Wednesday, 9 November 2016

Cara Mudah Supaya Susu Badan Lebih Pekat, Lemak Berkrim

Mommy-mommy perasan tak kadang-kadang susu badan nampak macam cair sahaja.. Mesti agak risau kalau susu badan macam tak pekat kan?

Penyusuan terus atau direct feeding (df)

Bila susu badan cair, kita bimbang baby tak cukup kenyang. Antara tanda-tanda baby macam tak cukup kenyang adalah:
  • Baby cepat rasa lapar
  • Baby kuat meragam
  • Baby susah nak tidur
  • Baby tidur sekejap-sekejap jek
  • Baby tidur tak lena
  • Baby kembung perut
  • Najis baby warna kehijauan, cair atau berbuih
So, kalau mommy-mommy nak susu badan lebih pekat & lemak berkrim, jom baca sedikit tips yang saya nak share di bawah ini...

Tips Pertama: Pam keluar sedikit susu badan sebelum menyusukan baby

Setiap kali sebelum beri penyusuan, pam keluar sedikit susu badan. Biasanya susu yang awal-awal keluar ni ialah jenis susu yang cair. Atau orang putih panggil 'Foremilk'.

Susu yang terletak di bahagian belakang payudara ialah susu yang lebih pekat atau 'Hindmilk'. Hindmilk inilah yang tinggi kandungan lemak dia.

Beza antara foremilk dan hindmilk

Kalau baby lebih banyak mendapat hindmilk, in sha Allah kurang masalah Kembung Perut. Najis baby pun nanti cantik jek colour kuning keemasan (golden yellow). 

So, mommy pam keluar sedikit foremilk supaya baby tidak terlalu banyak mendapat susu jenis cair ni.

Tips Kedua: Beri Penyusuan dengan Lebih Kerap

Percayalah dengan memberi penyusuan yang lebih kerap akan meningkatkan kandungan lemak dalam susu ibu. 

Tips Ketiga: Biar Baby Menyusu dengan Lebih Lama

Atau sehingga baby lepaskan sendiri lekapan mulutnya dari payudara ibu. Ini penting supaya baby menghisap payudara sehingga kosong.

Tips Keempat: Pam setiap kali selepas Menyusu

Ini bagi memastikan payudara mommy benar-benar kosong. Payudara yang benar-benar kosong akan memberi laluan kepada penghasilan susu yang lebih pekat lemak berkrim.

Payudara yang benar-benar kosong meningkatkan kandungan lemak dalam susu badan

Kalau takde pam, boleh guna teknik Marmet dengan tangan.

Tips Kelima: Sedikit Urutan di Payudara

Yang ni boleh minta tolong dari husband. hehe

Atau massage sendiri.
Urutan payudara untuk memekatkan dan memperbanyakkan susu badan
Urutan Payudara untuk Penyusuan
Mommies boleh refer banyak video di Youtube cara breast massage yang betul untuk penghasilan susu yang lebih banyak dan pekat.

 Tips Keenam: Ubah diet pemakanan Mommy

Sedikit perubahan dalam corak pemakanan ibu boleh membantu memekatkan susu badan.

Antara makanan dan minuman yang membantu memekatkan susu badan:

  • Fresh milk - Tidak kisah brand apa. Janji susu segar. Saya suka brand Goodday. Sedap!!
  • Apa-apa yang ada kandungan Jagung atau Durian - Saya suka Jagung Rebus pasar malam, Roti Krim Jagung Gardenia, Nestum Original dan biskut Jagung. Durian mestilah nak yang isi fresh dari buahnya. Confirm tangkap leleh!
  • Kurma - Pada saya lebih baik makan buah kurma dari beli jus. Kita khuatir yang jus mestilah ada bahan pengawet supaya jus tersebut tahan lama. Saya suka juga minum Tamar Cocoa brand Al-Haddad.
  • Air Soya organik dan bebas GMO
  • Herba-herba yang sesuai untuk breastfeeding - Saya amalkan Alfalfa
  • Air Putih 3 liter sehari - yang ni kebanyakan orang susah sikit nak amalkan. Tapi mommy-mommy cubalah amalkan sikit dulu. Contohnya try amalkan 1.5 liter dulu. Pastu up jadi 2 liter sehari dan seterusnya. Kalau boleh, mommy beli 1 botol khas untuk mommy minum.
  • Oat - Saya suka makan Quaker Oat campur madu asli.

Tips yang saya share di atas adalah hasil dari pembacaan saya di buku karangan sifu menyusu; Asiah Maharam, dari majalah, blog dan pengalaman orang lain dan diri sendiri.

Boleh amalkan mana-mana tips yang sesuai ikut keperluan dan keselesaan mommies.

Apa yang dapat saya simpulkan, teknik penyusuan yang betul adalah penting bagi memastikan penghasilan susu badan yang lebih pekat, lemak berkrim. Kalau mommies amalkan milkbooster tapi masih lagi tidak ikut syarat Supply and Demand, tak jadi juga..

Kalau ada mommy-mommy nak share info atau tips lain, silalah tinggalkan komen di ruangan bawah ni ye. Thank you!

Untuk pertanyaan tentang artikel atau Set Penyusuan Shaklee, mommies boleh 

Wassap/Telegram Sue di 0173616140

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Pertanyaan...?

Name

Email *

Message *