Monday, 3 October 2016

Merawat Anak kena Demam Campak (Rubeola, Measles, Campak Halus, Campak Sekam)

Selama 2 minggu yang lepas ni Shafeeya Demam Panas on and off. Kadang badan dedar-dedar. Kadang tetiba badan dia panas sangat. Bukan setakat demam, malah Selsema dan Batuk Berkahak skali. Cukup pakej. hmmm

Memang risau kalau anak sakit ni kan. Tambah pula kalau Mak-Mak yang bekerja tu. Mesti tak senang duduk kat ofis. Nak buat kerja pun hati tak tenang teringatkan anak yang sakit di rumah pengasuh.

Alhamdulillah. Rezeki saya dapat menjaga anak yang sakit dengan keselesaan di rumah sendiri. Itulah salah satu BONUS tak ternilai harganya kalau kita dapat bekerja dari rumah.

Lepas dah baik demam panas, selsema dan batuk, badan Shafeeya keluar ruam-ruam merah pula. Mula-mula saya perasan ruam cuma naik kat keliling leher. Ingatkan ruam sebab dia berpeluh. Maklumlah, mungkin cuaca panas.

So, saya cuma pakaikan Shafeeya pampes dan seluar pendek sahaja. Dan sapu Lotion Herbal Blend Shaklee ditempat yang keluar ruam.

Selang sejam dua lepastu, ruam makin jelas dan merah. Ruam dah naik ke pipi dan seluruh muka. Seluruh badan pun dah naik ruam bintik merah halus-halus. So, memang konpemlah Shafeeya kena Demam Campak.

Pengedar Shaklee Puchong dan seluruh Malaysia
Asik tergaru-garu.. Nampak tak ruam merah tuu..


Kebiasaannya Demam Campak ni bermula dengan:

  • Demam Panas
  • Batuk atau Sakit Tekak
  • Selsema
  • Mata Berair atau Sensitif pada Cahaya
  • Sakit Sendi atau Sakit Otot

Selalunya orang cakap semasa ruam naik, suhu badan juga akan naik tinggi. Tapi dalam kes Shafeeya, bila demam dah kebah, barulah ruam Campak naik. So, tak semestinya ruam campak naik, badan pun demam panas.

Ruam naik bermula dari kepala, turun ke badan dan akhir sekali kaki. Masa ni Shafeeya berumur 10 bulan. Just for info, saya memang ambil semua vaksin yang kerajaan sarankan sejak Shafeeya lahir. Cuma, kami tak sempatlah nak amik vaksin MMR (Measles, Mumps & Rubella) sebab Vaksin MMR hanya dijadual ketika umur bayi mencecah 12 bulan.

Kelebihan Menyusu Badan

Saya perhatikan Shafeeya asyik tergaru-garu, selalu meragam, merengek dan tak lalu makan. Kalau makan pun, cuma 2-3 suap jek. Lepas tu, dia tak mau dah. Bubur saya cuba cairkan sedikit supaya dia senang nak telan. Ada kemungkinan Shafeeya sakit tekak yang menyebabkan dia susah nak makan.

Nasib baiklah saya memang fully breastfeed Shafeeya. So, saya cuba susukan Shafeeya sekerap yang mungkin. Saya juga cuba pekatkan susu badan dengan mengambil makanan dan minuman yang bantu memekatkan susu badan. Ini supaya Shafeeya akan lebih kenyang dan badan dia kuat untuk melawan virus Campak ni. In sha Allah, susu badan akan menguatkan imun badan anak.

Krim Herbal Blend Shaklee Redakan Gatal-Gatal

Untuk meredakan gatal-gatal, saya sapukan krim Herbal Blend dari Shaklee ke seluruh badan Shafeeya. Maklumlah. Ruam Campak ni kan miang semacam. Buat anak tak selesa dan meragam. Alhamdulillah, lepas sapu krim ni barulah Shafeeya boleh tidur lena. Saya sapukan krim ni setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur.

Pengedar Shaklee Puchong serta seluruh Malaysia
Lepas sapu krim Herbal Blend, terus tertidur.. Cian anak mak..


Rawatan Alternatif: Kegunaan Daun Semambu (Neem Leaves) untuk Merawat Demam Campak


Saya juga mandikan Shafeeya dengan air rebusan Daun Semambu. Cara-cara untuk buat air rebusan Daun Semambu:
  • Ambil dalam segenggam Daun Semambu dan bersihkan.
  • Kemudian, rebus daun-daun tersebut dengan 500 ml air.
  • Rebus sehingga daun bertukar warna & air bertukar kaler hijau.

