Apa itu HFMD?
HFMD ialah sejenis sakit akibat jangkitan virus Coxsackie A16. Biasanya ia akan menyerang bayi dan kanak-kanak bawah 5 tahun. Dimulai dengan demam panas, kemudian ulser mulut dan seterusnya akan naik ruam dan biji-biji berair (blisters) di bahagian-bahagian badan yang tertentu.Hari Pertama:
Pada hari pertama, Shafeeya kena demam panas, tapi tak berapa panas. Saya takde bagi apa-apa ubat. Cuma kerap basahkan badan dia. Ingatkan dia cuma demam panas biasa..Hari Kedua:
Masuk hari kedua, demam panas dia naik agak tinggi. Bila naik agak tinggi tu, saya bagi ubat demam cepat-cepat. Dan basah-basahkan badan Shafeeya setiap sejam sekali.Shafeeya kurang selera nak makan. Tapi nasib baik dia still lagi nak menyusu. Pergerakan pun kurang aktif. Asyik merengek minta saya dukung atau pegang dia setiap masa. Memang tak boleh buat kerja apa.
Bila Shafeeya menangis, barulah saya perasan dalam mulut Shafeeya ada ulser warna putih. Masa tu, macam dah boleh agak yang Shafeeya dapat HFMD..
![]() |
Contoh ulser HFMD naik di lidah |
Hari Ketiga:
Memang sah HFMD sebab dah mula naik ruam di celah-celah jari kaki, celah jari tangan, di tapak tangan, celah punggung, celah ketiak dan lutut.Doktor pesan jangan risau sebab virus yang ni bukan jenis yang boleh bawa maut macam kes-kes 10 tahun lepas..
Doktor cakap nasib baik Shafeeya menyusu badan. Sebab puting susu ibu lebih lembut kalau nak dibandingkan dengan puting susu botol.. So, kuranglah sikit sakit mulut Shafeeya bila dia nak menyusu.
Dan kuranglah juga risiko Shafeeya nak dapat masalah dehidrasi atau kering air dalam badan. Sebab doktor cakap ada kes budak kena HFMD langsung tak boleh makan dan minum.
Lagipun, susu badan mengandungi antibodi yang dapat membantu menguatkan imun badan Shafeeya untuk melawan jangkitan virus tersebut. Syukur sangat saya diberi rezeki menyusu badan untuk Shafeeya.
So, lepas dah check semua, doktor bagi:
- Lotion Calamine
- Ubat Demam/Tahan Sakit
- Ubat spray dalam mulut
![]() |
Doktor bagi ubat spray dalam mulut |
Bila malam, Shafeeya still lagi merengek dan tak boleh tidur sangat.. Tapi nampak dah kurang sikitlah.. Mungkin sebab dah bagi ubat tahan sakit dan spray mulut tu..
Hari Keempat
Ruam yang timbul semalam nampak makin besar dan merah. Demam panas takde. Saya buatkan bubur nasi cuma campur carrot cincang halus-halus, kentang dan kurma sahaja untuk Shafeeya. Buat cair-cair sikit supaya dia mudah nak telan. Saya tak berani letak ayam. Takut gatal kat ruam tu..Nampak Shafeeya macam lapar tapi dia makan sikit jek.. pastu tak mau dah..
Tips HFMD:
Cuba bagi anak makan atau minum benda-benda yang lembut dan sejuk macam tau foo fah. Jangan bagi makan atau minum benda yang panas. Suam pun jangan.. Biarlah betul-betul dah sejuk suhu bilik. Kalau air sejuk dari fridge pun boleh.![]() |
Ruam HFMD makin besar dan merah |
Masih kurang aktif. Mungkin sebab ruam naik kat lutut. So, susah dia nak merangkak main ke sana sini.. Masih lagi asyik merengek minta didukung dan dipegang setiap masa. Sebelah malam tidur pun nak saya peluk pegang dia. Anak yang menyusu badan ni kalau sakit memang manja lain macam kan.. haha
Layankan jelah.. Janji cepat sihat.
Hari Kelima dan Seterusnya
Ruam semakin kecut dan kering. Tapi lupa nak ambil gambar 😅😅😅Shafeeya dah boleh makan sikit-sikit. Pergerakan pun dah aktif macam biasa. Alhamdulillah..
Kalau mommy-mommy ada nak share pengalaman atau info tentang anak sakit HFMD ni, bolehlah komen di ruangan bawah ni ye.. Thank you :)
Kalau ada apa-apa nak tanya, taip jek di ruangan komen. In sha Allah saya akan jawab secepat mungkin.
Boleh juga hubungi saya untuk apa-apa perkara yang berkaitan artikel ni. Wassap Sue di 0173616140.
No comments:
Post a Comment