Bayangkanlah setiap kali lepas keluar bilik air, gatalnya ya amattt!!! Almaklumlah, hama-hama ni suka duduk ditempat-tempat yang sejuk dan lembap seperti celah-celah peha dan punggung. Dan yang paling kesian, of course lah anak-anak saya yang asyik tergaru-garu hingga luka dan berdarah.. terutamanya pada waktu malam..
Malas nak citer panjang lebar apa itu Kudis Buta. Secara ringkasnya,
- Kudis Buta adalah sejenis jangkitan kulit yang disebabkan oleh hama.
- Hama tersebut akan membentuk laluan / terowong di bawah lapisan luar kulit dan bertelur di situ. Ia juga akan menghisap darah dari mangsanya..
- Kudis Buta boleh dijangkiti melalui sentuhan kulit ke kulit atau perkongsian tempat tidur, bantal, selimut, tuala dan sebagainya. Sorang dapat, satu rumah mesti kena jugak!
![]() |
Bayangkan serangga ini berumah tangga di badan anda! |
Kebanyakkan cara-cara yang saya amalkan adalah hasil usaha mencari info dengan pertolongan Pakcik Google dan juga pengalaman sendiri.
So, dibawah ni saya senaraikan semua usaha yang telah saya buat untuk membasmi hama-hama degil tersebut:
1. Lotion Anti-Kudis Buta Brand Aoscabs
Firstly, saya pergi beli kat farmasi satu Lotion khas : Anti-Kudis Buta untuk mematikan hama-hama Kudis Buta ini.
Lotion ni memang TERBAIIIK!! |
Korang tak payahla buang duit, buang masa pakai lotion jenis lain sebab saya rasa lotion nilah yang paling bagus antara lotion anti-kudis buta lain yang kami telah cuba. Ni pon atas saranan seorang doktor otai yang memang terer.
Kami sapu hanya seminggu sekali sahaja. Sebelum tidur malam. Lagi elok mandi dulu dengan air suam (kat rumah ada water heater. so, senanglah sikit) Tujuannya, biar terbukak sume liang-liang roma dan ini membantu penyerapan yang lebih baik.
Sapu pada semua bahagian tubuh badan kecuali kepala dan leher. Esok pagi, bangun tidur terus mandi. Jangan bertangguh. Sebab, kandungan bahan kimia lotion tersebut boleh menyerap masuk ke dalam darah dan membahayakan kesihatan.
Kami sapu hanya seminggu sekali sahaja. Sebelum tidur malam. Lagi elok mandi dulu dengan air suam (kat rumah ada water heater. so, senanglah sikit) Tujuannya, biar terbukak sume liang-liang roma dan ini membantu penyerapan yang lebih baik.
Sapu pada semua bahagian tubuh badan kecuali kepala dan leher. Esok pagi, bangun tidur terus mandi. Jangan bertangguh. Sebab, kandungan bahan kimia lotion tersebut boleh menyerap masuk ke dalam darah dan membahayakan kesihatan.
2. Basuh, Jangan Tak Basuh
Basuh semua pakaian, tuala, selimut, sarung tilam, sarung bantal dan apa-apa saja benda yang boleh dibasuh dengan mesin basuh. (hehe.. tak larat nak basuh tangan). Tapi, saya akan campurkan sedikit dalam setiap air basuhan dengan Basic H dari Shaklee.
Nak rendam dulu dengan Basic H pon lagi bagus. Sukatan rendaman : 1 sudu teh Basic H Shaklee = Air 1/2 baldi saiz sederhana
![]() |
Pekatan Pencuci Serbaguna Organik Basic H dari Shaklee |
Kalau korang nak pakai larutan Dettol pon boleh. Takde masalah. Cuma saya lebih yakin dan konfiden dengan Basic H Shaklee untuk membasmi semua kuman dan hama semasa proses basuhan dijalankan. Pakai pun tak banyak. Cuma masukkan 1-2 sudu besar ke dalam setiap basuhan bersama sabun pencuci pakaian. Jimat kan?