Boleh mandikan anak dengan air rebusan tersebut. Kalau masih panas, boleh suamkan dengan campur sikit air paip.

Kami juga letakkan daun-daun tersebut di bawah alas tilam tempat Shafeeya tidur. Tapi saya rasa cara ni macam tak praktikal sangat. Sebab, daun-daun tersebut tak bersentuh pun dengan kulit Shafeeya. Yang penting daun tersebut kena pada kulit. So pendapat saya, cara mandian lebih praktikal.

Boleh juga kalau korang nak guna air rebusan tersebut dan lapkan keseluruh badan anak. Caranya ialah dengan gunakan cotton ball atau kain bersih. Celupkan sikit cotton ball ke dalam air rebusan daun semambu dan dab pada seluruh badan anak.

Apa ekk orang panggil 'dab' dalam melayu? Tonyoh kot. haha. Tonyoh tu macam kasar sangatlah pulak. So, korang tonyohlah pelan-pelan ye. 

Korang tak pernah tengok Daun Semambu? Ni hakak belanja gambo skett.

Pengedar Shaklee Puchong serta seluruh Malaysia
Daun dia kecik comey jek.
Memang gitu rupa daun semambu. Bukan saya koyakkan ke hape. Sebab tengok yang belah kanan daun tu macam kena koyak kan? Tapi daun tu memang rupa gitu.

Pengedar Shaklee Puchong serta seluruh Malaysia
Ni yang dah dipetik dari pokoknya.

Pengedar Shaklee Puchong serta seluruh Malaysia
Pokok Semambu
Banyak khasiat Daun Semambu ni rupanyaa. Boleh buat basuh muka untuk hilangkan jerawat dan gatal-gatal. Korang boleh gunakan cara yang sama untuk merawat masalah kulit yang lain, contohnya Kudis Buta.

Guna Basic H

Saya juga menggunakan Basic H untuk merawat Demam Campak Shafeeya. Kalau nak tahu cara-caranya, korang boleh wassap saya di 017-361 6140. Bukan nak jual barang, tapi just nak bagitahu detail cara guna Basic H ni dengan betul.

Minum Air Kelapa

Ada juga yang sarankan saya beri Shafeeya minum sikit air kelapa fresh, tanpa gula dan ais. Tapi sebab Shafeeya belum pun umur setahun, rasa macam was-was plak nak bagi minum. hmm. Tujuan bagi minum air Kelapa ni supaya nak bagi ruam campak keluar habis-habisan. Sebab kalau tak keluar semua, depa cakap nanti bahaya. Wallahua'lam.

Kalau korang nak try bagi kat anak, cubalah. Tapi atas risiko sendirilaa. Apapun, kita boleh cuba bagi sikit dulu. Untuk baby bawah setahun, cuba bagi 1-2 sudu kecil dulu. Kalau anak dah besar sikit, takde masalah kot kalau nak bagi.

Saat artikel ni dipublish, Shafeeya masuk hari ke-2 kena Demam Campak. So, esok lusa nanti saya akan update lagi perkembangan seterusnya.

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee. Kalau korang ada nak tanya-tanya tentang produk Shaklee ni, boleh terus Wassap saya di: Sue 017-361 6140

Kalau anak mudah sakit atau ada masalah alahan seperti Asma (Lelah), korang boleh baca info lengkap kat sini: Vitamin & Suplemen Terbaik untuk Kuatkan Imun Badan Anak

Update 4 Oktober 2016 (Hari ke-3)

Malam semalam kami bawa Shafeeya pergi klinik. Doktor cakap Demam Campak Shafeeya tak teruk sangat. Sebab budak kecik ni still nampak aktif walaupun tak seaktif macam biasa. Doktor check tekak, ok. Takde pape. Doc cuma pesan standby ubat demam in case kalau tetiba badan Shafeeya panas.

Antibodi Kuat

Doktor cakap kalau baby yang dapat fully breastfeed, biasanya kalau kena pun, tak berapa teruk. Sebab in sha Allah antibodi dia kuat nak melawan virus tersebut. Padahal Shafeeya belum sempat ambil vaksin MMR lagi. Alhamdulillah.

