Sunday, 30 March 2014

Punca Berat Badan Bertambah

Kadang-kala kita tertanya-tanya kenapa berat badan semakin hari, semakin bertambah. Pada mulanya kita seperti tidak ambil kisah. Terutama kepada wanita yang telah berumahtangga. "Alaaa. Aku dah laku dah. Tak payah pening-pening kepala pikir tentang berat badan ni. Husband pun tak kisah."

Sehinggalah pada suatu hari, tetiba datang satu kerisauan. Dah tak senang duduk. Jumpa member-member lama, semua kurus murus, slim melim, walaupun dah beranak 3. Laki pulak asyik jeling wanita lain tatkala berjalan window shopping ngan anak-anak hujung minggu.

Ada juga individu yang selama ini memandang remeh tentang masalah berat badan yang bertambah. Bila doktor dah pesan kurangkan berat badan, barulah nak mencari bermacam-macam produk kuruskan badan. 

Kurus untuk Sihat


Kita perlu ingat bahawa keinginan untuk menurunkan berat badan bukanlah tujuan hanya semata-mata untuk tujuan kecantikan sahaja. Tetapi, kita perlu tetapkan matlamat bahawa kita hendak kurus untuk SIHAT. Tidak kiralah samada anda adalah wanita atau lelaki.

Kurus untuk sihat

Setelah menetapkan matlamat, barulah kita cari punca-punca kenapa kita boleh gemuk. Dengan mengetahui lebih spesifik akan punca kenapa masalah berat badan ini, barulah kita akan lebih fokus dan menumpukan kepada perkara yang menyebabkan berat badan kita bertambah. Serta seterusnya boleh menggunakan kaedah yang paling sesuai untuk mengatasi masalah tersebut.

Apakah Punca-Punca Yang Boleh Menyebabkan Berat Badan Bertambah?


Kurang tidur

Fungsi badan akan bekerja pada tahap optimum jika kita mendapat rehat yang cukup. Bagaimana hendak mendapat rehat yang cukup? Mestilah dengan mendapatkan MASA tidur yang cukup serta BERKUALITI. Jika banyak sangat tidur pun tak elok. Jadi, cuba dapatkan masa tidur selama 8 jam setiap hari.

Kurang tidur akan menyebabkan kita stress, kesihatan psikologi terganggu dan ini akan membuatkan badan lebih mudah menyimpan lemak. Bila kurang rehat dan keletihan, kita akan lebih mudah untuk mengambil makanan yang tinggi gula dan kalori. 

Stress

Semakin meningkat umur, tanggungjawab serta komitmen juga turut bertambah. Komitmen kepada agama, kepada pasangan, anak-anak, ibu bapa, kerjaya, sedara-mara, kawan-kawan, hutang.

Individu yang stress akan lebih mudah untuk mengumpul lemak terutama di bahagian perut. Kita akan lebih cenderung untuk mengambil makanan segera, banyak kalori dan tinggi kandungan gula..

Ubat-ubatan

Sesetengah ubat untuk mengatasi masalah seperti anti-depressi, tekanan darah tinggi, migrain, sakit ulu hati dan diabetes (kencing manis) boleh menyebabkan berat badan bertambah.

Cubalah berbincang dengan doktor anda untuk mengubah preskripsi ubat atau dose. Tetapi janganlah pula kita terus tidak mengambil ubat tersebut tanpa nasihat doktor. 

Oral Contraceptive atau Pil Perancang juga boleh menyebabkan kesan berat badan bertambah dalam jangka masa panjang kepada sesetengah wanita.

Masalah Kesihatan

Masalah kesihatan juga boleh menjadi punca kenapa berat badan bertambah. Antaranya ialah hypothyroidism. Kekurangan hormon tiroid boleh menyebabkan tahap metabolisme badan berkurangan dan seterusnya berat badan akan berlebihan.

Masalah kesihatan yang lain adalah seperti Cushing Syndrome dan Polycystic Ovarion Syndrome (PCOS).

Menopaus

Kebanyakan wanita mengalami menopause ketika di peringkat pertengahan umur. Ketika ini, wanita kurang membuat aktiviti fizikal serta kadar metabolisme juga menurun. Ditambah pula dengan perubahan hormon yang boleh mencetuskan rasa lapar, serta perubahan mood yang tidak menentu, susah tidur dan depressi. 

Semua ini menyumbang kepada pertambahan berat badan dan wanita yang telah menopause cenderung untuk mendapat bentuk badan yang lebih besar di bahagian tengah badan, iaitu perut, pinggang dan peha. 

Pilihlah Produk Pelangsingan Badan yang Selamat dan Berkesan


Dalam pada kita teruja nak mencuba produk-produk kuruskan badan, buatlah sedikit kaji selidik dulu. Ciri-ciri produk yang membantu membakar lemak dengan baik, selamat dan berkesan biasanya mengandungi:

Mineral Kromium

Kromium boleh membantu mengekalkan dan meningkatkan jisim otot tanpa lemak (lean muscle mass). Ia juga berupaya mengurangkan lemak serta mengurangkan selera kita untuk mengambil makanan yang berlebihan.

Tinggi Protein

Produk pelangsingan badan yang tinggi kandungan Protein boleh membantu membakar lemak yang tidak diingini. Protein dari sumber tumbuhan juga membantu membuatkan kita berasa kenyang dengan lebih lama.

Kaya Fiber


Produk kuruskan badan yang kaya fiber amat berkesan untuk membuatkan kita cepat berasa kenyang dan puas. Jadi, ini dapat mengelakkan kita daripada mengambil makanan secara berlebihan.

Asid Lemak Omega 3


Bakar lemak dengan lemak. Asid lemak Omega 3 amat berkesan dalam membantu membakar lemak disamping mengekalkan jisim otot. Kesan membakar lemak akan lebih berganda-ganda jika disertai bersama senaman yang sesuai.


Teh Herba


Kandungan Catechins dalam teh boleh membantu menghilangkan lemak yang tidak diperlukan. Teh herba seperti Teh Hijau juga membantu mempercepatkan proses baikpulih selepas workout.

Teh herba juga kaya dengan antioksidan Polifenol yang mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas dalam badan.

Terima kasih sudi singgah blog saya ni ye. Kalau ada apa-apa pertanyaan, boleh terus wassap saya, Sue di 017-361 6140 atau tinggalkan jek komen di ruangan kat bawah ni ye :)

Selamat Kurus dan Sihat !!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Pertanyaan...?

Name

Email *

Message *