Thursday, 17 November 2016

Boleh Ke Berpantang Sendiri?

Jawabnya : Yakin boleh !

Semasa saya berpantang anak sulung, adik perempuan saya dan arwah Mak Mertua yang jaga. Masa tu kena bersalin operate (cesarean atau czer).

Bersalin czer ni memang payah sikitlah kalau nak berpantang sendiri. Sebab luka bersalin secara czer ni lebih lambat nak baik dari luka bersalin normal.

Ikut pengalaman saya, bersalin czer ni boleh kalau nak berpantang sendiri.. Tapi tunggu selepas dua minggu. Lepas dua minggu, sakit kat bahagian yang operate tu dah kurang dah.. So, mudah sikit kalau nak bergerak.

Yakin boleh berpantang sendiri

Kalau bersalin normal, dari hari pertama pun dah boleh berpantang sendiri. Tapi ada cara-caranya ye.. Bukan main hentam ikut kaedah sendiri.

Mentang-mentang tiada yang nak menegur atau mengingatkan.. Bukan bermakna kita boleh berpantang sesuka hati kita.. Ni hakak dah pesan.. Bukan apa.. Kang kalau jadi apa-apa, badan kita yang nak menanggung semua. Suami bukan boleh membantu sangat bab-bab ibu berpantang ni..

Bersalin anak yang ketiga, saya cuma berpantang sendiri. Alhamdulillah.. Walaupun tak berapa yakin, tapi saya cuba buat yang terbaik dan yang termampu.

So.. Jom kita tengok apa persediaan sebelum nak berpantang...

Makanan semasa Berpantang

Bab makan ni yang paling penting. haha! Orang perempuan dalam pantang ni selera makan dia lain macam sikit. Makan nasi putih dengan ikan goreng bodo pun dah rasa sedap giler!

So, mommy-mommy sediakan siap-siap satu list menu nak berpantang nanti. Boleh sediakan semasa mengandung lagi.

Menu Sarapan
Menu Minum Pagi
Menu Makan Tengahari
Menu Minum Petang
Menu Makan Malam
Menu Makan Lewat Malam

Banyaknya makan! Haa.. Ibu dalam pantang ni kena makan kerap tapi dalam jumlah yang sedikit. Barulah nanti habis pantang, badan slim ramping kerengga gitu..

Pilih resepi yang ringkas dan senang nak di masak. Kalau ada jenis makanan yang was-was nak makan, lebih baik elakkan.

Dua minggu pertama, untuk Lunch dan Dinner, saya cuma makan :

🍚 Nasi Putih panas-panas (Karbohidrat)
🐟 Ikan Selar bakar (Protein)
🌿 Sayur Sawi (Serat, Vitamin)

Ikan bakar cuma bubuh garam sikit. Kunyit dan bahan-bahan lain saya tak bubuh sebab baby Kuning. Sayur pula, cuma buat sayur sawi masak air atau goreng.

Kalau ada Pemanggang Ajaib, lagi bagus. Masak pun cepat. Tak perlu nak balikkan ikan pun. 10 minit dah siap! Jangan panggang lama-lama sangat. Nanti ikan tu tak juicy. Api kecil ye.

Selepas dua minggu, barulah saya pelbagaikan menu. Buat daging masak halia, ayam panggang lada hitam, ayam masak sos tiram, ikan masak singgang, ulam sayur pegaga dan lain-lain yang sesuai.

Makan makanan yang seimbang ketika berpantang
Makan makanan yang tinggi protein dan kaya serat

List bahan basah pun jangan lupa. Yang ni nanti minta tolong suami belikan siap-siap. Suruh orang kat pasar tu buang perut ikan siap-siap. Ayam (kalau boleh ayam kampung) potong kecik siap-siap.

Daging pun, kalau boleh beli daging batang pinang. Takpe.. mahal sikit tapi cepat lembut bila di masak. Kita nak berpantang sendiri kan.. So, tak perlu masak yang renyah-renyah sangat.

Balik rumah nanti cuma basuh dan simpan dalam bekas-bekas tupperware yang berasingan. Senang nanti nak defrost dan masak.

Bahan basah disimpan kemas dalam bekas tupperware berasingan

Elak Sembelit ketika Berpantang

Kalau nak elak Sembelit ketika berpantang, untuk 3-4 hari pertama berpantang, makan bubur jek. Elak makan daging dan nasi.

Minum air putih at least 3 (TIGA) liter. Kalau ada masalah sembelit, memang cukup-cukup terseksa 😓😓😓 So, kita nak kurangkan masalah-masalah macam ni ketika berpantang sendirian..

Boleh juga mommy makan suplemen Magnesium yang berkualiti dan mesra breastfeeding. Magnesium membantu melembutkan najis dan melancarkan pembuangan air besar.

Kawal Pergerakan

Bab bergerak-bergerak ni pun tersangatlah penting. Semuanya kenalah slow and steady ok mommies..

