Dengan kita yang masih dalam pantang..
Berpantang sendiri plak tu. huhu!
Luka bersalin pun belum sembuh sepenuhnya lagi.
Puting luka. (menyusu badan)
Sakit belakang.
Huwaaa...!!!
Can it get any worse? (Cehh. Speaking London plak)
Dugaan masa berpantang macam nilah. Kita mak-mak ni cuba hadapi dengan tabah ye. Kena pandai-pandai cari masa untuk rehatkan badan. Bila baby tidur, cepat-cepat baring rehatkan badan. Tak dapat tidur pun takpe. Dapat baring sekejap pun jadikla kann.
So, sekarang saya nak share sikit pengalaman dalam merawat selsema anak saya yang kecik ceconet tu.
Tanda-tanda nak selsema tu mula nampak masa Shafeeya baru berumur 3-4 minggu. Kebetulan pulak masa tu tarikh cucuk sebulan dah dekat. Jadi, alang-alang kami takdelah bawa Shafeeya pergi klinik. Nanti masa pergi cucuk (imunisasi untuk baby umur 1 bulan), boleh inform doktor skali tentang selesema dia tu.
Tapi, saya banyak baca info kat internet cakap yang baby bawah 2 bulan tak boleh bagi apa-apa jenis ubat. Acaner tu? So tak gunalah nak bawa Shafeeya pergi jumpa doktor kan. Pening pala tak? Anak sakit tapi tak boleh bagi ubat.
Apa yang boleh kita buat?
Nasal Aspirator
Lepas cucuk, kena bawa Shafeeya jumpa doktor. Saya pun bagitahu doktor yang Shafeeya kena selsema. Doktor kat poliklinik kerajaan tu pesan JANGAN bagi apa-apa ubat. Just continue jek bagi susu badan macam biasa. Laa. Itu jek?
Sebelum keluar bilik doktor tu, saya sempat tanya.
"Boleh tak kalau nak buang hingus baby pakai Nasal Aspirator?"
Doktor tu jawab sambil senyum paksa; "Bolehlah sikit-sikit.."
Awat doktor tu senyum macam tu? Macam ada something jek kan. Tapi takpe. Kita try dulu.
![]() |
Nilah rupa penyedut hingus tu atau bahasa omputih, Nasal Aspirator |
![]() |
Saya beli penyedut hingus brand KenHealth |
Hujung yang ternganga tu untuk kita sedut. So, nanti hingus anak takdelah termasuk dalam mulut kita. Memang kita tak geli hingus anak sendiri. Tapi tak berapa nak hygiene sangatlah kalau kita sedut pakai mulut direct dari hidung anak kan.
Sebab takut nanti kuman atau bakteria dalam mulut kita akan berpindah ke dalam salur pernafasan baby. Lagilah haru nanti.
Okla. Kami laki bini pun mulakan aktiviti menyedut hingus Shafeeya. Bergilir-gilir sedut. Tapi tak kerap sangat sebab doktor kat poliklinik dah pesan. Jangan selalu buat. Dia tak cakap plak kenapa tak boleh selalu buat.
Selepas seminggu, selsema Shafeeya tak sembuh-sembuh juga. Aikk. Apa yang tak kena ni? Salah ke method yang kami gunakan selama ni?
Spray Larutan Garam
Ayah Shafeeya pun cadangkan kami bawa Shafeeya pergi klinik pakar kanak-kanak. Saya macam skeptikal sikit sebab dalam pala otak ni pikir.. "Apelah yang doktor tu boleh buat? Ubat mesti tak boleh bagi.." Pastu mesti mahal.
Tapi ayah Shafeeya pujuk-pujuk juga suruh pergi. Last-last, pergilah kami ke klinik tu. Klinik ni terletak di Bandar Puteri, Puchong.
![]() |
Klinik Pakar Kanak-Kanak Dr. Chan |
Kami sampai dalam pukul 9 pagi camtu. Dah ramai orang!! Ingatkan kami ni antara yang terawal. Ayah Shafeeya terus pergi daftar kat kaunter sebab tak pernah datang sebelum ni. Lepas daftar, duduk sat. Pastu staf kat kaunter tu panggil suh timbang baby. Lepas timbang, duduk balik.
![]() |
Maafkan amoi yang berseluar pendek ittew. |
![]() |
Orang ramai tapi selesa tunggu. Tak panas. |
Selesa. Cuma tak berapa nak privacy sangat sebab staf (perempuan) klinik tu sibuk dok lalu lalang melintas bilik tersebut untuk pergi ke bilik sebelah.
![]() |
Masuk jek bilik doktor, macam biasalah kita akan cakap apa problem anak kita.