Sukatan cucian mesin : 1-2 Sudu Besar Basic H = setiap basuhan muatan sederhana
Sukatan cucian mesin : 1-2 Sudu Besar Basic H = setiap basuhan muatan sederhana
Sebenarnya ada lagi 1 cara untuk mematikan hama-hama kudis buta dengan lebih cepat dan berkesan menggunakan Basic H ni. Kalau nak tau, jangan segan silu untuk hubungi saya ye.. Malu bertanya, gatallah satu badan.
Update 2 Ogos 2016:
Kalau nak lebih mudah, korang boleh basuh kain baju sume di Kedai Dobi Layan Diri. Biasanya kedai dobi jenis ni ada menyediakan mesin cucian lengkap dengan pilihan Air Sejuk, Air Suam dan Air Panas. Korang pilih Air Panas (Hot Water). Tujuannya supaya dapat mematikan hama kudis yang melekat di pakaian.
Pastikan jenis kain boleh tahan dengan cucian air panas. Tapi rasanya diorang takdelah nak pakai air panas menggelegak tu kan.. Pastu jangan lupa tuang siap-siap Basic H + Sabun baju ke dalam mesin cucian tersebut.
Lepas dah basuh, kalau boleh korang keringkan skali kain baju tu sume kat mesin Dryer yang tersedia di situ. Biar kain baju tu semua kering dan keluar panas-panas dari mesin Dryer tersebut. In sha Allah boleh membantu mematikan hama kudis yang masih degil tak mati-mati melekat kat kain baju korang tuu.
So, dengan cara ni mudahla sikit.. daripada nak masak air kat rumah. Pastu nak rendam lagi.. Juga menjimatkan masa bagi mereka yang sibuk dengan study atau kerja.
3. Benda-benda yang tak boleh basuh nak buat macam mana pulak?
Kepada benda-benda yang tak boleh nak basuh, contoh macam sofa, karpet, tilam, bantal dan sebagainya, saya gunakan pelbagai cara:
- Jemur pada sinar terik matahari (rumah apartmen, kalau takdak balkoni susah sket) atau
- Sembur dengan Aerosol Penyembur Ubat Nyamuk / Lipas pada setiap permukaan benda-benda tersebut. Pastu masukkan dalam plastik dan simpan. Simpan selama 2 minggu (atau paling kurang seminggu). Ini supaya hama-hama tersebut akan mati sepenuhnya.
- Kalau tak boleh simpan, contoh macam tilam, lepas sembur, tunggu sekejap dalam 1-2 jam, pastu vacuum guna Penyedut Hampagas.
4. Gosok, Jangan Tak Gosok!
Benda-benda yang boleh dibasuh guna mesin basuh tadi, saya akan seterika selepas ia kering. Tak larat nak masak air panas pastu rendam semua kain. Jenuh! Lagipun, kalau lepas rendam, kain baju yang tak berapa tahan akan renyuk seribu. Jadi, saya ambil langkah lain dengan meng-iron' semua pakaian, tuala, selimut tadi.. Kalau korang ada Steamer Pakaian, boleh jek pakai.
5. Krim Herbal Blend Shaklee
Untuk mengatasi masalah gatal-gatal kulit, saya guna krim Herbal Blend dari Shaklee (Shaklee lagi..). Bukan nak pomot, tapi lotion ni memang bagus untuk meredakan kegatalan dan kerengsaan kulit.
Setiap hari selepas mandi, saya akan sapukan pada seluruh badan anak. Rasa sejuk dan nyaman sikit. Salah satu tujuan juga adalah untuk menghilangkan kesan parut akibat kudis buta dan luka-luka (anak-anak dok garu sampai luka berdarah).
![]() |
Lotion Herbal Blend dari Shaklee |
6. Sabun Mandi Himalaya
Kalau ada kudis buta, jangan pakai sebarang sabun mandi sebab ia akan menyebabkan kulit jadik lebih sensitif dan kering. Jadi, untuk mengatasi masalah ni, saya gunakan sabun mandian dari brand Himalaya. Tak penah dengar?? Haaa... tengok gambo kat bawah ni.
Sabun Daun Neem dan Kunyit dari Himalaya Herbals |
Sabun ni memang BEST!!! Selain dari masalah kudis buta, kalau ada masalah kulit lain pon elok sangat pakai. Contoh macam Ekzema. Sabun ni diperbuat dari Daun Neem atau orang Melayu panggil, Daun Semambu. Korang pon tau kan yang Daun Semambu ni memang elok untuk masalah kulit macam Chicken Pox. So, our family memang sesuai sangat dengan sabun mandi Himalaya ni.
