Ini semua adalah antara simptom masalah Resdung (Sinusitis) atau Alahan.
Bila anak tak dapat tidur yang berkualiti, esok pagi mereka akan bangun dengan badan yang tidak bermaya. Seterusnya, anak-anak akan pergi ke sekolah dalam keadaan yang tidak bersemangat. Sudah tentu kita risau keadaan ini akan mengganggu proses pembelajaran mereka.
Asma petanda kepada Resdung?
Anak saya yang sulung (Kakak) mengalami masalah yang sama. Ianya bermula semasa Kakak berumur 4 tahun camtu. Doktor sahkan yang dia ada sakit Asma.
Kakak perlu pakai inhaler kaler Biru dan Oren. Disebabkan Kakak masih kecil lagi, jadi kena pakai Aero Chamber skali.
Kakak pakai inhaler tu takdelah lama. Sebab kami cuba ikhtiar untuk menguatkan imun badan Kakak dengan Set Asma untuk Kanak-Kanak dari Shaklee. Pada masa tu, kami konsisten beri Kakak:
- Omega Guard
- Meal Shakes
- Chewable Vita-C
Naik 5 tahun, Kakak tak perlu pakai inhaler dah. Alhamdulillah. Dah tak perlu nak bergantung kepada inhaler. Lagipun tak elok sangat kalau kita beri pada anak sedut inhaler untuk jangka masa yang panjang.
Bila umur Kakak meningkat ke 7 tahun, saya perasan yang dia ada masalah yang sama dengan saya masa saya kecik-kecik dulu. Bila malam jek, hidung mulalah tersumbat. Asyik berhingus dan gatal. Kalau makan seafood atau makanan yang ada belacan, memang tak tidurlah jawabnya. Asyik bersin-bersin sepanjang malam.
Rupanya Asma yang dia alami adalah petanda kepada masalah Resdung yang diwarisi dari genetik belah saya. Kedua-duanya adalah masalah alahan atau alergik.
Jadi, sekarang ni saya konsisten beri Kakak makan Set Resdung Shaklee untuk Kanak-Kanak.
Set ni terdiri daripada:
Omega Guard
Saya bagi Kakak makan Omega Guard hanya sebiji selang sehari atau 2 hari. Saya pastikan Kakak minum banyak air putih atau air suam.
Meal Shakes
Antara Khasiat Meal Shakes adalah:
- Nutrisi Lengkap - gabungan 24 jenis Vitamin, Mineral dan Zat Perlu
- Kaya dengan Protein tumbuh-tumbuhan organik berkualiti tinggi
- Bebas Laktosa
- Membantu tumbesaran sihat yang Optimum untuk anak-anak
- Anti-oksida - mengandungi Vitamin A, C, E, Zinc dan Selenium
- Mengembalikan seri wajah - saya pun tumpang sekaki minum Meal Shakes :)
- Mengandungi Vitamin B lengkap dan Zat Besi
- Berfungsi sebagai Detoks - Kaya dengan serat larut. Elak anak Sembelit
- Rase French Vanila yang lazat berkrim!
Meal Shakes ni, Kakak suka kalau saya taburkan atas Nestum. Jadi, setiap pagi saya akan sediakan sarapan Nestum untuk Kakak dan Adik sebelum mereka pergi ke sekolah. Meal Shakes tu saya akan taburkan atas Nestum yang dah tersedia tadi.
![]() |
Nestum (Original) dan ditaburkan Meal Shakes |
Chewable Vita-C
Anda pun tahukan khasiat Vitamin C yang amat-amat penting untuk tumbesaran sihat anak-anak kita. Vitamin C sangat penting untuk menguatkan sistem imunisasi badan anak. Bila imun badan kuat, barulah boleh melawan serangan penyakit.
Chewable Vita-Lea for Children
Vita-Lea for Children dari Shaklee ini telah diperkenalkan semula sebagai antara Multivitamin dan Multimineral untuk Kanak-Kanak yang terbaik di pasaran nutrisi Malaysia sekarang ini. Kiranya Shaklee buat 'comeback' lah untuk Vita-Lea for Children ni setelah lama diberhentikan pengeluarannya.
Kenapa dulu dihentikan? Sebabnya ialah Shaklee cuba untuk memenuhi keperluan nutrisi yang semakin meningkat di kalangan kanak-kanak di rantau Asia Tenggara. Almaklumlah. Sekarang kan anak-anak kita lebih banyak makan jajan dan fastfood dari makan sayur dan buah-buahan. Sebab tulah Shaklee pertingkatkan lagi kualiti dan kandungan Vita-Lea for Children ni.
Adik saya pernah cerita ada sorang doktor ni berpesan pada dia supaya bagilah anak-anaknya makan vitamin B Kompleks. Anak-anak adik saya ni memang ada masalah alahan dan asma yang agak teruk.
Rasanya tiada vitamin B Kompleks yang dijual khas untuk kanak-kanak. Tak payahlah pening-pening kepala nak fikir. Sekarang ni kita tak payah susah-susah nak cari sebab dalam Vita-Lea for Children dah lengkap dengan kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh anak-anak kita.
So.. Kepada ibubapa yang prihatin dengan masalah kesihatan anak-anak anda, cubalah ikhtiar dengan Set Resdung untuk Kanak-Kanak ini supaya anak-anak kita dapat membesar dengan potensi yang sebaik-baiknya. In Sha Allah.
Nak tanya pape tentang Set Resdung Kanak-Kanak ini, anda boleh hubungi saya, Sue di 017-361 6140.
- Saya boleh COD area Puchong, Kinrara, Taman Putra Perdana, Taman MAS dan yang sewaktu dengannya.
- Bagi lokasi yang lebih jauh, saya
akan guna POSLAJU.
- Kalau nak beli dengan harga ahli,
lagi murahhh. Boleh jimat 15%-25% ! Boleh mendaftar sebagai ahli
Shaklee dan nikmatilah banyak kelebihan lain lagi.
- Cara untuk mendaftar ahli Shaklee: Buat pembelian sebanyak RM 700.00 dan ke atas dalam satu resit untuk mendapatkan keahlian Shaklee secara PERCUMA.
- Atau.. kalau anda takde bajet
nak beli sampai RM700++, anda hanya perlu buat bayaran sebanyak RM80.00 (sudah
termasuk GST dan kos pos) untuk keahlian seumur hidup.
- Sila hubungi saya, pm/tel/sms/watsapp : 017-361 6140 dan saya akan uruskan pendaftaran keahlian anda secepat mungkin :)
No comments:
Post a comment