First thing yang doktor cakap; "Ramai yang cium dia ke? Tolong jangan cium baby ye. Especially kat muka".
Pastu Doktor Chan check paru-paru. Dia cakap; "Paru-paru clear".
Fuhh. Legaaa.
Yelah. Takut jadi macam Kakak dia plak kan. Ada Asma (tapi sekarang Kakak dah takde Asma dah). Lepas tu, Dr. Chan ambil 1 kotak dari almari ubat dia dan terangkan pada kami cara pakai benda tu.
Dr Chan cakap ni cuma larutan garam (saltwater). Bukan ubat. Selamat pada baby. Baby bawah 2 bulan pun boleh pakai. Pastu dia tunjuk cara nak spray dalam hidung Shafeeya. Dia cakap boleh spray banyak kali. Tak kisah 1 hari berapa kali.
Kalau masa spray tu, rasa-rasa tak masuk betul, boleh spray lagi sekali. Kalau spray termasuk mata baby pun ok. Takde apa. Selamat. Nanti baby akan tertelan hingus dia sekali dengan larutan garam tersebut. Dan akan keluar ikut najis dia.
Harga Saline Nose Spray ni rasa dalam RM40 camtu.
Ada 2 benda lagi yang Dr Chan bagi. Ubat titik Oxynose dan krim untuk masalah kulit Shafeeya. Ubat titik Oxynose tu untuk lembutkan taik hidung Shafeeya yang dah keras. Bila dah lembut, nanti dia akan tertelan taik hidung tu semasa kitorang spray hidung dia nanti dan akan keluar melalui najis dia.
Dr Chan cuma bagi itu sahaja untuk masalah Selsema Shafeeya.
Sebelum keluar dari bilik doktor, saya tanya Dr. Chan beberapa perkara:
1) Boleh tak saya guna Nasal Aspirator untuk buang hingus baby?
Jawapan doktor: TAK PERLU guna Nasal Aspirator. Nanti takut salur hidung baby yang lembut akan luka. Lagipun, doktor cakap kami pakai sebelum nipun selsema Shafeeya tak baik-baik. Tetap juga berhingus. Maknanya, cara tu tidak berkesan. Malah boleh mendatangkan kemudaratan kepada salur pernafasan baby kalau tak kena cara.
2) Boleh tak saya wapkan baby untuk legakan sikit hidung baby yang tersumbat?
Jawapan doktor: Boleh tapi sikit-sikit jek sebab kesian baby kecil lagi. Kalau nak buat, jangan direct wap panas tu kat muka baby. Pastu tak payah bubuh pape kat dalam air panas tu contoh macam Vicks ke. Bawang putih bolehlah.
Selain dari spray hidung dia, saya juga tinggikan sikit tempat tidur Shafeeya. Caranya dengan ambil tuala dan kain batik. Lipatkan tuala dan kain batik tu. Pastu letak bawah tilam Shafeeya. Susunkan macam tangga.
Yang tinggi sikit tu tempat letak kepala. Kadang Shafeeya tidur saya tak letak bantal pon kat kepala dia sebab tilam tu dah condong kan. Tujuan tu biar dia selesa sikit tidur dan hidung kurang tersumbat. Kalau nak tinggikan bantal kepala dia agak bahaya sebab ada risiko SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).
Memang rezeki Shafeeya susu badan pun banyak. Alhamdulillah. Susu badan akan membantu menguatkan sistem imun anak. Tapi pemakanan ibu kena jaga juga. Kurangkan makan makanan berminyak.
Pendek kata, makan yang sihat-sihat jelah untuk membekalkan susu badan yang pekat dan berkualiti kepada baby.
So, lepas seminggu, Shafeeya betul-betul dah pulih dari selsema. Alhamdulillah. Memang lega rasa. Yelahkan. Sian tengok dia kadang tu macam tak boleh nak bernafas sebab hidung tersumbat. Terutama time nak menyusu. Tidur pun tak selesa. Sekarang dah sihat dah budak tecik tu.
Kalau ada nak bertanya pape, boleh terus whatsapp/call saya, Sue di 017-361 6140
atau tinggalkan jek pertanyaan di ruangan komen kat bawah ni. Saya akan reply secepat mungkin :)
Terima kasih sudi singgah Maitangni.com !
Fuhh. Legaaa.
Yelah. Takut jadi macam Kakak dia plak kan. Ada Asma (tapi sekarang Kakak dah takde Asma dah). Lepas tu, Dr. Chan ambil 1 kotak dari almari ubat dia dan terangkan pada kami cara pakai benda tu.
![]() |
Saline Nasal Spray |
Kalau masa spray tu, rasa-rasa tak masuk betul, boleh spray lagi sekali. Kalau spray termasuk mata baby pun ok. Takde apa. Selamat. Nanti baby akan tertelan hingus dia sekali dengan larutan garam tersebut. Dan akan keluar ikut najis dia.
