Saturday, 22 October 2016

Pengalaman Mengandung Rapat-Rapat dan Jarak Jauh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kali terakhir saya mengandung adalah kira-kira 6 tahun yang lepas. Yang terbaru ni, saya mengandung dan alhamdulillah, dapat bersalin normal anak yang ketiga pada hujung tahun yang lepas.

Kenapa jarak agak jauh dari bersalin anak yang nombor dua?

Haa.. Yang ni ada cerita sikit. hehe

Accidental Pregnancy


Semasa mengandungkan anak kedua, saya dan suami sebenarnya tidak merancang pun nak ada baby. Sebabnya, saya baru sahaja bersalin anak sulung secara cesarean atau czer. Kiranya, ini kes 'Accidental Pregnancy'.

Apapun, alhamdulillah Allah nak bagi rezeki. Pengalaman saya mengandung lagi selepas bersalin czer memang tak dapat saya lupakan sampai bila-bila. Rasa seriau tu sampai sekarang masih lagi terasa.

Merancang Sendiri


Kami memang merancang sendiri sebab saya takut nak makan ubat perancang atau ambil apa-apa jenis perancang. Masa tu memang kami belum 'pandai' lagilah. hehe

Merancang sendiri ni kenalah tahu cara-cara yang betul. Kalau tak betul, nanti jadiklah macam kes saya; Mengandung tanpa merancang. Saya cadangkan tak payahlah nak ikut sangat jadual period cycle tuuu.

Waktu subur ke, waktu tak subur ke. Benda ni kadang-kadang tak boleh pakai jugak. Sebab doktor pesan pada saya, kalau kita ni dah jenis keturunan subur, waktu tak subur pun boleh lekat tau. So, hati-hati kalau ada mommy yang nak ikut waktu subur tak subur ni ya.

Waktu tidak subur juga boleh mengandung
Kalau tiada planning nak tambah baby,
sila berhati-hati kalau merancang sendiri

Mengandung Lagi Selepas Bersalin Czer


Jadi, saya mengandungkan anak kedua selepas hanya kira-kira 6 bulan bersalin secara operate. Disebabkan jarak yang terlalu dekat inilah yang membuatkan saya rasa macam fobia nak 'termengandung' lagi.

Tambah pulak saya ni jenis badan terus lembik kalau mengandung. Morning Sickness yang agak teruk sampaikan kami terpaksa menghantar anak sulung saya ke rumah pengasuh sebab saya tak larat nak menjaga anak sendiri.

Sebab itulah beza umur anak kedua dan ketiga adalah 6 tahun. Punyalah fobia sampai tak sedar dah 6 tahun berlalu. Bila dah lama-lama tu, mulalah rindu nak mengandung lagi.


Rindu nak mengandung lagi setelah 6 tahun
Tengok orang pregnant, kita pun rindu nak pregnant.

Perbezaan Mengandung Jarak Rapat dengan Jarak Jauh


Beza umur anak pertama dan anak kedua cuma 1 tahun 4 bulan sahaja.
Beza umur anak kedua dengan yang ketiga pula adalah 6 tahun.

So, dapatlah saya merasa perbezaan mengandung jarak rapat-rapat, dengan jarak jauh-jauh. Dua-dua pengalaman ini ada Pros and Cons.

Mengandung Rapat-Rapat


Pros:


Senang Nak Bersalin

Senang nak bersalin. In sha Allah. Sebabnya. Jalan nak bersalin tu dah ada. Pengalaman saya bersalin anak kedua memang tak berapa sakit. Tambah pulak masa tu doktor offer ubat tahan sakit. So, masa nak teran tu tak sakit langsung.

Sampaikan saya tak boleh nak rasa kepala anak kat mana. Sebab bahagian tu macam dah kebas. Saya cuma ikut cakap doktor. Kalau doktor suruh teran, saya teran. Tau-tau budak dah keluar.

Masih Fresh

Kelebihan lain adalah, kita mesti masih ingat lagi step-step apa yang perlu dibuat ketika hendak bersalin. Sebab jarak mengandung rapat kan. So, proses bersalin akan jadi lebih mudah. Kita akan lebih berhati-hati supaya tidak akan melakukan kesilapan-kesilapan yang sama ketika mengandung yang terdahulu.