Sabun ni saya beli dari kedai Himalaya sendiri kat IOI Mall Puchong (Dekat ngan kedai BATA). Tapi ada juga jual kat farmasi Guardian atau carik je kat mane-mane farmasi. But not sure depa ada jual jenis sabun yang ni ke tak.
7. Jom Mandi Laut!!
![]() |
Ni bukan Pantai Teluk Kemang tau. hehe.. (sekadar gambo hiasan) |
Disamping dapat merawat kudis buta, kita pun boleh release tension. Lagipun sekarang dah senang kann. Kalau pergi Pantai Teluk Kemang, Port Dickson, semua dah tersedia. Payung, meja, kerusi, makanan, minuman. Pendek kata, cuma bawak badan jelah.
Kerja membasmi hama Kudis Buta memang renyah tapi berbaloi
Memang renyah dan leceh. Tapi apa boleh buat. Kenalah juga berkorban sikit untuk memastikan semua hama-hama Kudis Buta tersebut akan mati buat selama-lamanya. Saya ambil masa beberapa bulan jugalah untuk memastikan hama-hama Kudis Buta betul-betul hilang dari segenap ruang dalam hidup kami anak beranak.
Kalau nak pesan produk Shaklee seperti di atas, bolehlah roger-roger saya untuk info lanjut ye...
- Saya boleh COD area Puchong, Giant Kinrara, Taman Putra Perdana, Taman
MAS dan yg sewaktu dengannya..
- Bagi lokasi yg lebih jauh, saya akan mem'POSLAJU'kan order anda secepat mungkin.. InsyaAllah!
- Kalau nak beli dgn harga ahli, lg murah!! Boleh jimat 15% - 30%!!! Sila mendaftar sebagai ahli Shaklee dan nikmatilah banyak kelebihan lain lagi.
- Buat pembelian RM 700.00 ke atas dalam satu pembelian untuk pendaftaran PERCUMA atau bayar hanya RM 69.00 untuk seumur hidup. Apa yg anda perlu buat hanyalah menghubungi saya dan saya akan uruskan pendaftaran ahli anda secepat mungkin.
Info yang menarik.. tq sharing.. ^___^
ReplyDeleteTengkiu sbb sudi singgah blog sy Noor Malawani.. Semoga sume dpt info yg berguna.
DeleteMacam mana kalau dengan keadaan saya yg tgh belajar? Susah nak buat semua tu. Mcm2 aktiviti ada. So nak buat semua tu takde masa. Saya basuh baju guna dynamo yg anti bacteria. Then pakai ubat krim dari hospital. Sabun mandi sabun biasa. Mcm mana ye? Saya risau kalau kawan2 saya terkena jugak ��
DeleteMahal jugak lah..Lagipon.saya perlu sangat nii.. :'(
ReplyDeleteKalu nak tanye ape2 mengenai Shaklee, Anonymous bole tel/sms/watsapp sy di: 0173616140
Deletekalau nak beli lotion saja boleh kah ?
ReplyDeletekalau boleh berapa harganya ?
Bole bg fb atau no.tel x? Nti sy pm..
Deletemana nak dapat sabun himalaya tu
ReplyDeleteSabun tu ade jual di farmasi mcm Guardian.. Sabun Himalaya ade beberapa jenis.. So, sy xpasti sabun daun neem ni ade jual ke tak.. Or u bole try carik dikedai Himalaya yg terdekat.. Kalu di Puchong, ade 1 kedai Himalaya di IOI Mall Puchong.
DeleteAlhamdulillah...dpt jgk info..ank dpt jangkitan ni kat asrama sek...so skang semua kna..saya akn buat mcm yg puan lakukn...moga akn berkesan..in shaa allah..terima ksh sbb perkongsian ilmu yg berguna ini
ReplyDeleteKalau ade yg dpt manfaat dr blog saya yg xseberapa ni, sy bersyukur sgt. Harap sis sekeluarga dpt bebas dr hama kudis buta ni secepat mungkin. Amiiin...
