Sunday, 27 March 2016

Rambut Gugur Lepas Bersalin

Assalamualaikum & Salam Sejahtera sume!

Arini nak citer pasal masalah yang aku alami iaitu Keguguran Rambut yang teruk selepas bersalin anak ketiga. Aku start alami masalah rambut gugur yang terok ni mase Shafeeya dah masok 3 bulan camtu.. 

Memang menakutkan bile nak sikat rambut. Mengeri aku tengok rambut yang bergumpal di tangan bila ditarik dari sikat. Mase sikat rambut tu, kalau tak tarik ujung rambut yang nak gugur tu, mesti nanti habis melekat kat baju dan akan gugur jugak ke lantai dan bersepah satu rumah.

Memang rimas kan tengok rambut gugur banyak. Dalam bilik tidur, kat dapur, dalam bilik air, kat bantal.. Kat sikat jangan citerla. Memang keje aku bersihkan sikat setiap hari.

So, ok aku paham yang ini memang normal sebab hormon tak bape nak seimbang selepas bersalin. Memang normal, tapi janganla kita biarkan jek masalah ni terus berlaku. Silap-silap besok bangun tidur tengok kepala dah botak kat tengah. Tak ke haru nanti??

Selain dari masalah rambut gugur, aku pon alami masalah kelemumur yang teruk jugak. Memang terok giler! Berkuping-kuping kelemumur tu kat kulit kepala. Bende ni sume jadik serentak dengan masalah rambut gugur aku tu. Kelemumur tu memang bukan macam biasa. Memang luarbiasa banyak dia!!! So, ini pon salah satu simptom yang menunjukkan hormon aku xbape nak seimbang.. Basuhla macam nak giler pon, tetap kelemumur tu berkuping-kuping atas kepala ni haa..

Camane nak buat ni? 

Malu dengan suami tau.. Rase diri ni macam dah tua sangat. Macam dah tak menarik langsung..
So, ape yang aku buat tuk kurangkan masalah ni?

1) Basuh rambut kalau boleh setiap hari.


Aku ni memang tak pakai syampu. Cume pakai Soda Bikarbonat & air perahan Lemon jek tuk basuh rambut. Jimat giler kan? Pada aku, pakai 2 bende ni lagi bagus dari pakai ntah macam-macam jenis syampu kat luar sane tu.. Syampu Shaklee ade.. Tapi tak penah tryla pulak..
Kalau tak pakai soda bikarbonat & lemon, aku basuh rambut pakai air biasa jek.

Update 3 Ogos 2016:


Shaklee ProSante Purifying Shampoo

Kan aku bagitau dulu aku tak pakai syampu. Baru-baru ni aku mengalah sebab kes hormon tak seimbang lepas bersalin ni tak settle-settle lagi.. So, aku decide pakai Syampu Shaklee yang sesuai dengan jenis rambut aku, iaitu Shaklee ProSante Purifying Shampoo.


Shaklee Purifying Syampu untuk rambut gugur dan kelemumur
Shaklee ProSante Purifying Shampoo


First, aku memang agak skeptikal nak pakai syampu ni sebab dah lame hilang percaya dekat sume jenis makbapak adik beradik syampu nih.. Aku dah try macam-macam jenis syampu. Dari farmasi sampailah yang jual kat salun. Sume hampeh.com..

Tapi pakai syampu Shaklee ni memang feel dia cukop2 berbeza. Aku cakap ni bukan sebab aku jual tapi syampu ni memang best giler! Apesal dari dulu aku tak pakai jek syampu nih?

Rambut gugur dan kelemumur memang dah banyak sangat kurang. Lepas syampu tu, memang terase kulit kepala ni bersih jek.. Aku blom try Conditioner dia lagi tau.. Rase macam nak tryla pulak.. 

2) Sikat Rambut pakai Jenis Brush


Ni doktor yang saran kat aku. Dia suruh pakai sikat jenis yang brush. Bergigi bulat-bulat kat hujung tu.. Dia pesan, JANGAN pakai sikat jenis biasa yang bergigi tu. Nanti lagi teruk gugur kang..

3) Jangan terlalu sikat rambut yang tengah basah.


Rambut yang tengah basah, jangan sikat sangat. Sikat sikit-sikit jek. Kang tak sikat nampak macam mak lampir plak kan.. Sebab rambut berada dalam keadaan paling lemah bila basah. So, minimakan apa-apa aktiviti yang melibatkan rambut kalau rambut belum betol2 kering.

4) Pakai Scalp Nourishing Treatment Dari Shaklee


Aku memang wajib pakai ni setiap kali lepas basuh rambut. Pakai masa rambut tengah basah tapi air tak menitik-nitik lagi. Titis-titiskan dalam 20 titik ke kulit kepala. Diulangi, Kulit Kepala. Lepas dah titik-titik tu, aku urut kulit kepala sat. Urut pelan-pelan.
Tujuan pakai ni untuk redakan gatal-gatal kulit kepala. Lepas tu, memang akan rase nyaman jek kepala ni.. Kulit kepala akan serap nutrien yang terkandung dalam ni dan seterusnya akan menguatkan akar rambut. Rambut pun tumbuh sihat.

