Wednesday, 18 March 2015

Setiap Rumah Mesti Ada Krim Serbaguna Herbal Blend Shaklee

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera

Pada kali ni saya nak bercerita tentang Krim Serbaguna Herbal Blend dari Shaklee. Pada saya, krim ni adalah antara benda wajib yang mesti ada kat dalam setiap rumah. Terutamanya kalau ada anak kecil.

Biasanya orang kita akan sentiasa standby minyak panas, minyak gamat, vicks, tiger balm dan sebagainya untuk kegunaan waktu-waktu kecemasan. Kiranya benda-benda ni semua macam 'First Aid Kit' kat rumah kita.

Tapi sekarang, saya nak tambah lagi satu, iaitu Krim Serbaguna Herbal Blend dari Shaklee.

Krim Serbaguna Herbal Blend Shaklee
Krim Serbaguna Herbal Blend Shaklee

Kenapa setiap rumah WAJIB ada krim Herbal Blend?



1) Ekstrak Herba Semulajadi

Krim Herbal Blend ni memang rasa dia soothing sangat bila kita sapu kat kulit. Baunya pun nyaman harum semulajadi sebab krim ni diperbuat dari herba-herba semulajadi seperti Sage, Horse Chestnut, Yarrow dan Rosemary.

Jadi, bila sapu tu baunya memang menenangkan. Juga krim ni tak melekit dan cepat terserap dalam kulit.

2) Sesuai untuk seisi keluarga

Krim Herbal Blend boleh dipakai oleh sesiapa sahaja. Dari bayi hinggalah orang dewasa. Krim ni juga amat-amat sesuai untuk mereka yang ada kulit sensitif macam Ekzema atau alahan-alahan lain.

Macam saya ni. Ada masalah resdung. Saya memang kalah dengan belacan. Lepas makan makanan yang ada belacan, mesti naik jerawat dan gatal-gatal dimuka.

Jadi, saya akan sapu krim ni nipis-nipis pada bahagian-bahagian muka yang sensitif tu. Alhamdulillah, lepas sapu tu rasa sejuk je kulit muka ni.

Krim ni juga amat elok untuk merawat masalah ruam lampin dan ruam susu pada pipi bayi. 

3) Tiada had penggunaan

Krim Herbal Blend ni boleh disapu pada bila-bila masa yang kita suka. Tiada had penggunaan. Tapi sebaiknya, sapu selepas mandi atau sebelum tidur malam.

4) Bantu pudarkan parut

Krim ni adalah krim serbaguna. Ia amat-amat membantu untuk pudarkan parut seperti: 
  • Parut Kudis
  • Parut Jerawat
  • Parut Chicken Pox
  • Parut Pembedahan
  • Parut Luka
  • Parut Kemalangan
  • Stretchmark lepas bersalin
In Sha Allah parut akan cepat pudar atau hilang. Tapi, kalau parut masih baru, lebih mudah nak hilang berbanding parut yang sudah lama tidak terawat.

5) Rawat kulit kasar dan kering

Krim Serbaguna Herbal Blend ini juga amat elok untuk melembutkan kulit yang kasar dan kering. Ia juga elok untuk merawat pecah-pecah pada lutut, siku dan tumit kaki. Siapa yang banyak buat kerja dalam aircond tu memang eloklah pakai krim ni.

6) Bantu rawat kulit melecet

Krim Serbaguna ni pun elok untuk merawat kulit-kulit yang selalu melecet seperti melecet dicelah peha (atau celah kangkang). Suami saya kadang-kadang ada masalah ni. Malam sapu Herbal Blend. Bangun esok pagi dah baik. Lagipun suami cakap bila sapu tu rasa nyaman dan sejuk jekk.

7) Pemakaian stoma bag

Krim ni juga elok untuk orang yang pakai Stoma Bag atau Colostomy Bag. Biasanya orang yang pakai stoma bag ni sebab depa telah menjalani pembedahan membuang bahagian usus yang dijangkiti sel kanser. 

Doktor akan potong bahagian usus yang telah dijangkiti kanser. Tapi, kalau kanser atau tumor tu terlalu dekat dengan dubur, so doktor akan buat stoma kat perut kita. Stoma ni adalah satu bukaan yang dilakukan melalui pembedahan pada usus untuk tujuan perkumuhan.

Senang cerita, doktor akan tebuk perut kita untuk memudahkan buang air besar. Jadi, pesakit kena pakai Stoma Bag supaya najis boleh disalurkan masuk ke dalam Stoma Bag tu tadi.

Krim Herbal Blend bantu rawat ruam atau jangkitan kulit sekitar Stoma Bag
Colostomy Bag atau dipanggil Stoma Bag
Bila pakai Stoma Bag ni, biasanya kita akan dapat masalah kerengsaan, ruam, iritasi atau jangkitan yis pada bahagian kulit di sekitar tempat Stoma Bag tu ditampal. Jadi, Krim Herbal Blend ni boleh disapu pada kulit di sekitar Stoma Bag tu untuk merawat masalah kulit tu tadi. 

Saya berani cakap yang krim ni sangat-sangat membantu dalam kes ni sebab ayah saya adalah salah seorang bekas pesakit kanser usus yang pernah menjalani pembedahan tebuk di perut dan sampai sekarang masih lagi kena pakai stoma bag.

Tapi in sha Allah bulan 4 nanti dia akan menjalani pembedahan sambung balik usus yang doktor potong dulu. Dan ayah saya ialah seorang Kanser Survivior sebab doctor dah sahkan dia 100% bebas kanser. Alhamdulillah!!

Nak cuba Krim Herbal Blend? Anda boleh beli dari saya, Pengedar Sah Shaklee Puchong serta seluruh Malaysia!


Saya Pengedar Sah Shaklee Puchong serta seluruh Malaysia


  • Saya boleh COD area Puchong, Kinrara, Taman Putra Perdana, Taman MAS dan yang sewaktu dengannya.
  • Bagi lokasi yang lebih jauh, saya akan mem'POSLAJU'kan order anda secepat mungkin. In sha Allah!
  • Kalau nak beli dengan harga ahli, lagi murahhh. Boleh jimat 15% - 30%!!! Jom mendaftar sebagai ahli Shaklee dan nikmatilah banyak kelebihan lain lagi.
  • Buat pembelian sebanyak RM 700.00 dan ke atas dalam satu resit untuk mendapatkan keahlian Shaklee secara PERCUMA !
  • Sila hubungi saya, pm/tel/sms/watsapp : 017-361 6140 dan saya akan uruskan secepat mungkin. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Pertanyaan...?

Name

Email *

Message *