✔ Jangan banyak sangat bergerak
✔ Kalau perlu bergerak, bergerak dengan perlahan-lahan.
✔ Jangan angkat benda yang lebih berat dari baby kita
✔ Pakai selipar rumah yang tapak dia keras. Bukan jenis lembut.
✔ Jangan tolak barang pakai kaki.
✔ Pakai stokin yang cover hingga ke betis. Saya syorkan stokin dari FB: Soka by Sufi.
✔ Elakkan dari naik turun tangga
✔ Kawal pergerakan terutamanya ketika berjalan supaya luka bersalin cepat baik dan jahitan luka Perineum atau Episiotomy tidak terjejas.

Memakai stokin hingga menutupi betis ketika berpantang bagi mengelakkan bentan
Memakai stokin hingga menutupi betis


Kawal Emosi dan Perasaan

Yang ni memang susah sikit nak buat. haha! Suami silap sikit kita nak marah-marah. Kadang benda-benda kecil pun kita nak naik angin tak tentu pasal.

Memanglah kita boleh salahkan hormon dalam hal ni.. Tapi apa-apa pun, mommy-mommy cuba kawal sebaik mungkin. Tarik nafas dalam-dalam. Hembus perlahan-lahan.

Tengok rumah bersepah, takpe.. biarkan jek. Tutup sebelah mata. Nanti dah betul-betul sihat, mommy kemaslah rumah. Bila dah sihat, apa nak sental, sentallah puas-puas.

Yang penting, masa berpantang, jangan sibuk-sibuk nak buat itu ini.

Bila baby tidur, cuba lelapkan mata. Walaupun tak boleh tidur, baring jek rehatkan badan. Rilekskan minda.

Baby Shafeeya ketika baru lepas bersalin di Hospital Serdang
Apabila baby tidur, curi masa untuk berehat
Kalau ada anak-anak yang lebih besar, dari masa mengandung lagi, cuba ingatkan mereka selalu nanti ada baby baru. Mommy kena banyak rehat.. Anak-anak ni kalau kita ingatkan selalu, memang boleh masuk dalam kepala otak mereka.

Suami pun kita kena ingatkan apa yang mereka perlu buat. Orang lelaki ni biasanya mereka tak boleh buat banyak perkara dalam satu-satu masa. Memang kita kena ingatkan mereka selalu.

Jangan expect En. Suami akan faham apa yang kita nak mereka buat. Beritahu mereka. Pesan pada mereka.

Beli Set Berpantang yang Bagus dan Berkualiti

Belilah set bersalin yang bagus dan berkualiti. Lagi satu, cari set berpantang yang mommy boleh makan walaupun baby ada Kuning (Jaundis).

Kita taknaklah nanti set berpantang tak boleh makan sebab baby ada Kuning. Set berpantang ni penting sangat-sangat supaya badan ibu cepat pulih dan bertenaga sepanjang berpantang.

Set berpantang yang bagus mestilah:

  • yang kita boleh start makan sejurus lepas bersalin. Dekat hospital lagi dah boleh makan.
  • baby ada Kuning pun boleh makan.
  • bantu sembuhkan luka bersalin dengan cepat.
  • membantu penyusuan
  • lepas habis pantang pun boleh terus makan.
  • mengembalikan kecergasan badan ibu secepat mungkin
  • yang tinggi kandungan protein bebas GMO dan kaya serat

So.. Apa yang penting adalah sebelum membuat keputusan untuk berpantang sendiri, kita kenalah membuat perancangan yang teliti. Buat checklist.

Pada saya, perkara-perkara yang perlu kita elakkan adalah:

  • Sembelit
  • Luka bersalin lambat baik
  • Puting luka akibat penyusuan yang salah
  • Bentan
  • Stress

Benda-benda ni kita boleh elak jika buat persediaan yang rapi. Biasalah kalau mungkin ada satu dua perkara yang tak ikut seperti apa yang kita rancangkan..

Apapun, kita cuba minimakan perkara-perkara yang boleh menimbulkan stress.

Vitamin yang baik untuk hilangkan stress adalah B Complex. So, Mommy boleh cuba makan vitamin B Complex yang berkualiti semasa dalam pantang bagi mengurangkan stress ye..

Yang penting, kita yakin boleh berpantang sendiri. Beritahu awal-awal kepada suami dan anak-anak apa perancangan kita. Jika berpantang sendiri, bantuan dari suami dan anak-anak amatlah diperlukan.

Semoga mommy semua dapat berpantang sendiri dengan baik dan lancar. Amiiiinn..!

Yakin boleh berpantang sendiri
Yakin boleh!

Kalau ada yang nak share pengalaman berpantang sendiri, atau info-info lain, boleh komen kat ruangan bawah ni ye 😊😊😊

Jika ada apa-apa pertanyaan, boleh terus Wassap saya, Sue di 017-3616140

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Pertanyaan...?

Name

Email *

Message *