5) Pakai Minyak Argan Secretleaf.


Aku memang jatuh cinta dengan minyak argan Secretleaf ni. Yang tadi titik kat kulit kepala kan.. Yang minyak ni titikkan kat tapak tangan dalam 4-5 titis, pastu sapu pelan-pelan ke rambut. Diulangi, Rambut. Ramas rambut pelan-pelan dengan minyak ni sampai ke hujung rambut.
Minyak argan ni buatkan rambut kering macam aku ni jadik smooth jek.. So, lebih mudah nak sikat dan rambut pon tak kering menggerbang macam cik ponti. Haha
Minyak argan nipon banyak khasiat dia kan.. Korang Google jelah khasiat dia ekk.. Haha
Aku beli minyak Argan ni kat Mydin USJ, Subang Jaya. Beli kat kiosk yang ade jual jamu-jamu bagai tu..
Harga dalam rm70 camtu. Tapi aku pakai lame gak nak habis. Adelah dalam 8 bulan camtu. Aku pakai sorang. Kadang-kadang pakaikan kat rambut anak jugak. So, memang jimatla. Lambat nak habis.

6) Jangan Pakai Tudung/Shawl masa Rambut Basah.


Yang ni memang aku tak buat. Aku akan basuh rambut time takde nak kemana. Kalau tak nanti rambut jadik berbau dan terkempap rambut basah tu dalam inner tudung/anak tudung. Lagi bertambah masalah nanti kang. So, kalau boleh elak dari pakai tudung masa rambut belum kering.

7) Jangan Ikat Rambut Masa Tidur.


Kalau boleh jangan ikat rambut masa nak tidur tu.. Aku paham kadang memang panas kan kalau tak ikat rambut. Tambah-tambah plak dengan musim El Nino & Fenomena Equinoks sekarang nih. Rimas kalau tak ikat rambut. Tapi, kalau boleh janganlah ikat ye sayam-sayam sume 

8) Makan B Complex dari Shaklee.


Setiap hari lepas sarapan, aku ambik 1-2bj B Complex Shaklee. Aku amek B Complex ni juga untuk masalah darah rendah dan nak bagi badan bertenaga ckt.. Lepas2 bersalin ni tau jelah.. Badan kadang tu lemau jek.. Yelah.. Dengan tak cukop tidur lagi..

Ok, fungsi B Complex untuk kesihatan rambut adalah sebagai Anti-Stress. Selain itu, dalam B Complex Shaklee ni ade Biotin. Biotin ni penting untuk memperbaiki masalah kulit kepala, merawat masalah kelemumur, mencegah rambut gugur serta rambut beruban, disamping mengekalkan kesihatan rambut secara keseluruhan.

9) Minum ESP Shaklee


Aku memang dah amalkan minum ESP ni bertahun-tahun dah. Dulu aku kejap minum, kejap tak. Sekarang ni memang wajib minumla dek non.. Tambah pulak sekarang ni aku fully breastfeed anak yang ketiga ni.. Esp ni singkatan Energizing Soy Protein dari Shaklee. Esp ni bagus tuk kuatkan akar rambut, galakkan pertumbuhan rambut baru, kurangkan kelemumur dan sihatkan kulit kepala. Sume ni adalah fungsi Protein dari sumber tumbuhan yang terkandung dalam ESP ni. 

10) Makan Zinc Complex


Setiap hari aku amek Zinc Complex 2bj masa perut kosong.
Pagi-pagi bangun, lepas minum madu asli campur dengan sehiris lemon dan air suam segelas, aku ambik Zinc Complex. Orang yang ade masalah rambut, wajib amek ni. Sebab, antara fungsi utama Zinc adalah membantu pembentukan Protein dan Kolagen dalam badan kita. Kalau pembentukan Protein dan Kolagen berjalan dengan baik, so pertumbuhan sel-sel kulit kepala juga akan bertambah baik. Bila kulit kepala sihat, rambut yang tumbuh pon sihatlah jugak. 

11) Makan Gla Complex


Gla Complex aku amek 1 bj sehari. Tujuannya untuk stabilkan hormon selepas bersalin. Kalau hormon kacau bilau, camane nak sihat? Betol tak? So, kenalah stabilkan hormon.

Aku rase ni jelah yang aku usahakan untuk mengurangkan masalah rambut gugur yang teruk sekarang ni.. Juga masalah kelemumur yang menjadi-jadi ni.. 

Kalau berminat nak tahu lebih lanjut tentang produk Shaklee yang aku makan tu, bolehla tanya-tanya kat nombor

Whatsapp aku ni 017-3616 140

Kalau nak tanya bende-bende lain pon boleh jek.

Jangan lupa LIKE page aku ye. Klik jek link kat atas belah kanan tu... Tq 

1 comment:

  1. Dapatkan Set Shaklee untuk masalah rambut gugur dan kelemumur dari saya, Sue di 017-3616140

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Pertanyaan...?

Name

Email *

Message *