DeleteAlhamdulillah. Penat fikir macam mana nak merawat kudis buta ni. So at least saya tahu info sedikit sebanyak tentang ni. Saya risau kan adik saya. Dia memang ada masalah dengan kulit. Terlalu sensetif. Sekarang, kena kudis buta. Teruk jugak. Saya yg abang pun ngeri jugak tengok. Tq atas info puan.
ReplyDeleteSaudara Amshaheezad, sy doakan semoga adik cepat sembuh ye. Amiiin.. Tp kalu adik tu ade masalah kulit sensitif, tak sume perkara di atas bole dicuba pd adik. Tgkla mane2 yg sesuai ye. Time kasih.
DeleteTerima kasih atas info puan yg sngt berguna. Doktor pun bagi lotion anti kudis yg sama. Saya terkena masa blk bercuti dari kelantan. Satu keluarga terkena. Cara apa lagi ye yg dpt membunuh scabies dgn cepat dan berkesan dgn menggunakan bsic H tu...?
ReplyDeleteBole puan pm atau watsapp/sms sy? no tel sy: 0173616140. FB: Suhana Fuad. Sy akan terangkan cara2 menggunakan basic h secara detail. sbb tak sume org sesuai dgn cara tersebut..
DeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteKalau kena, kudis buta kt kepala mcm kn
Wa'alaikumussalam. Ade cara yg sesuai kalu terkena kudis kt kepala. Cthnya sis bole carik daun neem. Besanya rumah org india byk tanam pokok ni.. Buat mandian dr air rebusan daun tersebut. Ade 1 lg cara menggunakan basic h tp sy perlu pm sis utk lebih detail cara2nye.. Time kasih.
DeleteSaya pernah kena kudis buta.tapi sebelum saya kena kudis buta,kebiasaannya saya akan kena nanah dulu.macam mana nak merawat nanah?
ReplyDeleteAs salam.. Nanah pon boleh berpunca dari hama kudis buta. Jdk, kalu nk merawat nanah, kena rawat kudis juga. kalu tak, nanah akan semakin teruk dan bole menyebabkan jangkitan atau infeksi pada kulit. Kalu nak cuba Shaklee, saya amat sarankan saudara/saudari cuba rawatan menggunakan Basic H dan Lotion Herbal Blend. Garlic Complex pon elok sebagai Antibiotik Semulajadi bagi merawat jangkitan kulit akibat menggaru kulit yang gatal. Sila pm/sms/watsapp saya untuk info lanjut ye.. Bole hubungi saya di 0173616140.
DeleteSalam puan.sy pula mmg ada masalah kulit yg sgt merunsingkan.sebetulnya sy mmg ada alahan.pada seafood,pada bnda2 kotor. Sy pun dh guna sabun medicated yg beli dr farmasi. Ada yg tree tea oil,kdg guna sabun cosmoderm.sy berminat nak tau pasal lotion shaklee.brape rm ye?tq
ReplyDeleteWa'alaikumussalam. Masalah utama sis adalah alahan. Kalu tak pantang makan, memg akan jdk lebih teruk. Alahan akan bertambah teruk seiring dgn bertambahnya usia kita. Sy pon ade masalah alahan. Kdg tu memg xbole tahan kalu nmpk org lain mkn udang, sotong, sambal belacan.. Jdk, sy sarankan rawat masalah alahan dari dalam badan kita. Tp sebelum tu, sy nk bgtau yg alahan sebenarnya tak bole dihilangkan 100%. Cuma kite bole usaha untuk kurangkan efek alahan tu. Macam sy, sy amalkan suplemen Shaklee spt OmegaGuard, Garlic Complex, Vita-C, B Complex. Kalu ade bajet lebih, try jek Vivix. Dh try Vivix, yg lain tak perlu amek dah.. Lotion Herbal Blend pula sy akan sapu pada tempat2 yg gatal atau jerawat resdung sebelum tidur malam. Sabun mandi sy serasi dgn Sabun Mandi brand Himalaya. Sila pm/sms/watsap sy di 0173616140 untuk dapatkan harga Lotion Herbal Blend ye sis..