Harga Saline Nose Spray ni rasa dalam RM40 camtu.
Ada 2 benda lagi yang Dr Chan bagi. Ubat titik Oxynose dan krim untuk masalah kulit Shafeeya. Ubat titik Oxynose tu untuk lembutkan taik hidung Shafeeya yang dah keras. Bila dah lembut, nanti dia akan tertelan taik hidung tu semasa kitorang spray hidung dia nanti dan akan keluar melalui najis dia.
Dr Chan cuma bagi itu sahaja untuk masalah Selsema Shafeeya.
![]() |
Okla bil cuma RM87. Janji anak aku baik. |
1) Boleh tak saya guna Nasal Aspirator untuk buang hingus baby?
Jawapan doktor: TAK PERLU guna Nasal Aspirator. Nanti takut salur hidung baby yang lembut akan luka. Lagipun, doktor cakap kami pakai sebelum nipun selsema Shafeeya tak baik-baik. Tetap juga berhingus. Maknanya, cara tu tidak berkesan. Malah boleh mendatangkan kemudaratan kepada salur pernafasan baby kalau tak kena cara.
2) Boleh tak saya wapkan baby untuk legakan sikit hidung baby yang tersumbat?
Jawapan doktor: Boleh tapi sikit-sikit jek sebab kesian baby kecil lagi. Kalau nak buat, jangan direct wap panas tu kat muka baby. Pastu tak payah bubuh pape kat dalam air panas tu contoh macam Vicks ke. Bawang putih bolehlah.
Tinggikan Tempat Tidur Anak
Selain dari spray hidung dia, saya juga tinggikan sikit tempat tidur Shafeeya. Caranya dengan ambil tuala dan kain batik. Lipatkan tuala dan kain batik tu. Pastu letak bawah tilam Shafeeya. Susunkan macam tangga.
Yang tinggi sikit tu tempat letak kepala. Kadang Shafeeya tidur saya tak letak bantal pon kat kepala dia sebab tilam tu dah condong kan. Tujuan tu biar dia selesa sikit tidur dan hidung kurang tersumbat. Kalau nak tinggikan bantal kepala dia agak bahaya sebab ada risiko SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).
![]() |
Susun macam tangga |
![]() |
Pastu letak tilam baby kat atas susunan kain tadi. |
Susu Badan & Pemakanan Ibu
Memang rezeki Shafeeya susu badan pun banyak. Alhamdulillah. Susu badan akan membantu menguatkan sistem imun anak. Tapi pemakanan ibu kena jaga juga. Kurangkan makan makanan berminyak.
Pendek kata, makan yang sihat-sihat jelah untuk membekalkan susu badan yang pekat dan berkualiti kepada baby.
Shafeeya Sembuh Selepas Seminggu
So, lepas seminggu, Shafeeya betul-betul dah pulih dari selsema. Alhamdulillah. Memang lega rasa. Yelahkan. Sian tengok dia kadang tu macam tak boleh nak bernafas sebab hidung tersumbat. Terutama time nak menyusu. Tidur pun tak selesa. Sekarang dah sihat dah budak tecik tu.
Kalau ada nak bertanya pape, boleh terus whatsapp/call saya, Sue di 017-361 6140
atau tinggalkan jek pertanyaan di ruangan komen kat bawah ni. Saya akan reply secepat mungkin :)
Terima kasih sudi singgah Maitangni.com !
Saya masih dalam pantang baru jer 16hari baby pulak kena selsema macam mana yer kesian tengok die x dpt tidur n menyusu
ReplyDeleteSebenarnya memang normal baby baru lahir mendapat sakit seperti selsema dan batuk. Saya sarankan puan bawa baby pi klinik pakar kanak-kanak. Sebelum mencuba cara-cara di atas, minta nasihat doktor terlebih dahulu.
Deletesangat risau bila anak selsema ni.malam malam mesti takleh tido
ReplyDeleteBetul. Tambah risau bila anak tidur nafas berbunyi kuat sebab hidung tersumbat.
DeletePuan dah cuba sapu Garlic Oil kat anak tak?
Nafas berbunyi tp hingus tak de...selsema jg ke tu?
ReplyDeleteWalaupun takde hingus, maybe salur pernafasan anak ada jangkitan kuman atau ada lendir.
DeleteSalur pernafasan baby memang kecil. So, bila ada jangkitan kuman atau ada lendir, senang nak jadik nafas berbunyi atau 'wheezing'.
Tapi ni takdelah bermakna anak ada asma. Apepun, kena bawak pi cek doktor untuk pastikan paru-paru anak clear.