Kita akan lebih bersedia dari segi fizikal dan mental sepanjang kehamilan dan proses nak bersalin. Kita akan lebih redha jika proses contraction sudah bermula. Yang ni paling penting. haha

Cons:


Fizikal Belum Bersedia

Mengandung jarak dekat-dekat ni yang teruk sikit masa mengandung itulah. Badan kita ni perlukan masa untuk pulih sepenuhnya dari kesan mengandung yang terdahulu.

Tambah pula kalau bersalin czer. Lagilah kena jaga kesihatan badan sebab luka czer ni kita tak nampak. Luka czer perlukan masa yang lebih lama untuk pulih sepenuhnya berbanding luka bersalin normal.

Badan kita juga perlukan masa yang secukupnya untuk mengembalikan semula kecergasan badan yang banyak hilang semasa mengandung yang terdahulu. So, kalau mengandung jarak rapat-rapat ni memang mencabarlah. Sebabnya dari segi fizikal, badan kita mungkin belum bersedia lagi.

Anak Rasa Tersisih

Bila mengandung rapat-rapat ni, ada kemungkinan anak yang lebih tua akan rasa sedikit tersisih. Orang kata, kurang kasih sayang sebab kita mungkin akan sibuk dengan hal-hal mengandung, check-ups, appointments, morning sickness, keletihan, hal kerja dan persediaan untuk menyambut orang baru.

Lepas bersalin, bermula pula proses berpantang. So, anak yang lebih tua akan rasa excited sekejap jek bila dapat adik baru. Lepas tu nanti, mulalah buat perangai untuk tarik perhatian mommy dia.

Tambah pula kalau anak yang lebih tua baru berumur 2 atau 3 tahun. Masih pakai pampes. Belum pandai serba serbi. So, dengan keadaan kita yang tengah mengandung, memang letih nak uruskan rumah dan makan pakai anak serta suami.


Wanita mengandung cepat rasa letih
Wanita hamil cepat rasa letih

Mengandung Jarak Jauh


Pros:


Ekonomi Keluarga Lebih Stabil

Kita akan lebih bersedia dari segi ekonomi. So, untunglah anak yang ni. Sebab keadaan ekonomi keluarga masa tu mungkin dah lebih stabil berbanding semasa kakak atau abangnya dulu. Bak kata orang, persediaan tu lebih sempurna.

Kalau dulu, kakaknya cuma ada tilam span murah jek. Tapi dia dapat baby cot. Lengkap dengan bantal karipap, bantal peluk kiri kanan. Pastu siap dengan mainan baby tergantung pula di atas baby cot.

Kakak atau Abang boleh tolong Mommy

Kalau mengandung jarak jauh-jauh ni, anak yang lebih tua mestilah dah besar kan. Orang tua kata dah boleh diharap. So, ringanlah sikit beban mommy-mommy bila kakak atau abang dah boleh diharap untuk membantu mana-mana yang patut.

Lagipun anak-anak yang lebih besar dah pandai berdikari. Dah pandai uruskan diri sendiri seperti mandi sendiri atau makan sendiri. So, takdelah mommy kelam kabut sangat nak urus itu ini.

Macam saya, semasa hamil anak ketiga, Kakak dah Darjah 2 dan Angah dah Darjah 1. Dah pandai buat kerja rumah sikit-sikit.

Saya bersama anak-anak di HQ Shaklee, Sunway Pinnacle
Saya bersama anak-anak; Kakak, Angah dan baby Shafeeya.
Kakak dan Angah dah boleh diharap bantu emaknya.

Cons:


Dah Macam Bersalin Anak Sulung

Bila bersalin, dah macam nak bersalin kali pertama balik dah. Dah macam nak bersalin anak sulung sebab jarak mengandung yang jauh. Kena lebih berhati-hati dan buat persediaan yang lebih. Kena banyakkan praktik cara-cara supaya mudah bersalin.

Pengalaman Sendiri


Pengalaman saya semasa bersalin anak ketiga, memang agak mencabar. Antara ketiga-tiga anak, yang ni memang yang paling kuat sakit kontraksi. Tempoh masa sakit contraction pun agak panjang. Dari pukul 8 malam sampailah esok tengahari baru bersalin.

Bila nak teran, dah tiada tenaga. Ubat tahan sakit langsung tak membantu. Nak makan, nak minum dah tak boleh sebab air ketuban dah pecah. Lapar, haus, Allah sahaja yang tahu..

