Monday, 19 September 2016

Berkelah di Pantai Teluk Cempedak Memang Best!

As salam dan Salam Sejahtera !!

Musim cuti sekolah yang baru lepas, kami sekeluarga pegi jalan-jalan makan angin di Pantai Teluk Cempedak (PTC) yang terletak di pinggir bandar Kuantan, Pahang. Kebetulan ade majlis pertunangan sepupu, so kami ambikla peluang ni untuk bawak anak-anak berkelah di PTC. Kalau takde pape hal, memang jangan harapla nak berjalan ke bandar Kuantan ni..

Jarak perjalanan ke PTC dari homestay kami menginap takdela jauh. Dalam 30 minit camtu. Tupon sebab kena lalu bandar Kuantan. Ambik kire traffic light, jem sikit-sikit, so lebih kurang 30 minit dari homestay kami di Taman Cenderawasih Pesona.


Pengedar Shaklee Puchong: Berkelah di Pantai Teluk Cempedak
Homestay ni selesa bangett!

Sampai kat PTC, ade 3 area Parking. Satu, parking kat luar. Free tapi jauh sikit dari kawasan pantai. Lagipon kena parking atas risiko sendiri kalau parking di luar. Parking yang berbayar ade 2 pilihan. Satu kena bayar RM2.10 (seposen tu gst kot). Yang satu lagi, kena bayar RM2.00 (untuk sekali masuk). Murah seposen tapi jauh sikeeeet jek dari yang RM2.10 tu.. So, kitorang park keta kat yang kena bayar RM2.00 tu. Kawasan parking luas. So, jangan risau susah nak carik parking ke hape. Cumanye.. kalau mai awal, dapatla parking dekat sikit dengan laluan masuk pejalan kaki.


Pengedar Shaklee Puchong: Berkelah di Pantai Teluk Cempedak
Bumbung besor di laluan masuk ke area Parking RM2.00

Laluan masuk pejalan kaki ke kawasan pantai meriah dengan deretan kedai-kedai macam kat uptown dah gayanye.. Macam-macam hadooo.. Janji ade duit. Takde duit, dok diam-diam main air tepi pantai. haha


Pengedar Shaklee Puchong: Berkelah di Pantai Teluk Cempedak
Kami sampai agak awal. Kul 3 ptg camtu.. Kedai belom bukak..


Pengedar Shaklee Puchong: Berkelah di Pantai Teluk Cempedak
On the way balik baru banyak kedai yang bukak.



Pengedar Shaklee Puchong: Berkelah di Pantai Teluk Cempedak
Laluan pejalan kaki ke kawasan parking yang berbumbung

Sampai di kawasan pantai, memang rase best jugakla.. Kami dok usha-usha kemudahan yang ade. Memang lengkap dengan Tandas Awam, Bilik Mandi, Surau, Gerai-gerai Makan, Taman Mainan Kanak-kanak.. Pendek kate memang tempat rekreasi yang amat sesuai untuk keluargalah. Nak berdating laki bini pon sesuai banget. hehe..


Pengedar Shaklee Puchong: Berkelah di Pantai Teluk Cempedak
Husband cakap bersih jugakla toilet dia. Nak mandi, kena bayo sorang singgit.

Pengedar Shaklee Puchong: Berkelah di Pantai Teluk Cempedak
Gerai-gerai makan

Pengedar Shaklee Puchong: Berkelah di Pantai Teluk Cempedak
RM10 untuk 10 minit

Pengedar Shaklee Puchong: Berkelah di Pantai Teluk Cempedak
Ade Motor, ade Basikal.
Tapi sori ye.. Bapak budak tak bole naik. hehe 

Pengedar Shaklee Puchong: Berkelah di Pantai Teluk Cempedak
Nampak tak makhluk Allah tu? Banyak kera kat sini tau.
So. makanan tu simpan elok-elok.. Nanti kena hamek dek kera.

