Tuesday, 27 September 2016

Cara dan Tips Supaya Mudah Bersalin Normal

Bersalin anak sulong secara czer membuatkan saya bersemangat untuk bersalin secara normal bagi anak kedua. Tambah pulak jarak mengandung yang agak dekat, iaitu cuma selang 6-7 bulan dari tarikh bersalin operate, saya berharap sangat bersalin yang nombor dua ni dapatlah secara normal.
cara mudah bersalin normal
Alololo tomeinye.. (Anak orang lain ye ni haha)
Sebab kalau kena czer jugak, kesian kat Kakak (anak sulong saya) dan Suami. Berpantang nanti, mane nak uruskan Kakak, nak uruskan baby.. Nak uruskan diri sendiri lagi..

So, saya nak kongsikan sikit Cara dan Tips supaya Mudah Bersalin Secara Normal. Kalau korang dapat bersalin normal tanpa koyakan, itu dah kira Bonus Gegar Vaganza!!

Cara dan Tips yang saya nak kongsikan ni saya himpun dari pembacaan dan perkongsian pengalaman sendiri serta orang lain..

Tips Pertama: Bersenam 

Ade banyak jenis senaman yang korang boleh praktikkan. Lagi awal korang buat, laaagi bagus. Kalau boleh korang start bersenam bila dah tau korang peknen. Kalau boleh, konpem jek 'double line' tu, korang trus bersenam. haha terlebih bersemangatla pulak kan.

Tapi korang mesti malas nak bersenam kan kan? Alaa.. Tak payahla beriya sangat.. Korang buat yang wajib-wajib jek.. Buat yang senang-senang jek..

Antara Senaman yang Mudah dilakukan semasa Mengandung:

  • Berjalan kaki
Petang-petang tu kalau larat, bawakla anak pegi jalan-jalan kat area rumah. Bukan jalan dalam rumah. Luar rumah ok. Luar.

  • Duduk kat lantai dengan rapatkan tapak kaki.
Nampak tak amoi yang pakai baju pink tu? Haa.. korang tirulah cara dia duduk tuu. Sambil duduk camtu, korang goyang-goyangkan sikit lutut tu ke atas dan ke bawah.. Sambil layan drama korea pun boleh buat.


Senaman supaya mudah bersalin normal
  • Senaman Kegel
Senaman Kegel ni korang boleh buat semasa baring, duduk atau berdiri. Berlari tak boleh ok. Kang tercicir perut kat belakang. Ikutla mane-mane yang korang selesa. Nak buat dia camni. Korang kemutkan atau kecutkan otot yang berada disekitar vagina.

Otot ni sama macam korang nak tahan buang air kecik. Kemut selama 10 saat. Kemudian, relakskan otot tersebut perlahan-lahan.. Rehat 10 saat. Pastu kemut balik 10 saat. Ulang 10 kali. Kalau boleh, buat 3 set dalam sehari. Pagi, petang, malam.

  • Duduk Bertinggung
Cara duduk bertinggung untuk wanita hamil supaya mudah bersalin normal

Saya selalu buat ni dalam bilik ayaq jek. Sambil-sambil mandi, sambil-sambil gosok dinding, buatlah skali. Baby keluar normal, bilik ayaq pun bersih berkilat. hehe

Buatlah selama mana yang kita termampu. Maybe dalam 10 saat, pastu rehat sat. Then, sambung lagi buat.

Tips Kedua: Minum Air Kelapa 

Kalau boleh minum tanpa gula. Tanpa ais. Beli yang fresh punye. Pastu korang simpanlah sat dalam esbok. Hari panas kalau dapat minum ni sejuk-sejuk memang maveles! Korang boleh start minum bila kandungan dah masuk 7 bulan.

Tips Ketiga: Minum Minyak Kelapa Dara (VCO)

Saya start minum dari awal mengandung sampailah nak bersalin. Brand D'Aura punya.. Ade 2 jenis; Bentuk Cecair dan Gel. Saya minum yang cecair punya. Ini pun bertujuan untuk elakkan anak Jaundis (Demam Kuning) selepas lahir.

Tapi sekarang saya amalkan VCO dari keluaran UTM. Murah pun murah. Lagipun Dr. Zubaidi yang promote mestilah bagus kan.
VCO keluaran UTM. Murah dan berkualiti
VCO keluaran UTM. Murah dan berkualiti.

Tips Keempat: Sapu Minyak Kelapa Dara di area Faraj

Sapu kat bahagian luar. Tak perlu seluk jari ke dalam. Cukup setakat sapu kat luar jek. Sapu kat kawasan Perineum kita tu. Alaa.. Tempat yang depa akan gunting supaya tak koyak lebih teruk masa meneran.

Kalau boleh sapu setiap hari bila kandungan dah masuk 7 bulan dan keatas. Tips yang ni saya dapat dari kenalan dalam biz Shaklee yang bersalin anak kembar boy. Dan dia bersalin secara NORMAL TANPA KOYAKAN. Woww.. Memang Super Mama!!

Tips Kelima: Makan Kurma

Yang ni memang WAJIB korang amalkan sepanjang tempoh kehamilan. Kalau tak suka makan kurma, korang cubalah buat jus ke.. blend dengan papelah ikut tekak korang. Pastu, sejukkan dalam esbok. Minum sejuk-sejuk. Bestt!! Janji boleh telan.

Kalau suka makan buah kurma, makanlah 7 bijik sehari. Rugi kalau tak makan kurma semasa mengandung tau.. Benda ni bukan saya pandai-pandai cakap. Tapi memang ada dalam kajian tentang kurma dapat memudahkan proses bersalin. Dr. Zubaidi pon ada up status FB dia pasai ni..

Manfaat Kurma untuk Mudahkan Proses Bersalin:
  • Dapat mengurangkan sakit bersalin. 
  • Pendekkan tempoh sakit bersalin.
  • Mempercepat bukaan jalan.
  • Membekalkan tenaga semasa nak meneran.

Tips Keenam: Makan Buah Nenas atau Minum Jus Nenas

Yang ni korang kena start makan atau minum bila kandungan dah masuk 38 minggu dan ke atas sahaja. Tips ni saya dapat dari blog Dr. Zubaidi dan juga beberapa blog lain dari dalam dan luar negara.

Memang nenas ni orang kita cakap tajam tapi cara makan dia kenalah betul. Sebab buah jenis tropika ni banyak sangat khasiat dia tau. Orang kita ni jadik takut nak makan padahal manfaat dia masya Allah banyaknya lahaii.

Sumber: Artikel Blog Dr. Zubaidi

Korang rajin-rajinkanlah diri buat suma amalan ni ye.. Buat setakat yang termampu jelah. Jangan paksa-paksa badan sangat.. Tapi kalau dapat amalkan sume secara konsisten, in sha Allah proses bersalin akan dipermudahkan. Aamiiinn!! Jangan tak buat langsung.. Nanti menyesal tak sudah.

Kalau korang nak order Set Mengandung Shaklee, Set Berpantang Shaklee, Set Menyusu Shaklee, boleh order dengan saya ye..

Nak tanya-tanya dulu pon boleh jek.

Terus wassap saya, Sue di 017-361 6140.

atau,

Terus pm saya di facebook: Suhana Fuad

Saya boleh cod area Puchong.
Kalau luar Puchong, saya pakai Poslaju. Sekejap jek sampai. In sha Allah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Pertanyaan...?

Name

Email *

Message *