Wednesday, 9 September 2015

Pengalaman Mengandung Lagi Selepas Cesarean (Bersalin Operate)

As Salam & Salam Sejahtera.

Dah berbulan tak update blog. Bukan malas tapi kesihatan tidak mengizinkan. Nanti saya citer kenapa saya tak berapa sihat di lain entry (ade ke orang nak tau nape aku tak sihat? haha!)

Bape hari yang lepas saya terima whatsapp dari seorang kenalan dalam grup bisnes Shaklee kami. Beliau bertanyakan tentang pengalaman saya mengandung lagi selepas bersalin anak pertama secara Cesarean (Czer) atau bersalin operate.

Dalam kes saya, saya mengandung lagi selepas baru hanya kire-kire 7 bulan kena Czer.

Mengandung Anak Pertama


Semasa mengandung anak pertama, saya terpaksa bersalin secara czer sebab mase tu bile tengok dari scan, air ketuban dah banyak kurang. Doktor induce sekali, tapi jalan tetap tak bukak. Cume dalam 2 cm jek. Sakit tak payah citerlah. Dah macam nak putus nyawa. So, ape lagi.. kena czerla jawabnye.

Update 3 Ogos 2016

Boleh Minum Air Selusuh?

Ade juga beberapa pengunjung blog saya bertanya tentang kenapa saya bersalin Czer. Juga tentang minum Air Selusuh.

Semasa saya mengandungkan anak pertama, saya ade minum Air Selusuh Akar Fatimah yang dibeli dari Mekah. Mase tu memang cetek ilmu pasal kegunaan Air Selusuh ni.. Dahlah tak tau, tak bertanya plak. Memang silap sayalah mase tuu.. Kalau tak silap, saya start minum Air Selusuh Akar Fatimah ni semasa kandungan dah 7 bulan macam tu.

Mase tu kami pegi check up kat hospital macam biasa. Bila doc scan, mereka bagitau yang air ketuban dah kurang. So, kena induce. Lepas dah induce, jalan cume bukak dalam 2 cm sahaja. Tapi sakit Contraction dah macam 10cm!

Contraction tersangatlah kuat sampai rasa macam nak putus nyawa.. Last-last, kena tolak masuk Labour Room dan saya dibersalinkan secara Czer..

Lepas dah bersalin, saya carik sebab kenapa saya alami Contraction kuat tapi jalan taknak bukak. Rupa-rupanya baru saya dapat tau, kalau kita nak minum Air Selusuh, ade masa-masa yang tertentu sahaja. Bukannya boleh main hentam minum sesuke hati macam minum air masak!

Ade pendapat yang mengatakan, kita kena minum Air Selusuh selepas jalan dah bukak 5cm dan ke atas sahaja. Ini bertujuan untuk merangsang contraction bagi mempercepatkan bukaan jalan. Korang double check dulu tau yang 5 cm ni.. Tanya pada mak-mak bidan ke.

Rahim Boleh Pecah

Patotlah aku sakit macam nak mati.. Rupanya salah method. Hmmm. Tapi kalau korang nak tau, sekarang ni kalau dah masok Labour Room, staff hospital mesti sebok tanye air ape korang bawak sebab diorang takot kita bawak Air Selusuh. Hospital memang tak bagi kita minum Air Selusuh ni sebab takot jadik macam kes sayalah.. Lagi terok kalau kes yang pecah Rahim tu.. Hadoii.. Mintak simpang..

Mengandung Anak Kedua

Masa mengandung anak kedua pulak (ni kes termengandung ok. hehe.. rezekiii), baby pertama saya baru berumur 7-8 bulan kalau tak silap. Tapi yang memang saya ingat, nurse kat klinik kesihatan cakap; "Oooo. Kosong 6 bulan je niii". Maksudnya, rahim saya kosong hanya 6 bulan sahaja. Pastu dah ade isi balik. hehe

Yelah. Saya dan suami memang tak plan pun nak ade baby dalam mase yang terdekat. Pulak tu baru bersalin czer kaaan.. Tapi nak buat camane.. dah Allah nak bagi rezeki betol x? Kang Dia tak bagi terus kang? Haaa.. haru nanti!

Sebab jarak mengandung dekat sangat, so korang bersedialah dengan jadual check up yang agak padat. Jadual check up kat klinik dan juga check up dekat hospital. Memang banyakla kena amek cuti. hehe

Oh ya.. Mengandung yang no.2 ni saya tak minum pape Air Selusuh. Fobia punye pasal. haha!!

Nak Teruskan Kandungan atau Tidak?

Mase dapat tau dah mengandung lagi, memang kami laki bini cuak jugakla.. Mane tak cuak, rapat sangat. Anak sulung pon belum setahun. Malam tu dapat tau terus pegi klinik. Nak mintak pendapat doktor. Risau sangat sebab takut jahitan czer belum pulih sepenuhnya tapi perot dah nak kembang balik. Dalam kepala dah terbayang yang bukan2..

Bile jumpe doc (Indian), doc cakap takde masalah nak teruskan mengandung. Doc cakap takde ape yang perlu dirisaukan dan tak perlu sampai nak kena gugurkan kandungan.

