik

Tidak kiralah samada anda baru pertama kali bergelar ibu atau sudah kali yang ke-2 dan ke-3, setiap kelahiran anak-anak kita adalah unik dan tidak akan sama seperti kelahiran yang lain. Oleh itu, dengan memperoleh sebanyak mungkin ilmu tentang penyusuan badan yang betul adalah amat penting kerana silap haribulan, penghasilan susu akan beransur-ansur kurang dan terus tiada.


Bayi akan mendapat pelbagai manfaat terbaik dari penyusuan badan


20 Tips Penyusuan Badan:

  • Mulakan aktiviti penyusuan dalam tempoh 1 jam selepas melahirkan.
  • Bayi baru lahir memang kerap menyusu kerana susu ibu mudah hadam. Oleh itu bayi mudah rasa lapar dan kerap ingin menyusu.
  • Kuantiti Kolostrum memang sedikit tetapi cukup untuk keperluan bayi. Bayi anda hanya memerlukan 5 - 10ml setiap kali penyusuan pada hari-1 sehingga hari ke-3.
  • Semakin kerap payudara dikosongkan, semakin cepat susu dapat dihasilkan. Jadi, kuantiti susu ibu akan bertambah mengikut kekerapan pengosongan payudara.
  • Untuk penghasilan susu yang optimum, anda perlu memastikan payudara dikosongkan 8 - 12 kali dalam tempoh 24 jam samada dengan menyusukan bayi atau memerah susu. Bermakna, anda harus menyusukan/mengepam setiap 2-3 jam.
  • Anda digalakkan untuk kerap menyusukan anak pada waktu malam kerana tahap Prolaktin yang tinggi pada ketika ini dapat merangsang lebih banyak penghasilan susu ibu.
  • Selain daripada hormon Prolaktin dan Oksitosin, terdapat 1 lagi hormon yang juga penting dalam penyusuan iaitu Feedback Inhibitor of Lactation (FIL). Apabila payudara semakin penuh, kelenjar pituitari akan merembeskan hormon FIL sebagai petunjuk untuk memperlahankan penghasilan susu. Apabila keadaan ini berlarutan, lama-kelamaan penghasilan susu akan terhenti.
  • Anda perlu berhati-hati semasa mencuci payudara. Elakkan dari menyapu sabun pada bahagian aerola dan puting. Pencucian terbaik adalah menggunakan air suam.
  • Ketika mengepam, bayi mahu menyusu. Berilah bayi anda menyusu terlebih dahulu. Ini kerana hisapan bayi adalah rangsangan terbaik untuk menghasilkan lebih banyak susu. Berilah bayi anda menyusu sepuas-puasnya. Selepas itu, anda boleh kembali mengepam bagi memastikan payudara dikosongkan sebaik-baiknya.
  • Jika bayi cuma gemar menyusu hanya sebelah payudara, sila pam lagi sebelah payudara. Ini adalah untuk memastikan bahagian yang jarang bayi menghisap susu akan terus mendapat rangsangan yang sama untuk berterusan menghasilkan susu. 
  • Jika stok susu cuma sedikit, amalkan Power Pumping setiap hari. Ia sangat berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu. Caranya: Anda perlu Mengepam 10 minit, Rehat 10 minit. Lepas tu, teruskan lagi dengan PAM 10 minit, REHAT 10 minit. Teruskan usaha ini dalam tempoh 1 jam (dalam sehari) sudah memadai.
  • Air adalah komponen utama susu ibu. Jadi anda perlu minum air minimum 3 - 4 liter sehari. Lebih baik jika air masak atau air suam.
  • Amalkan zikir Ya Matin, 70 x setiap hari untuk memperbanyakkan susu ibu. Waktu yang paling baik adalah pada waktu malam dan Subuh. Boleh juga bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air sebelum diminum.
  • Sebelum tamat tempoh cuti bersalin, anda perlu mengajar bayi menyusu susu ibu menggunakan kaedah alternatif (contohnya botol susu) selepas usianya 50 hari. Anda tidak boleh menyusukannya sendiri tetapi minta bantuan orang lain seperti ayah atau nenek kepada bayi untuk melakukan. Ini kerana bayi mudah buat perangai dengan ibunya dan tidak akan mahu menyusu botol.  
  • Bayi yang menyusu secara ekslusif tidak perlu diberi sebarang jenis air lain termasuk air kosong.
  • Ibu mestilah kerap menyusukan bayi secara langsung atau bagi ibu yang berkerja, boleh membuat sesi perahan yang konsisten setiap 3 jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar-benar kosong.
  • Ibu haruslah mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang untuk memenuhi keperluan nutrisi menyusu sehari-hari.
  • Saya faham bahawa kadang-kala agak sukar untuk para ibu mendapatkan segala nutrisi yang diperlukan dari pemakanan mereka. Sebagai ibu yang baru melahirkan, masih dalam pantang, kemudian perlu menyusukan bayi pula.. ianya menuntut usaha dan kegigihan yang tinggi dari ibu. Tetapi, percayalah bahawa usaha anda tidak akan sia-sia kerana bayi akan mendapat manfaat yang terbaik dari susu badan anda.
  • Istiqamah dan disiplin adalah amat penting. Jika tidak, usaha anda tidak akan membuahkan hasil seperti yang dikehendaki.
  • Jika ibu-ibu lain telah ramai yang berjaya dengan penyusuan ekslusif (walaupun berkerjaya), tidak mustahil anda juga boleh mencapainya!

Testimoni Pengguna Set Penyusuan Shaklee
Anda juga boleh!

Pengedar Set Menyusu Shaklee

Sebagai Pengedar Sah Shaklee, saya bersedia membantu anda dalam mencapai kejayaan dalam penyusuan ekslusif untuk bayi tersayang anda. Sila hubungi saya untuk konsultansi percuma berhubung Set Penyusuan Shaklee serta dapatkan harga terbaik dari saya.


Set Penyusuan Shaklee membantu penyusuan badan secara ekslusif
Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi kesayangan anda!


Suhana Fuad adalah Pengedar Sah Shaklee Puchong serta seluruh Malaysia


  • Saya boleh COD area Puchong, Kinrara, Taman Putra Perdana, Taman MAS dan yang sewaktu dengannya.
  • Bagi lokasi yg lebih jauh, saya akan mem'POSLAJU'kan order anda secepat mungkin. InsyaAllah!
  • Kalau nak beli dengan harga ahli, lagi murahhh. Boleh jimat 15% - 30% !!! Sila buat pembelian dimana-mana cawangan Shaklee terdekat dengan menggunakan ID saya: 1066940 atau boleh mendaftar sebagai ahli.
  • Buat pembelian RM 700.00 ke atas dalam satu pembelian untuk pendaftaran PERCUMA atau bayar RM 69.00 sekali seumur hidup. Apa yang anda perlu buat hanyalah menghubungi saya dan saya akan uruskan secepat mungkin.

Rujukan:
  • Majalah Pa&Ma Jun 2013 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Pertanyaan...?

Name

Email *

Message *