Hari ni 1 April 2015. Sy harap janganlah ade yang rase "GST Blues" plak ye.. Sentiasa berpikir dengan positif... Yeh!!
Saya bukan nak citer pasal GST.
Saya nak citer macam mane anda boleh kurus dan buang inci yang tidak diperlukan di badan dengan mengekalkan jisim otot tanpa lemak.
Kenapa penting untuk kita kurus disamping mengekalkan jisim otot tanpa lemak?
Penah tak tengok orang dah kurus tapi kulitnya menggeleber dan jatuh?
![]() |
Otot yang menggeleber dan jatuh |
Nampak tak gambar di atas? Tu sebabnya amat penting untuk kite memilih produk kuruskan badan yang membantu menyingkirkan lemak tetapi dalam mase yang same, dapat mengekalkan jisim otot badan kite.
Kebanyakkan orang suka beli dan mencuba bermacam-macam produk pelangsingan badan yang ade di pasaran kerana sebab-sebab berikut:
Nak Kurus Cepat
Manusia ni biaselah.. Sume benda nak cepat. Sume nak segera. Kalu traffic jam tu mengamok-ngamok suruh orang lain cepat. Lembap katenye.. Samelah macam produk pelangsingan badan. Kalau bole 1 bulan nak turun sampai 10 kg!! Tak mustahil.. tapi berapa ramai yang sanggup buat sume regim senaman dan diet yang ketat untuk kurus cepat? Anda sanggup? Pada saya, biarlah kite turun 2 kg sebulan tapi konsisten. Cuba darabkan.. 2 kg sebulan x 5 bulan. Dah dapat turun 10 kg dalam 5 bulan atau lets say.. 10 kg dalam setengah tahun!!! Yang penting, turun sikit-sikit tapi KONSISTEN.
Murah
Produk pelangsingan badan banyak juga yang murah-murah.. Tapi kita tahu ke ape kandungan nutrisi produk tersebut? Tu sebab ramai yang kurus cepat tapi kurus dengan cara yang tidak sihat. Muka letih, lesu.. Cengkung tidak bermaya. Badan kurus tapi muka tak berseri. Anda nak ke kalau macam tu?
Terpengaruh dengan Iklan
Rata-rata iklan produk kuruskan badan akan cakap yang kite akan kurus dan takkan gemuk balik. Tapi, realitinya kite akan bertambah berat badan kalau kite berhenti mengambil produk mereka.
Kenapa ini boleh terjadi?
Kebanyakan produk kuruskan badan akan menyebabkan kita kehilangan lemak. Ok.. bagus ape hilang lemak.. Tapi ingat! Bukan setakat LEMAK yang kite hilang.. malah OTOT juga!!
Apabila kita kehilangan OTOT, maka kita akan:
- Kehilangan keupayaan untuk membakar lemak
- Merendahkan kadar metabolisme
So, apabila kite tidak lagi mengamalkan produk kurus tersebut, maka kita tidak boleh membakar KALORI seperti ketika kita mengamalkan produk tersebut. Bila ini terjadi, lama-kelamaan berat badan akan bertambah semula dan kita akan gemuk kembali. Tak nak!!!
Jadi, untuk kuruskan badan dengan selamat, konsisten serta tetap mendapat nutrisi yang lengkap saya sarankan anda mencuba Set Cinch Inch Loss Shaklee.
Set Inch Loss Shaklee terdiri daripada:
- Cinch Shake Mix
- Cinch Energy Tea Mix
Cinch Shake Mix
![]() |
Cinch Shake Mix dengan 3 perasa semulajadi |
- Setiap hidangan Cinch Shake Mix, anda akan dapat 24 gm protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting serta 6 gm serat larut.
- Protein digunakan untuk membina otot dan ototlah yang menaikkan kadar metabolisme dan juga membakar kalori.
- Makanan kaya protein juga membantu kite berase kenyang dengan lebih lame.
- Makanan kaya protein juga akan membantu mencantikkan kulit
- Cinch Shake Mix diperkaya dengan LEUCINE. Leucine adalah nutrisi penting yang membina dan memelihara otot semasa proses penurunan berat badan
- Indeks Glisemik -22; Sesuai untuk Pengidap Kencing Manis
- Indeks Glisemik yang rendah bantu mengekalkan paras gula dalam darah normal dan membekalkan tenaga berpanjangan
- diperbuat dari sumber protein soya yang bebas GMO.
- Bebas Laktosa
- Tiada perasa, pewarna atau pemanis tiruan
- Ade 3 pilihan perisa yang lazat berkrim untuk tekak anda - Coklat, Cafe Latte & Vanilla
- Dengan setiap pembelian, saya akan kongsikan pelbagai resepi Cinch Shake Mix yang sedap-sedap. Anda kenyang, kurus dan muka berseri-seri!!!
Cinch Energy Tea Mix
![]() |
Cinch Energy Tea Mix boleh dihidangkan panas atau sejuk |
- Mengandungi campuran teh yang ekslusif; Matcha Green Tea, Red Tea, White Tea dan Rooibos Red Tea.
- Ditambah dengan Taurina - Penggalak tenaga semulajadi. Ia meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
- Minuman anti-oksidan yang terkuat. Membantu menghapuskan radikal bebas, melindungi dari sel kanser berbahaya.
- Pilihan alternatif terbaik untuk menggantikan kopi, soda atau manisan bagi kecergasan tubuh badan sepanjang hari
Nak tanye ape-ape, jangan segan nak hubungi saya, Pengedar Sah Shaklee anda
Suhana 0173616140
- Saya boleh FREE DELIVERY area
Puchong, Kinrara, Taman Putra Perdana, Taman MAS dan yg sewaktu
dengannya..
- Bagi lokasi yg lebih jauh, saya
akan guna POSLAJU.
- Kalau nak beli dgn harga ahli,
lagi murah!! Boleh jimat 15%-25%!!! Bole mendaftar sebagai ahli
Shaklee dan nikmatilah banyak kelebihan lain lagi.
- Cara untuk mendaftar ahli
Shaklee: Buat pembelian sebanyak RM 700.00 dan ke atas dalam satu resit
untuk mendapatkan keahlian Shaklee secara PERCUMA bagi seumur hidup!!
- Atau.. kalau anda takde bajet
nak beli sampai RM700++, anda hanya perlu buat bayaran sebanyak RM80.00
(sudah termasuk GST dan kos poslaju) untuk keahlian seumur hidup.
- Sila hubungi saya,
pm/tel/sms/watsapp : 017
3616140 dan saya akan uruskan pendaftaran keahlian anda secepat
mungkin!
No comments:
Post a Comment