Doktor pesan bagi susu badan sekerap yang mungkin. Kalau dia boleh makan, cuba bagi makan bubur yang berkhasiat dan tidak gatal. Doktor cakap nasib baik Shafeeya masih nak menyusu badan. Sebab ada sesetengah kes yang teruk, anak langsung taknak makan dan minum pape.

Pertambahan Jadual Vaksin MMR

Doktor bagitahu yang jadual vaksin ada pertambahan sikit. Rupanya Shafeeya kena ambil vaksin MMR bila dah masuk 9 bulan. Kalau ikut jadual buku pink, Shafeeya kena ambil MMR bila dah masuk 12 bulan.

Benda ni baru lagi kerajaan tetapkan berikutan dah semakin banyak kes Demam Campak yang teruk di hospital. Mungkin benda ni jadi sebab dah makin ramai ibubapa yang tolak vaksin. Wallahua'lam.

So, sekarang ni, baby umur 9 bulan & 12 bulan kena ambil vaksin MMR.

Doktor cakap, biasanya Campak akan jadi lebih teruk kalau imun badan baby lemah. So, antara cara-cara untuk kuatkan imun badan baby adalah dengan memberi susu badan dan mendapatkan vaksin.

Kenapa kena kuatkan imun badan anak?

Sebab, sebenarnya Demam Campak ni takde ubat. Malam tu pergi klinik pun, doc cuma bagi kami Lotion Calamine. Tapi kami tak pakai pun lotion tu sebab dah ada Lotion Herbal Blend Shaklee. Alhamdulillah Shafeeya dapat tidur lena lepas sapu herbal blend.

Campak ni akan baik sendiri. Teruk atau tidak, bergantung pada tahap kekuatan imun badan anak. Mak Ayah kenalah bagi full support pada anak kalau mereka dijangkiti Campak. Biar mereka rasa seselesa yang mungkin.

Cuba kurangkan rasa miang gatal di badan anak dengan lotion yang bebas Parabens dan Steroid seperti Herbal Blend. Berikan susu ibu sekerap mungkin dan ikutlah jadual vaksin seperti yang kerajaan sarankan.

Kalau pernah kena Demam Campak, boleh kena lagi ke?

Doc cakap BOLEH. Siapa yang pernah kena Campak, ada kemungkinan boleh kena lagi. Cumanya, mungkin takdelah teruk macam baby kena. Lagi besar, lagi kurang teruk.

Chicken Pox (Cacar Air, Campak Besar)

Yang takkan kena lagi kalau CHICKEN POX. Yang ni, kalau kena, hanya sekali dalam seumur hidup. Bila kita pernah kena Chicken Pox, badan akan jadi kebal daripada jangkitan virus Chicken Pox. In Shaa Allah.

Update 6 Oktober 2016 (Hari ke-5)

Hari ni hari ke-5. Shafeeya dah aktif balik macam biasa. Ruam langsung tak nampak dah. Clear! Bintik-bintik hitam ke, parut ke, semua takde. Alhamdulillah. Sepanjang ruam Campak naik, memang Shafeeya takde demam. Badan tak panas. Tekak dengan mulut pun ok.

Nak beli Krim Herbal Blend atau Basic H? Korang terus Wassap saya, Sue di 017-361 6140

Kalau korang ada nak tanya tentang Demam Campak pun boleh. Wassap jek saya. Kalau nak tanya di ruangan Comment kat bawah ni pun boleh juga. Nanti saya reply secepat mungkin.

Kalau ada info nak share, komenlah kat bawah ni juga ye :)

5 comments:

  1. Kalau ade yang nak share pengalaman atau info tentang demam campak ni, bolela komen kat bawah ni ye. Tqqq :)

    ReplyDelete
  2. Demam akn on off jugk ke klau kena demm cmpk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya akan jadi macam tu. Demam akan on and off sebelum atau semasa ruam campak nak naik. Keadaan mungkin tak sama sebab tahap imun badan anak kita semua berbeza-beza.

      Delete
  3. Anak saya bru je baik demam 2 hri lepas.. hri ni kpala dan muka naik ruam2.. dikira campak ke.. sbb doc ckp virus fever blom campak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Demam virus atau campak, mak ayah kena monitor anak closely. Kalau ade perubahan pape, cepat-cepat bawak pi jumpa doktor. Ataupun, bawak anak pi jumpa doktor lain for second opinion.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Pertanyaan...?

Name

Email *

Message *