Saturday, 2 April 2016

Sakit Badan Selepas Bersalin

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.. 

Time kasih sebab sudi singgah blog aku yang tak seberapa ni.. Ni ade bende nak citer sket pasal pengalaman aku sakit-sakit sendi satu badan selepas bersalinkan anak ketiga.

Anak pertama & kedua aku takde sakit-sakit badan macam sekarang ni.. Tapi lepas bersalin anak ketiga, dari mula hari pertama berpantang sampaila sekarang sakit-sakit badan ni tak sembuh-sembuh jugak.

Dok google cakap bende ni perkara biasa lepas bersalin. Ni ape yang Dr. Zubaidi cakap: Semasa mengandung, sendi-sendi kite akan perlahan-lahan melonggar untuk memberi jalan bersalin dengan lebih mudah.

Bile baby dah masok 3 bulan, aku semakin risau sebab sakit ni macam takde nampak banyak perubahan untuk baik.

Bile nak bangun tido pagi-pagi, memang agak terseksa sikitla.. Sebab terase sangat sakit pada bahagian pinggang & belakang. Aku terpaksa bangun perlahan-lahan sambil tarik & hembus nafas. Kena adjust pungkok (punggung) sikit-sikit dan tangan menahan badan mase nak bangun dari katil.

Ni kire dah okla boleh bangun sendiri.. Mase mula-mula bersalin, kalu silap posisi tido, memang tak bole bangun langsung!! Sampaikan terpaksa mintak tolong dengan suami tarik tangan dan ampu badan aku untuk bangun dari katil. Mase tu memang panik sikitla.. Yelah.. Bayangkan kite tak bole nak bangun dan gerakkan badan!!! Mase nak bangun tu, pinggang punyela sakit.. Allah jek yang tau..

Bile dudok bersimpuh kat lantai, pastu nak bangun berdiri memang terseksa jugak. Mase nak bangun berdiri tu, lutut sakit giler!! Dah rase macam makcik umo 50-60 plak..

Pastu, bile anak dah masok 3 bulan, suami ajak pegi jumpe doktor..

Kami pegi Klinik Medis-Plus dekat Taman Maju Jaya, Puchong. Memang dah bertahun-tahun pegi klinik tu sebab dokor dia bagus; Dr. Anand.

Masok bilik doktor, terusla citer sume kan.. Pastu Dr. Anand tanye..

"U menyusu badan ke?"

Aku jawabla memang fully breastfeed baby..

"U ade makan ape-ape suplemen atau vitamin tak?"

Aku jawabla ade makan:

Kalsium (Ostematrix)
Omega (Omega Guard)
B Complex
Non-gmo Soy (Esp)

"Herbs u ade makan tak?"

Aku jawab: "Ade doktor".

Dr. Anand trus senyum kambeng..

Dia pesan, "Buat mase ni, jangan ambik ape-ape herbs ye.."

Aku memang ade amek Maajun Manjakani yang campur dengan kurma, madu, habbatussauda & minyak zaiton. Aku amek maajun ni untuk kesihatan rahim. Alfalfa Complex pon aku ade ambik.

Dr. Anand jawab; "Kalau nak kuatkan rahim, u kena buat exercise.."

Dia trus ajar aku camane nak exercise..

Sambil berbaring, luruskan kaki. Pastu perlahan-lahan angkat kaki ke atas sampai 90 darjah dengan badan. Pastu, bukakkan kaki tu macam bentuk V. Kemudian, rapatkan balik kaki. Then, bukak balik macam bentuk V. 

1 set buat 20 kali.

Pastu, sambil berbaring, luruskan kaki. Angkat kaki kanan dan bengkokkan kaki, pastu letak kaki kanan sentuh dengan lutut kiri. Buat yang sebelah kaki macam tu jugak. Kire tumit kanan sentuh lutut kiri dan sebaliknya. Buat dalam 20 kali untuk 1 set.

Buat permulaan, jangan lame-lame. Amek mase dalam 20-30 minit dah cukop. Kalau bole, buat tiap-tiap hari.

Pastu dia cakap, kalu bole berbasikal selalu. Aku manela ade basikal. Basikal budak-budak ni adela.. Nak kena beli basikal ke?

Pastu, Dr. Anand pesan lagi jangan makan bende-bende yang berasid tinggi contohnya buah nenas, limau..

Tambah dia lagi, kurangkan atau jangan minum kopi & teh sebab ade kandungan kafein yang tinggi.

"Ais batu bole tak doktor?"

Dr. Anand terus bangun nak carik rotan. Haha!

Doktor explain sikitla pasal sakit aku ni. Dia cakap hopefully ni bukanlah tanda-tanda nak Rheumatoid Arthritis. Sakit sendi lepas bersalin memang normal di kalangan wanita. Akan ambik mase dalam 6-12 bulan untuk sembuh.. Paling cepat baik 6 bulan. Tu yang paling cepat ye.. Lepas bersalin, 'darah putih' akan menggila & menyerang otot & sendi badan. Gejala yang lain adalah keguguran rambut yang terok.. (Patotla..).

"Kalau sikat rambut, pakai jenis yang brush. JANGAN pakai sikat jenis yang bergigi".
Pesan dia camtu..

"Tapi jangan risau. Sume ni akan stop. 'Darah putih' tu akan kembali bertenang".

So, pastu Dr. Anand bagi aku ubat untuk  Tulang (membantu tenangkan 'darah putih' tu) & ubat tahan sakit yang mild sebab aku menyusu badan. Dia cakap ubat-ubat ni takkan terserap masok dalam susu badan.

"Suplemen & vitamin yang u makan tu sume u keep continue makan".

Lepas seminggu, doktor pesan aku kena datang lagi untuk dia buat follow up check-up masalah aku ni..

