Saturday, 8 October 2016

Set Berpantang yang Sesuai kalau Anak Kuning (Jaundis, Jaundice)

Semasa mengandungkan anak sulung, saya excited sangat nak survey apakah Set Berpantang yang paling terbaik dan semestinya mengikut bajet yang saya termampu ketika itu. Dah puas survey-survey dan tanya-tanya pendapat orang lain, saya pun memilih untuk membeli Set Berpantang brand MR.

Ramai yang cakap bagus dan harga pun tak terlalu mahal. Set ini berasaskan jamu dan herba. Saya pun dengan bersemangat menyimpannya elok-elok. Dan tak sabar nak merasai manfaat set tersebut ketika dalam pantang nanti.

Tak Boleh Makan Set Berpantang?!


Lepas bersalin, tup-tup baby saya kena Kuning (Jaundis). Arwah mak mentua saya nasihatkan supaya stop makan set berpantang MR sebab takut nanti kuning baby naik lagi tinggi. Saya memang takde langsung pengalaman tentang benda ni.

Pilih set berpantang yang sesuai jika anak jaundis (kuning)

Yelahh. Anak sulung. So baby pun kena admit hospital sebab nurse KK yang datang ke rumah risau kuning baby akan naik semakin tinggi. 

Bayangkanlah. Kita baru jek lepas bersalin. Bersalin czer plak tu. Nurse pesan kena bagi baby menyusu badan sekerap yang mungkin supaya kuning akan turun lebih cepat. Masa berpantang tu saya memang fully breastfeed anak.

Saya mengharapkan set berpantang MR tu untuk pulihkan luka bersalin operate saya secepat mungkin. Saya juga berharap set tersebut akan dapat mengembalikan kecergasan badan saya dengan segera sebab kena menyusu badan dan jaga baby di hospital.

Malangnya, saya kena stop makan set berpantang MR sebab kandungan jamu dan herba yang dikhuatiri akan mengganggu proses anak nak pulih dari kuning.

Makan pun banyak yang kena pantang. Bawang putih, halia, lada hitam semua kena pantang. Padahal benda-benda tulah yang kita kena makan lebih semasa berpantang.

Set Berpantang Shaklee


Masa tu saya belum berkenalan dengan Shaklee lagi. Tak tau pun wujudnya Shaklee kat Malaysia ni. Masa bersalin anak nombor 2 (anak ke-2 juga kena Kuning) pun saya belum kenal Shaklee. Tapi sekarang alhamdulillah. Anak yang ke-3 ni rezeki saya dapat berpantang dengan Set Berpantang Shaklee.

Yang paling best, walaupun baby yang ke-3 ni juga kena Jaundis, saya tak perlu stop kesemua set berpantang sebab Set Berpantang Shaklee ni tak panas. Saya boleh teruskan makan set berpantang macam biasa.

Set Berpantang Shaklee ni kita boleh ambik sejurus lepas bersalin. Maksudnya, kat hospital pun kita dah boleh start amek. Standby siap-siap dalam beg sebelum nak pergi hospital. Lepas bersalin, kita mesti lapar tahap gaban kan? Rasa nak makan orang pun ada. Punyalah lapar sampaikan makan nasik kosong pun rasa nikmat ya amat!

Lepas makan nasik yang hospital bagi, selang sejam perut dah lapar balik. Masa nilah kita boleh shake-shake. Kita boleh shakes ESP. Buat suam-suam. Terus rasa puas kenyang tapi kenyang yang sihat laa. Bukan kenyang yang menggemukkan.

Sebab ESP ni sumber protein tumbuhan yang berkualiti tinggi serta non-GMO. ESP akan membantu memberi tenaga segera kepada badan kita selepas letih meneran dan menahan sakit contraction berjam-jam lamanya.

Kalau ditakdirkan korang bersalin time tengah malam, masa tu rasanya hospital (hospital kerajaan) cuma akan bagi air kotak je kot. Masa tu korang boleh cepat-cepat bancuh ESP. Campurlah dengan tamar cocoa ke. Minum siap-siap. Pastu kalau baby tidur, korang pun rehatlah sama.