Pengedar Shaklee Puchong: Berkelah di Pantai Teluk Cempedak
Kawasan pantai yang memang bersih, cantik dan mendamaikan


Pengedar Shaklee Puchong: Berkelah di Pantai Teluk Cempedak
Tenang jiwa

Pengedar Shaklee Puchong: Berkelah di Pantai Teluk Cempedak
Keadaan air tengok musim jugakla..
Time ni air laut tengah ok, bersih. Tak keruh.

Pengedar Shaklee Puchong: Berkelah di Pantai Teluk Cempedak
Kawasan pantai yang berbatu besor-besor. Cantik pemandangan kat sini.
Ade jambatan kayu pejalan kaki untuk ke teluk sebelah sane..


Pengedar Shaklee Puchong: Berkelah di Pantai Teluk Cempedak
Kadang ade event macam konsert kat sini. Memang happening!


Pengedar Shaklee Puchong: Berkelah di Pantai Teluk Cempedak
Dah petang makin ramai pengunjung


Pengedar Shaklee Puchong: Berkelah di Pantai Teluk Cempedak
Eddy Buskers. Sore memang best. Serak-serak basah gitteww
Dalam kul 6 petang, kami beredar dari sini. Pegi carik port makan ikan bakar plak. Kami pegi ke Tanjung Lumpur. Kat area situ memang banyak port makan yang best-best di sepanjang kiri kanan jalan. Macam-macam hadoo.. Nak ikan bako ade, nak Western pon ade. Nak carik Sata sedap-sedap pon ade. Tapi banyak jugakla yang masih tutop lagi sebab cuti raye Haji. Kalau ade yang bukak pon, kena datang awal. Kalau datang time Peak Hour antara 8-9pm, alamatnye berjanggutla tunggu makanan nak siap. Paling awal dapat pon kena tunggu sejam baru makanan sampai. Sebab banyak tempat makan yang tutop. Kalau bukak pon, pekerja ramai cuti. Service slow giler.. 

So, rezeki kami dapat datang awal ke Marina Tomyam Seafood. Kedai dia nampak cam besa-besa jek. Kedai dia ni berdepan dengan Balai Polis dan Masjid. Ade disediakan seafood fresh untuk dipilih. Ade Ikan Siakap, Ikan Pari, Ikan Bawal, Lala, Ketam, Sotong.. Pilih dulu mane yang suke, pastu timbang. Harga tu untuk sekali dengan masak. Bole pilih nak masak camane. Antara menu pilihan kami adalah Ketam Masak Telur Masin. Memang superb!! Maveles giler rase isi ketam tu bersalut telur kuning masin. Balik umah memang berangan nak buat sebab tak puas makan aritu. hehe


Pengedar Shaklee Puchong: Berkelah di Pantai Teluk Cempedak
Marina Tomyam Seafood



Pengedar Shaklee Puchong: Berkelah di Pantai Teluk Cempedak
Muke-muke dah lapooo..

Harga macam kat KL ni jugak.. Harga Ikan Siakap 100 gram = RM5.00 (Siap masak) Kami pilih Ikan Siakap tu berat dalam sekilo. So, kami bayar sekor Ikan Siakap siap masak dalam RM50. Lebih kurang jek.. Ingatkan murahla sikit. Tengok tempat kot.. Ade yang timbang tu murah sikit. Papepon, depa masak memang sedapla. Gambo menu lupe nak amek sebab dah lapo giler. heee

Itu jelah nak citer pasal berkelah di Pantai Teluk Cempedak ni... Kalau korang ade pengalaman pegi situ, komenla sikit kat bawah tu yee..

Kalau nak beli vitamin dan suplemen semulajadi Shaklee, boleh roger-roger saya ye..

Whatsapp saya, Sue di 017-3616 140

In sha Allah saya boleh memberi khidmat Konsultansi Terbaik khas buat customer saya yang tercayang!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Pertanyaan...?

Name

Email *

Message *