So, pape nanti aku akan update ape yang jadik lepas rawatan sume tu nanti ye. In sha Allah.

Update 7 Ogos 2016:

Berurut Badan


Haha! Aku tak pegi pon appointment follow-up dengan Dr. Anand. Sebabnye? Sebab aku nak cuba cara lain dulu yang tidak melibatkan ubat-ubatan ni..

So, cara lain yang aku cuba adalah dengan pegi Berurut Badan secara tradisional. Pegi berurut kat rumah jek. Bukan pegi Spa ke hape..

Aku memang kenal ade sorang otai pandai urut kat Puchong ni.. Aku panggil dia Wak Baniah. Bukan lelaki ok.. Memang kalau orang Jawa piaw dia bahasakan Mak Sedara sebagai Wak. Aku pegila berurut dengan Wak Baniah. Cara urut dia memang serasi banget dengan badan aku ni. Bayaran Wak ni ikutla seikhlas hati kita. Wak memang tak letak harga macam sesetengah tukang urut yang lain. Cume 'Pengeras' dia Lima Posen. So, aku memang selit sekeping duit syiling 50sen sekali dengan duit upah urut dia.

Aku pegi berurut dengan Wak tiga malam berturut-turut. Ya Allah.. betapa cuainya aku! Aku lupe nak pegi berurut simpan batu meroyan (batu meriyan) lepas habis pantang.. Wak pegang perot aku trus dia tanya lepas habis pantang xpegi berurut ke? Aku memang tak ingat langsung pasal bende ni. Yelah.. jarak mengandung yang ni beza 6 tahun dengan kakaknya dulu. Memang tak ingat langsung! Patotla sakit-sakit badan.. Rupanya batu meroyan aku belum 'disimpan' lagi ke tempat dia..

Bentan Lepas Habis Pantang


Wak cakap mungkin aku ni kena Bentan. Tidur malam bawah kipas. Tak tutop kaki. So, angin sejuk dah masuk ke dalam badan. Pulak tu tak pantang makan. Wak pesan bende-bende 'Angin' macam pulut memang kena pantang. Bende 'Sejuk' plak macam timun, kangkung, pun kena pantang. Wak pesan lagi, tang aku sakit-sakit badan, sakit-sakit sendi ni memang kena pantang makan. Lagi satu, Wak suruh cuba 'Jus Nusantara' yang ade gambo Ustaz tuu.. Dia cakap jus tu memang elok untuk masalah sakit-sakit badan ni. Tapi aku tak beli pon sebab nak teruskan makan set shaklee. Malas nak campur-campur ni.

Lepas berurut, Wak pesan balik rumah sebelum tidur, terus makan pape jamu atau maajun yang ade kat rumah. Bagi 'panas badan'. Pastu lagi satu Wak pesan, esok pagi buat jus kunyit dan minum suam-suam.

Cara buat Jus Kunyit atau Jamu Kunyit (ikut cara Wak pesan):


Amek kunyit hidup sebesar ibu jari. Tak perlu buang kulit dia. Cuma basuh bersih-bersih. Blender halus-halus dengan secawan air masak. Pastu, tapiskan air dia. Sebelum minum, campur sikit air panas dan Madu Asli (kalau ade). Minum suam-suam. Buat ni sekali sahaja. Wak cakap air kunyit tak boleh selalu minum. Nanti cepat menopous.

Alhamdulillah.. aku rase badan dah semakin baik walaupun belum sembuh sepenuhnya. Masih lagi sakit lutut dan pinggang tapi takdela sakit macam dulu. Kira sakit tu dah semakin berkuranganlah.. Sekarang ni anak aku pun dah masuk 8 bulan. Betollah ape Dr. Anand cakap dulu, paling cepat baik 6 bulan.

Takpelah.. janji sakit makin kurang. Dan aku masih lagi terus makan set Shaklee untuk masalah Sakit Badan ni..

Jangan Tolak Barang Pakai Kaki


Yang ni Wak memang pesan banyak kali kat aku.. JANGAN tolak barang pakai kaki. Kalau nak alih barang ke hape, silalah gunakan tangan. Kalau tak nanti boleh efek pada RAHIM..

Set Shaklee untuk Legakan Sakit Badan Lepas Bersalin:


Ostematrix 


  • untuk membekalkan kalsium yang hilang banyak ketika mengandung
  • Buang angin dalam badan.
  • Hilangkan sakit-sakit dan lenguh-lenguh badan
  • kurangkan kebas-kebas kaki dan tangan


B Complex


  • untuk anti-stress
  • untuk kesihatan rambut.
  • memberi tenaga kepada badan
  • bantu rehatkan urat saraf


Omega Guard 


  • untuk kurangkan keradangan sendi
  • Kuatkan imun badan


Alfalfa Complex 


  • untuk kurangkan keasidan dalam badan
  • Juga untuk kesihatan rahim
  • untuk memekatkan susu
  • Meningkatkan pH kealkalian dalam badan


ESP 


  • untuk sumber protein
  • untuk kesihatan rahim
  • atasi masalah rambut gugur, kelemumur
  • sebagai milkbooster
  • Juga sebagai bekalan tenaga.


Gla Complex 


  • Untuk stabilkan hormon
  • Untuk kesihatan rahim.
  • Haid lebih teratur


Kalau korang nak cuba Set Shaklee macam yang aku makan, terus Whatsapp atau sms aku, Sue di 017-3616140

Cod area Puchong, Giant Kinrara, Taman Mas, Taman Putra Perdana. Poslaju 1 Malaysia.


Pengedar Shaklee Puchong, Giant Kinrara dan Taman Putra Perdana

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Pertanyaan...?

Name

Email *

Message *