Deletesalam. saya baru2 ni terkena serangan eczema yang teruk jugalah. pertama kali kena serangan begitu teruk. jadi, saya ambil ubat untuk eczema. tanpa sedar, pada masa yang sama saya terkena scabies! sampai sekarang saya tak tahu bagaimana saya boleh terkena dua serangan penyakit ni sedangkan saya tinggal seorang diri dan saya akui saya sangat pembersih! rasanya, lebih sebulan saya terkena tanpa scabies tanpa sedar. sekarang tangan kaki dan badan penuh biji2 kecil. saya ke klinik dan pembantu pesan sapu ubat diberi pada bahagian yang terkena jangkitan scabies. rasanya info yang dia bagi silap sebab bila saya mula baca tentang penyakit ni, saya sepatutnya sapu ubat sepenuh badan! saya dapat tahu tentang ascabs melalui blog puan dan saya belinya di farmasi. saya baru sehari guna ascabs dan semua cadar saya basuh dengan air panas. setiap hari, saya rendam pakaian saya dengan air panas sebaik saja pakai. rasanya saya terlalu panik. cuma saya sangsi adakah hama di badan benar dah mati. boleh puan terangkan apa akan berlaku selepas pakai ascabs? bila agaknya bintik2 kecil akan hilang? terima kasih :)
ReplyDeleteWa'alaikumussalam.. Hama kudis buta amat mudah berjangkit walaupun hanya bersalaman dgn org yg dh ade kudis buta. Individu yg ade masalah kulit sensitif spt ekzema biasenye akn dpt jangkitan yg lebih teruk dr org yg xde masalah kulit sensitif.
DeleteCara paling mudah nk tau hama dh mati ialah apabile kite dh xde rase gatal2 lg. Itupon kena tgu dlm 2-3 mingu lagi untuk konpomkan betol2 yg kita ni 100% dh bebas hama kudis.
Sbb walaupun hama dh mati tp takut TELUR HAMA masih ade lg. Telur hama ambik mase dlm 2 mingu utk menetas menjadi hama dewasa. Tu sbb bile kite dh xde rase gatal, tgk2 mingu dpn gatal balik..
Lotion aoscabs tu akn matikan hama dewasa. Sy xpasti lotion ni berkesan utk matikan telur hama ke tidak. Sbb tu kite kena konsisten sapu lotion ni setiap mingu sehingga betol2 dh xde rase gatal..
Bintik2 kecil akan hilang dgn sendirinya bile hama & telur hama dh xde. Kami dulu amalkan sapu lotion herbal blend & amek Vita-C utk hilangkan kesan2 parut kudis.
Semoga jawapan sy bermanfaat utk Saudara/Saudari..
Sekian, terima kasih :)
selain mkn vit c n e shaklee..saya pun ade ambik ubt dr dr ko skincare..satu msia ada klink dia.sy ekzema since kanak2..lepas sy g amvbk ubt sana. mmg ok..
Deletejgn lupa amal vit c n e shaklee gk...
salam sis...nak tanya, yang sabun mandi neen tu, sesui tak kalu bb 6 bulan gunakan?sbb ank saya kene campak..
ReplyDeleteWa'alaikumussalam.. Maaf lmbt reply. Sy xpasti bole ke x tuk bayi umo 6 bulan.. Puan bole cube dulu sabun sedikit ke badan anak. Pastu tgk ade pape perubahan x. Kalu ok, bole teruskan pki.
DeleteAtau, puan bole cube tanye dulu farmacist yg ade kt kedai farmasi tu..
Sis sy nk tnya anak sy kena kudis buta so.
ReplyDeleteMasalahnya sekarang sy nk basuh baju,cadar dan utama sekali toto dan selimut tebal...ada ke sabun basuh utk nie...
Nurul Ain, untuk basuhan pakaian, sy cadangkan Basic H sbb ia lebih pekat dan berkesan untuk basmi hama dan kuman. Guna pon xbyk.. Memg jimat. Sy masih ade stok Basic H kalu puan nk cube. Bole watsapp/sms sy untuk harga ye. Time kasih.
DeleteSis sy nk tnya anak sy kena kudis buta so.
ReplyDeleteMasalahnya sekarang sy nk basuh baju,cadar dan utama sekali toto dan selimut tebal...ada ke sabun basuh utk nie...
