Tuesday, 10 March 2015

Rambut Gugur: Punca dan Cara Rawatan

Ramai antara kita ada masalah rambut gugur. Apakah PUNCA kepada masalah rambut gugur ni?

Antara Punca kepada Masalah Rambut Gugur:

  • Perubahan Hormon (contohnya seperti mengandung atau selepas bersalin)
  • Kesan sesetengah ubat-ubatan yang diambil contohnya ubat kemoterapi
  • Efek bahan kimia dalam produk penjagaan rambut
  • Masalah kesihatan atau penyakit seperti PCOS
  • Tekanan/Stress
  • Proses penuaan
  • Penurunan berat badan yang drastik
  • Kekurangan pengambilan VITAMIN atau NUTRIEN tertentu seperti Protein, B Complex dan Zinc.

Set Rambut Gugur Shaklee bantu merawat masalah rambut gugur
Rambut gugur boleh menyebabkan botak

Masalah rambut gugur boleh terjadi kepada sesiapa sahaja

Kebiasaannya ia terjadi kepada lelaki. Wanita pula lebih terdedah dengan masalah ini apabila berumur antara 50 - 60 tahun. Tapi, sesetengah wanita telah mengalami masalah rambut gugur seawal umur 20 ke 30 tahun. Terutamanya semasa mengandung atau selepas melahirkan anak. 

Macam sayalah. Alami masalah rambut gugur selepas melahirkan anak sulung. Risau betul bila setiap kali sikat rambut, banyak betul rambut yang melekat di sikat. Sampai rasa fobia nak sikat rambut.

Bertambah rimas bila banyak rambut bersepah satu rumah. Dalam bilik jangan cakaplah! Padahal rasanya baru jek sapu atau vacuum. Dah penuh balik. Time shampoo lagilah banyak berkumpul rambut saya kat lubang air dalam bilik air tuu.

Rambut gugur ni kalau tak dirawat, lama-kelamaan nanti takut boleh dapat risiko kepala botak. Sebelum terlambat, lebih baik kita rawat awal-awal.

So, apa yang perlu kita buat untuk menguatkan dan menyihatkan rambut?

Untuk MENGUATKAN DAN MENYIHATKAN RAMBUT, saya cadangkan anda mengambil Vitamin dan Makanan Kesihatan Shaklee seperti di bawah ini.

Set Merawat Rambut Gugur dari Shaklee


Kenapa Anda Perlu Ambil Set Rambut Gugur ini?


1. ESP atau Energizing Soy Protein

  • Di kulit kepala kita, ade satu 'poket' dipanggil sebagai Folikel. Rambut kita tumbuh dari folikel ni. Dalam bahagian bawah folikel, terdapat akar rambut. Akar ini terbentuk dari sel-sel PROTEIN

  • Di bawah kulit kepala kita, ada salur-salur darah yang akan memberi 'makan' kepada akar rambut itu tadi. Bila akar rambut kita 'cukup makan', lebih banyak sel-sel protein akan terbentuk dan seterusnya akan tumbuhlah rambut kita kat atas kepala tuuu. 

Folikel rambut
Folikel rambut - 'Poket'

  • Sebab tu penting untuk kita ambil PROTEIN setiap hari. Sebab setiap hari pun rambut baru akan tumbuh dan rambut lama akan gugur. ESP mengandungi sumber protein tumbuhan yang berkualiti tinggi. Setiap hidangan ESP (3 sudu besar), akan membekalkan 14g PROTEIN.

  • ESP juga menjamin penyediaan 9 jenis ASID AMINO PENTING. Badan kita TIDAK BOLEH menghasilkan 9 jenis asid amino ini. Kita perlu dapatkan asid amino ini dari apa yang kita makan. Asid amino amat penting dalam pertumbuhan rambut yang sihat.

  • ESP diperbuat dari sumber kacang soya yang diproses menggunakan teknologi yang dapat mengekalkan khasiat protein yang ada di dalamnya. Kacang soya yang digunakan adalah non-GMO. Iaitu, non-Genetically Modified Organism. Ini amat penting bagi mengelakkan risiko Kanser dan sebagainya.

  • Contoh makanan yang TIDAK diubah genetiknya adalah seperti tempe. Banyak produk soya dipasaran yang telah diubah genetiknya, contohnya macam susu soya dalam kotak. So, kalau kita nak dapatkan sumber protein yang berkualiti dan terbaik, mestilah dapatkan dari sumber yang tidak diubah genetiknya seperti ESP.

  • ESP juga akan membantu PENGALIRAN DARAH yang sihat kepada kulit kepala kita. Pengaliran darah yang sihat dapat membantu kita membentuk akar-akar rambut yang sihat. Bila akar rambut sihat dan 'cukup makan', barulah rambut yang tumbuh akan lebih cantik, kuat dan bersinar-sinar!