Tujuan saya cerita ni adalah nak sarankan pada bakal-bakal ibu kat luar sana yang perlu bijak memilih set berpantang yang tidak akan mengganggu kesihatan baby terutama jika baby kena kuning. Mestilah pilih set berpantang yang dapat :

  • Cepat pulihkan luka bersalin
  • Kembalikan kecergasan badan ibu secepat mungkin
  • Berikan tenaga kepada ibu untuk menjaga bayi Kuning dan diri sendiri
  • Membantu proses penyusuan ibu
  • Membekalkan nutrisi yang ibu perlukan semasa berpantang & menyusu badan
  • Membantu buang angin dalam badan ibu
  • Memulihkan rahim 

Yang penting skali, belilah Set Bersalin atau Set Berpantang yang kita boleh makan seawal mungkin. Janganlah nanti dah beli set bersalin mahal-mahal, pastu tak boleh makan atau kena tangguh makan sebab anak ada Kuning. Anak kena jaga, badan kita pun kena jaga jugak.

Pengedar Shaklee Puchong serta seluruh Malaysia
Set Berpantang Shaklee yang sesuai kalau Anak Kuning

Set Berpantang Shaklee jika Anak Kuning (Jaundis):


ESP (Energizing Soy Protein)

  • Memberi tenaga segera kepada ibu selepas keletihan meneran dan sakit bersalin berjam-jam.
  • Membantu melancarkan penghasilan susu badan.
  • Memekatkan susu badan
  • Mempercepat proses baik pulih luka bersalin. Ini penting sangat sebab bila baby ada kuning, kita mungkin perlu berulang alik dari rumah ke klinik kesihatan (kk) atau hospital untuk cek tahap kuning baby. Bila ibu banyak sangat bergerak, luka mungkin akan lambat baik. So, ESP sangat-sangat membantu dalam percepat pulih luka bersalin termasuk luka czer.
  • Memulihkan rahim ibu.
  • Memberi rasa kenyang yang puas dan lama.
  • Diperbuat dari soya organik dan non-GMO. 

  • Multivitamin yang lengkap dengan 12 jenis Vitamin dan 7 jenis Mineral
  • Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak dari sayuran dan buah. Ini membantu badan ibu dalam penghasilan susu badan.
  • Memberi tenaga segera kepada badan ibu
  • Menambah kecergasan dan kesihatan mental kepada ibu
  • Memulihkan darah yang banyak hilang semasa proses bersalin. Vitalea Shaklee adalah Iron Formula. Iron = Zat Besi. Ini penting jika ibu ada masalah tekanan darah rendah atau Anemia.
  • Wajah lebih berseri. Tidak pucat.

B Complex

  • Minda ibu lebih tenang dan positif. Mengurangkan risiko Meroyan.
  • Menstabilkan hormon
  • Badan ibu lebih bertenaga.
  • Merehatkan urat saraf
  • B Complex Shaklee mengandungi Folic Acid - penting dalam membaikpulih badan ibu selepas mengandung dan bersalin.
  • Wajib ambil jika ibu ada masalah tekanan darah rendah atau Anemia.

  • Melembutkan najis. Elak Sembelit dan Buasir
  • Elak sakit-sakit badan dan lenguh-lenguh badan
  • Elak kebas-kebas kaki & tangan. 
  • Kurangkan masalah sakit-sakit sendi.
  • Sesuai untuk ibu yang tak suka minum susu. Ostematrix adalah suplemen Kalsium lengkap dengan Vitamin D3 dan Magnesium.
  • Menggantikan Kalsium yang banyak hilang semasa mengandung.
  • Membekalkan keperluan Kalsium badan ibu ketika menyusu.
  • Ibu dalam pantang jarang keluar rumah dan kurang terdedah kepada cahaya matahari. So, Ostematrix membekalkan Vitamin D yang penting untuk kesihatan & kecantikan kulit ibu berpantang.

  • Mempercepat proses penyembuhan luka bersalin dan luka dalaman.
  • Membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu.
  • Penting dalam membantu penyerapan optimum Zat Besi (Iron) secara optimum bagi proses pembentukan darah dalam badan ibu. Ini penting bagi menggantikan darah yang banyak hilang ketika proses bersalin.


Jemput baca juga :



Kalau ada pape nak tanya atau ada nak share, jemput komen kat ruangan bawah ni ye. Tqqq :)

Ataupun, boleh terus Whatsapp/Telegram saya, Sue di 017-361 6140.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Pertanyaan...?

Name

Email *

Message *