Sunday, 16 October 2016

Apa Nak Buat Kalau Anak Demam Panas

Seminggu sebelum Shafeeya kena Demam Campak, dia kena Demam Panas, Selsema dan Batuk. Shafeeya baru 9 bulan. Rasa macam tidak sesuai nak bagi dia ubat banyak sangat kan.. Nasib baik pula hari tu ada tertengok rancangan Dr. Muhaya Dot Com di TV Alhijrah tentang Demam Panas di kalangan Bayi dan Kanak-kanak. Memang ngam betul tajuk rancangan tu dengan Shafeeya yang kena Demam Panas. Saya sempatlah record rancangan tu.. So sekarang saya nak kongsikan apa yang depa bincangkan dalam rancangan tersebut dan juga sedikit pengalaman saya sendiri menjaga Shafeeya ketika dia demam panas.

Betul ke Anak Kita Demam?


Sebelum kita cakap anak kita demam, kita kenalah tahu suhu badan yang boleh dikategorikan sebagai demam. Untuk bayi dan kanak-kanak, suhu badan yang normal adalah antara 36.5 - 37 darjah Celcius.

Biasanya demam ni disebabkan oleh jangkitan virus. Demam ni benda yang bagus sebenarnya sebab dia membantu anak membina daya ketahanan badan mereka atau senang cakap, kuatkan antibodi. Kalau setakat panas baru naik tidak lebih dari 37.5 darjah Celcius, doktor cakap tidak perlu bagi ubat. Biarlah antibodi bekerja melawan kuman dalam badan anak kita tu..

Macam Mana nak tahu Berapa Suhu Badan Anak?


Sesiapa yang ada anak kecil di rumah, lebih baik standby satu jangka suhu atau termometer. Kalau boleh jenis digital yang boleh diletak bawah ketiak. Ataupun jenis yang boleh check kat telinga tu.. Lain-lain jangka suhu bolehlah juga.. Cumanya takut bacaan tu tidak berapa nak tepat sebab suhu badan anak boleh dipengaruhi oleh keadaan cuaca. Kalau hari tu cuaca agak panas, kulit badan kita pun boleh panas sedikit dari biasa.

Especially babies. Baby kalau kita pegang dahi atau leher dia, mesti macam panas kan? Shafeeya masa dalam pantang dulu pun macam tu.. Bila pegang, mesti panas. Kadang confuse juga.. "Eh.. budak kecik ni demam ke?" Tapi doktor cakap, memang normal baby macam tu.. Badan baby akan panas sikit tapi bukannya demam..


Jangka Suhu untuk Anak Demam Panas
Jangka Suhu

Termometer ni kami minta dari klinik panel yang selalu kami pegi. Selamber jek minta dengan doktor kan.. Tak sangka boleh dapat pula. hehe.. Yang jenis ni doktor ajar kena letak bawah ketiak. Biar sat dalam seminit camtu, lepas itu tengoklah line kuning stop kat mane.. Yang jenis ni pun ok jugalah..

Doktor jemputan dalam rancangan Dr. Muhaya tu beritahu memang normal kalau anak demam, selsema dan batuk dalam tiga bulan sekali. Terutamanya anak yang dihantar ke taska atau rumah pengasuh yang jaga ramai budak lain. Ada jenis budak yang senang sangat dapat sakit. Ada yang susah dapat sakit.

Yang ni memang betul. Kalau saya balik kampung suami (Kedah), saya dok perhati budak-budak kecil kat kampung tu bukan main buas lagi. Main dalam parit, longkang. Lompat dalam bendang. Terjun dalam sungai. Panjat pokok. Jatuh bedebuk, luka berdarah, panjat lagi. Pastu pergi pula korek tanah, korek cacing. Nak buat mengail katanya. Kalau hujan, jangan citerlah. Memang macam ada pesta!