Alhamdulillah.. memang lega banyak bile dengar doc cakap macam tu. Tapi hati ni tetap jugak risau..

Kisah Pelakon Lisdawati

Sampaila pada satu hari ni.. saya terbaca kisah tentang pelakon cantik Lisdawati yang kes dia lebih kurang same dengan saya. Tapi kalau tak silap, mase tu dia dah bersalin dah rasenye.. Anak pertama belum setahun tapi dah pregnant lagi. Dan anak pertama bersalin pon secara czer. Tapi yang paling bestnya bile bace dia bersalin secara normal tuk anak kedua dia tuu. Yes, secara NORMAL!

Lepas bace citer dia, risau saya terus hilang 100%!!

So, pada yang masih lagi risau samada nak teruskan kandungan atau tak, itu terpulang pada gerak hati kite sendiri. Apepon, sebelum buat keputusan mintaklah pandangan profesional dari doctor dulu. Kalau boleh, mintak pendapat dari doktor Muslim.

Selebihnya terserah pada hati. Kalau doc dah cakap takde problem, in sha Allah sume akan selamat. Lagipon, dalam Islam, dibenar gugurkan kandungan KALAU kandungan MEMBAHAYAKAN NYAWA IBU. But, that should be the last option, right?

Kakak dan Adik


Mak kami Pengedar Shaklee Puchong serta seluruh Malaysia
Ramai yang konpius cakap Kembar. Haha

Dapat Merasa Bersalin Czer dan Normal

Alhamdulillah, saya berjaya bersalin secara NORMAL untuk anak kedua. Berat Adik semasa lahir 2.9kg. Dua2 anak saya bersalin kat Hospital Serdang. Sekarang Kakak dah Darjah 1 dan Adik dah sekolah tadika (6 tahun). Kadang ramai yang cakap; "Eh, kembar ke diorang ni?" haha!! Yelah.. cume beza setahun je kaaan..

Untuk makluman korang, sepanjang tempoh mengandung yang no.2, macam-macam usaha dan ikhtiar saya buat supaya dapat mudah bersalin. Saya memang berharap sangat bersalin yang no.2 ni dapat secara normal.

Alhamdulillah.. Allah izinkan.

Sampai sekarang bekas jahit czer saya takde masalah dan saya berharap mengandung anak ketiga nipon takde masalah. Amiiinnn!

Update 2 Disember 2015

Alhamdulillah saya dapat bersalin anak ketiga secara normal juga selepas 6 tahun tidak mengandung.

Jemput baca info kat bawah ni ye mommy-mommy. Tq !

Luka Bersalin Czer Cepat Baik
Set Kesuburan Shaklee
Set Mengandung Shaklee (Trimester Pertama)
✔ Set Berpantang dan Menyusu Shaklee
✔ Set Berpantang dan Kurus Shaklee
Set Berpantang kalau Anak Kuning (Jaundis)
Set Asas Menyusu Shaklee
Set Menyusu dan Kurus Shaklee

  • Boleh whatsapp saya, Sue di 017-361 6140
  • Saya buat DELIVERY area Puchong, Giant Kinrara, Taman Putra Perdana, Taman MAS dan yg sewaktu dengannya..
  • Bagi lokasi yg lebih jauh, saya akan guna POSLAJU.
  • Kalau nak beli dgn harga ahli, lagi murah!! Boleh jimat 15%-25%!!! Bole mendaftar sebagai ahli Shaklee dan nikmatilah banyak kelebihan lain lagi.
  • Cara untuk mendaftar ahli Shaklee: Buat pembelian sebanyak RM 700.00 dan ke atas dalam satu resit untuk mendapatkan keahlian Shaklee secara PERCUMA bagi seumur hidup!!
  • Atau.. kalau anda takde bajet nak beli sampai RM700++, anda hanya perlu buat bayaran sebanyak RM80.00 sahaja (sudah termasuk GST dan kos penghantaran) untuk keahlian seumur hidup.
  • Sila hubungi saya, pm/tel/sms/watsapp : 017 3616140 dan saya akan uruskan pembelian serta pendaftaran keahlian anda secepat mungkin!

4 comments:

  1. Semoga sy jgk mcm sis jgk... doakn sy selamat melahirkan ank ketiga secara normal dgn selamat ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bile due? In sha Allah sume akan selamat. Amiiiin...

      Delete
  2. sis.. ade tips tak nak bg mudah bersalin? sbb saye pon tgh mengandung anak kedua and yang first pon czer.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara tips yang saya amalkan ialah:
      1) Makan kurma setiap hari sebanyak 7bj.
      2) Minum air kelapa selepas kandungan dah masok 7 bulan.
      3) Sapu minyak kelapa dara kat tmpt bukaan nak bersalin tuu.. Sapu kat bahagian luar shj. Tak perlu sampai nak seluk jari masok ke dalam.. Sapu bile kandungan dah masok 7 bulan.
      4) Minum minyak kelapa dara. Sy beli brand d'aura.

      Kalau ade yang nak tambah method atau petua lagi, jomlah share dan komen kat bawah ni ye.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Pertanyaan...?

Name

Email *

Message *