Bila air ketuban dah pecah, hospital tak bagi kita makan atau minum apa-apa lagi. Kalau minum juga, takut nanti pundi kencing akan penuh balik dan ini akan menghalang laluan jalan nak bersalin. Kalau bagi minum pun, nurse akan beri air mineral sikit sahaja.

Faktor Umur

Faktor umur pun memainkan peranan juga. Last bersalin anak kedua, umur saya baru 29. Bila nak bersalin anak ketiga ni, umur dah nak masuk 35. Badan kita dah tak macam dulu lagi. Memang berbeza. Dah tak berapa kuat macam dulu.

So, saya cadangkan siapa-siapa yang nak mengandung tu, cubalah mengandung umur muda-muda sikit. hehe. Perempuan sekarang bukan macam zaman mak-mak kita dulu. Orang dulu-dulu umur dah 45 pun masih kuat lagi mengandung. Masih kuat lagi buat kerja-kerja kampung.

Dah Ingat-Ingat Lupa

Bila hamil jarak agak jauh, mungkin dah ingat-ingat lupa apa yang perlu dibuat. Contohnya, mungkin kita dah tak berapa ingat barang apa yang perlu dibawa untuk ke hospital jika dah sampai masa nak bersalin.

Beg baby pula, apa yang perlu di isi. Pampes banyak mana. Baju lubang-lubang nak bawa ke tak. Baju lengan panjang perlu ke tak. So, kena banyakkan membaca. Kena banyak bertanya. Kena buat checklist.

Perlu buat checklist untuk barang-barang keperluan baby
Mommy perlu buat checklist barang keperluan baby

Atas Pilihan Sendiri


Apapun, atas pilihan sendiri samada kita nak mengandung rapat-rapat atau nak jarak jauh. Saya cadangkan:

  • Mengandung dalam had umur bawah 35 tahun. Kalau boleh, bawah 30 tahun. Lepas tu, senang. Dah boleh rilek. Dah boleh pencen. hehe
  • Merancang kehamilan selang 2-3 tahun. Tu sebab dalam Islam galakkan menyusu anak sehingga cukup 2 tahun. Inilah hikmahnya. Supaya badan ibu lebih bersedia untuk mengandung lagi. Dan tidak mengabaikan anak yang lebih tua. Kalau boleh jangan rapat sangat, atau jangan jarak jauh sangat.
  • Kalau merancang sendiri, pastikan teknik dan cara yang betul. Ringankan mulut bertanya pada yang lebih berpengalaman. Tolong jangan buat teori sendiri. 
Kalau ada nak sharing apa-apa info atau pengalaman sendiri, mommy-mommy boleh komen di ruangan bawah ni ye :)

Kalau ada yang nak bertanya tentang Set Kehamilan Shaklee, atau nak bertanya tentang artikel saya di atas, boleh terus Wassap saya, Sue di 017-361 6140.

2 comments:

  1. Assalamualaikum..... Sy br baca perkongsian puan... Dan sy tertarik mngenai anak pertama sedikit tersisih... Boleh tak puan share sdkit cara puan handle msalah ni.... Anak sulung br berumur 1tahun3bln...dan sy br shj melahirkan ank ke2....si kakak sdkit rasa terkilan walaupn msih belum pndai meluah.. Tp nmpk pd reaksinya...sblum ini dgn sy dia berdukung.. Skrang hnya mmpu memeluk dan mncium dia..boleh tak puan share cara utk tdak buat dia rasa jauh diri dr sy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Biasanya anak bawah 2 tahun paling susah nak terima kehadiran adik baru. Diorang konfius pun ade..

      Ikut pengalaman saya sendiri, saya cuba luangkan quality time dengan anak sulung. Especially bila baby tengah tido atau orang lain tengah pegang/tengok baby.

      Quality time ni tak perlu lama pun.. Kadang 15 ke 30 minit pun dah cukup pada anak. Tapi kita kena betul-betul fokus pada dia sorang.

      Dan jangan marah kalau dia nak dekat ngan adik dia.

      Apapun, setiap anak unik dan berbeza. Kalau dia suka buku, maybe boleh belikan dia buku tentang cerita dapat adik baru ke :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Pertanyaan...?

Name

Email *

Message *