Yang anak kita, alahaii.. kena hujan sikit.. alolololo.. dah Selsema. Batuk. Berkahak. Demam Panas. Asma. Hambek kau! Susah nak baik pula tu.. Nampak sangat beza antibodi mereka kan.. Tapi itulah.. nak buat camane.. Duduk hutan bandar camnilah gayanya.. hmm..

Ok, sambung cerita pasai Sawan Demam plak..

Sawan Demam


Demam panas ni, memang biasanya akan naik lagi tinggi bila masuk hari ke-2 atau ke-3. So, bila dah naik tinggi antara 39 - 40 darjah Celcius, kenalah cepat-cepat bagi anak makan ubat demam. Umur anak antara 3 bulan - 1 tahun, kalau panas tinggi sangat, ada risiko nak dapat Sawan Demam. Kadang-kadang suhu 38 pun dah boleh start nak sawan-sawan..

Sawan demam ni tidak bahaya dan tiada komplikasi berpanjangan.. Unless sawan tu berterusan lebih dari setengah jam. Yang ni agak bahayalah sebab boleh menyebabkan gangguan otak atau kematian. So, parents memang kena alert pasal suhu badan anak yang demam ye..

Biasanya sawan demam ni akan terjadi sekejap jek.. Hanya dalam beberapa saat atau 1-2 minit. Yang ni tidak bahaya. So, mak ayah jangan panik ok.. Lepas sawan berhenti, kita cuba turunkan suhu badan anak dan pantau dari masa ke semasa.

Cara nak Turunkan Panas Badan Anak (tanpa ubat)


  1. Lap badan anak dengan tuala lembap. Kena lap badan anak selama 5 minit, setiap setengah jam. Yang cara ni doktor kat klinik ajar.
  2. Jerlum badan dan kepala anak dengan air paip bersuhu biasa atau air asam jawa. Jerlum tu maksudnya basah-basahkan.. Tapi takdelah sampai basah lencun.
  3. Paling efektif, mandikan terus! Kalau boleh, mandikan anak lebih dari 2 kali sehari. Mandikan dengan air paip biasa. Bukan air ais, bukan air suam. 
  4. Pakaikan anak baju yang nipis-nipis. Kalau boleh tak payah pakai baju terus. Pakaikan pampes (diapers) dengan seluar pendek sahaja. 
  5. Kalau tidur, tidak perlu pakai selimut atau apa-apa yang menutupi badan anak.

Pakaikan pampes sahaja jika anak demam panas
Pakaikan pampes jek.. In sha Allah panas cepat turun

Kalau pakaikan anak baju tebal-tebal, takut nanti panas susah nak turun.. Ni bukan saya yang pandai-pandai cakap.. Tapi doktor yang pesan camtu..

Saya mandikan Shafeeya 3 kali sehari. Pukul 8 pagi, 1 tengahari dan 5 petang. Antara waktu-waktu ni, saya bawa Shafeeya pergi ke sinki dan basah-basahkan badan dan kepala Shafeeya dengan air paip. Saya tidak lap sebab seperti tidak berkesan sangat.. Yang air asam jawa tu petua arwah mak mentua. Tapi saya tak buat pun.. Saya cuma kerap jerlum badan dan kepala Shafeeya dengan air paip. Kalau panas sangat, barulah saya bagi Shafeeya makan ubat demam. Sepanjang Shafeeya sakit, saya bagi ubat cuma sekali dua sahaja. Hari ke-4 badan Shafeeya dedar-dedar lagi.. Hari ke-5 barulah Shafeeya betul-betul dah baik demam. 

Itulah sahaja yang dapat saya kongsikan pada kali ni.. Kalau ada mak ayah nak share info atau pengalaman, silalah komen kat ruangan bawah ni ye.. 

Jemput baca juga:


Kalau ada pape pertanyaan, Mak Ayah boleh terus Wassap saya, Sue di 017-3616 140



Cod Shaklee area Puchong, Giant Kinrara dan Taman Putra Perdana
Sila klik pada gambar untuk lebih jelas.. Tq

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Pertanyaan...?

Name

Email *

Message *