2. Nourishing Scalp Treatment



Nourishing Scalp Treatment Shaklee bantu merawat masalah rambut gugur
Nourishing Scalp Treatment dari Shaklee

Nourishing Scalp Treatment adalah gabungan dari 11 jenis vitamin, mineral dan herba yang membantu menyuburkan kulit kepala dan rambut kita:

✔Swertia
✔Ginseng
✔Panthenol
✔Minyak Daun Pokok Teh
✔Antioksidan Superoxide Dismutase (SOD)
✔Ekstrak Teh Hijau
✔Zinc PCA
✔Vitamin B6
✔Saw Palmetto
✔Kuprum
✔Manganese


Gabungan 11 nutrien ini amat berkhasiat untuk:
  • Memberi TENAGA kepada Folikel dan Bebuli Rambut
  • Merangsang lembut peredaran darah
  • Menguatkan Rambut
  • Merangsang kelembutan yang bersinar
  • Melindungi dari pencemaran
  • Mengelak dari folikel rambut tersumbat
  • Menjadikan kulit kepala berasa selesa
  • Mengurangkan kegatalan kulit kepala
  • Mengurangkan penampilan berminyak
  • Melegakan iritasi atau alahan
  • Menyokong keseimbangan semulajadi minyak/kelembapan
  • Menyokong tahap metabolisme kulit kepala

Ciri-ciri Nourishing Scalp Treatment:
  • Formula tanpa bilasan
  • Diserap dengan segera oleh kulit kepala
  • Tidak berminyak
  • Bauan semulajadi botani; Tanpa haruman atau wangian tambahan
  • Mempunyai pH yang seimbang. Oleh itu sesuai untuk semua jenis rambut, termasuk rambut yang telah diwarnakan atau telah di perm.

3. Zinc Complex

Zinc Complex Shaklee dirumus dari Zinc Glukonat semulajadi serta bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti Kalsium dan Serbuk Alfalfa supaya lebih mudah diserap oleh tubuh kite.

Zinc berkebolehan menggabung DNA, RNA dan PROTEIN. Ini seterusnya akan merangsang       
Re-generasi sel-sel.

Zinc membantu dalam pembentukkan KOLAGEN dan protein. Ini penting bagi pertumbuhan sihat kulit kepala.

4. B-Complex

B-Complex Shaklee adalah sumber ASID FOLIK SEMULAJADI yang berkualiti dengan kadar kebolehserapan yang sangat tinggi. Banyak B-Complex atau Asid Folik yang ade kat pasaran adalah dari jenis SINTETIK. So, berhati-hati bile memilih vitamin B-Complex ye.. Pastikan anda beli yang dari sumber semulajadi seperti B-Complex Shaklee.

8 komponen penting dalam B-Complex Shaklee termasuk 100% BIOTIN dan Asid Folik membantu: 
  • Memperbaiki masalah kulit kepala
  • Merawat masalah KELEMUMUR
  • Mengatasi masalah RAMBUT GUGUR
  • Menguatkan rambut
  • Melambatkan proses rambut dari cepat beruban
  • Merangsang peredaran darah yang sihat dalam tubuh kite
  • Meredakan tekanan atau stress
  • Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru di kulit kepala
  • Detoksifikasi - Meredakan alahan seperti alahan resdung di kulit kepala

Sebenarnya, bila anda ambik set ini, ia akan memberi banyak lagi khasiat lain kepada tubuh badan kita. Bukan setakat rambut, malah set ini akan memberi kebaikan kepada bahagian tubuh yang lain juga seperti kulit dan sebagainya. Jadik, akan lebih berbaloi-baloi duit yang anda keluarkan untuk membeli set ini. In sha Allah.

Tidak semestinya kena beli semua. Kita tengok juga pada bajet dan keperluan kepada masalah anda.

Nak cuba set ni? Boleh hubungi saya seperti di bawah:

  • Saya boleh COD area Puchong, Giant Kinrara, Taman Putra Perdana, Taman MAS dan yang sewaktu dengannya
  • Bagi lokasi yang lebih jauh, saya akan mem'POSLAJU'kan order anda secepat mungkin. In sha Allah!
  • Kalau nak beli dengan harga ahli, lagi murahhh. Boleh jimat 15% - 30%!!! Boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dan nikmatilah banyak kelebihan lain lagi.
  • Buat pembelian sebanyak RM 700.00 dan ke atas dalam satu resit untuk mendapatkan keahlian Shaklee secara PERCUMA
  • Sila hubungi saya, pm/tel/sms/watsapp : 017-361 6140 dan saya akan uruskan secepat mungkin. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Pertanyaan...?

Name

Email *

Message *