Sis Nurul Ain, untuk basuh semua yang sis ckp tu, sis boleh basuh gunakan sabun pakaian mcm biasa.. Cume saya sarankan tambah sedikit Basic H ke dalam setiap rendaman atau cucian. Basic H ni pekat and powerful. So, tak perlu pakai banyak. Memang jimat. Sis bole beli Basic H dari saya.. Bole sms/watsap ke no. saya: 0173616140 untuk info lanjut.
DeleteSlm sis..ank saya kena kudis buta ni bln 3 n puas saya pegi klinik..tp d ubt sapu ja..n bln 4 ni kkak saya sarankn scaboma lotion..saya pegila beli dfarmasi..ank saya umur 10bln.tiap hr saya sapu 3 kali..da 3 hr x baik jgk saya pegi klinik..klinik bg ubt mcm sis suggest tu..tiap hr saya sapu..last2 kulit ank saya mcm melecur..makin byk..smpi kena masuk wad..teruk lukanya..hr ke empat kami dlm wad..blh sis bgtau bgaimn nk hilngkn parutnya..?
ReplyDeleteWa'alaikumussalam.. Ikut pengalaman saya dulu, saya bagi anak-anak makan Vitamin C, Meal Shakes dan sapu lotion Herbal Blend. Semua ni adalah produk nutrisi Shaklee.
DeleteSis boleh refer sini untuk info lanjut:
http://click4sihat.blogspot.com/2014/11/cara-hilangkan-kesan-parut-kudis-buta.html
Alhamdulillah.. takdelah ambik mase yang lama untuk parut hilang. Sebab parut yang masih baru lebih mudah nak hilang berbanding parut dah lama.. Saya pon dah xbpe ingat.. Tapi dah boleh nampak kesan dalam sebulan mcm tu rasenye.. Sis boleh hubungi saya di 0173616140 untuk info lanjut.
Assalam... saye nk tanye boleh? Kalau gune air panas boleh hilang sikit tq kudis bute tu
ReplyDeleteWsalam. Nk guna air panas pon bole cume kalau ikut doktor, akn sarankan air panas mendidih tuk matikan hama yg melekat di kain baju.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKat melaka ade jual?
ReplyDeleteTuk dapatkan produk shaklee, sy bole hantar guna poslaju. Amek masa dlm sehari dua tuk smpi ke melaka. In sha Allah..
DeleteTerime kasih
ReplyDeleteTq info menarik...anak saya pun kena juga, nasib tak melarat, rupanya budak 2tahun kebawah tak boleh guna ubat scabies Rawatan kudis buta untuk kanak-kanak bawah 2 tahun tanpa ubat/racun bahaya
ReplyDeleteTerima kasih sbb sudi singgah blog sy.
DeleteAde juga pendapat ahli farmasi yg mengatakan lotion anti kudis bole disapu pd budak 6 bulan & ke atas. Tp ade cara2nya. Tak bole sapu sesuka hati pd anak. Pandangan setiap doktor juga berbeza-beza. Ade yg memberikan cara secara detail. Ade yg tidak. Kita sebagai ibu bapa kenala ambil initiatif lebih tuk bertanya kepada mereka yg pakar dlm perubatan. Yg sedihnya ramai kurang ambil berat pd bende2 mcm ni..
Apepon, Alhamdulillah anak2 puan berjaya sembuh dlm masa yg singkat.
Semoga kite sume takkan terkena hama kudis ni lagi. Amiiin..
Kalau bedak AIKEN tu leh hilang kudis nie x
ReplyDeleteAssalamualaikum...anak sy pun kena kudis buta dh gi klinik x baik lg dh msuk 4 minggu sy akan cuba cara puan..insyaAllah
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam nak tanya..mknan ape yg sesuai utk kudis buta nie..
ReplyDeleteSalam , saye dh kene kudis buta ni berminggu minggu ... saye nk minta cdangan .. perlu ke basuh semua baju yg kita ada??
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesabun himalaya tu boleh hilangkan parut dia juga tak?
Deletesy anak dan isteri dah lebih 6 bulan menanggung derita kudis buta ni .. lotion scabies ni boleh ke sy guna untuk anak sy yg baru masuh setahun lebih ..
ReplyDelete