Semasa dalam pantang anak yang ketiga, saya mengalami masalah puting susu pedih dan luka ketika menyusukan baby.
Saya pun tidak berapa pasti bagaimana puting boleh pedih dan luka sebab saya berusaha memberi penyusuan dengan teknik yang betul. Ini adalah kerana saya juga mengalami perkara yang sama semasa berpantang anak yang sulung.
![]() |
Teknik lekapan yang betul |
Tapi... Berulang juga..
Takpelah.. Saya anggap ini memang kifarah bagi saya untuk menghapuskan dosa-dosa yang lepas.. Redha jelah..
Walaupun begitu, janganlah mommy-mommy biarkan perkara ni melarat ye.. So, saya nak kongsikan sedikit bagaimana saya dapat mengurangkan sakit pedih dan puting yang luka cepat sembuh.
Antara Produk dan Cara yang saya gunakan :
- Susu badan sendiri
- Nursing Butter dari Palmer's
- Gel Gamat Lukano dari Healin
- Cuti menyusu belah breast yang sakit
- Makan suplemen Protein dan Zinc yang berkualiti
Susu Badan Sendiri
Kalau nak tahu, susu ibu boleh digunakan sebagai sejenis ubat yang semulajadi. Ia ada fungsi merawat.. Ini disebabkan oleh kandungan antibodi yang tinggi dalam susu badan kita. Juga, susu badan mempunyai efek untuk menyahkuman pada puting yang luka. So, takdelah luka nanti makin melarat..
Cara yang saya buat ialah, setiap kali selepas menyusu, saya akan basuh sikit nipple (puting atau bahagian aerola) dengan air paip. Kemudian, saya akan picit sedikit susu dari sebelah payudara yang tidak sakit dan sapukan susu tersebut pada nipple yang sakit.
Lagi kerap buat, lagi bagus.
Nursing Butter dari Palmer's
Saya minta tolong husband belikan krim ni dari farmasi. Lepas sapu, krim ni tak perlu dibasuh semula jika nak menyusu.
![]() |
Nursing Butter dari Palmer's |
So, saya cuba dan krim ini tidak berapa berkesan sangat pada saya. Tapi saya baca dalam blog yang lain, ada yang berkesan. Mungkin tidak serasi dengan kulit saya. Apepun, kita mencuba dan ikhtiar..
Gel Gamat Lukano dari Healin
Sebenarnya, saya terlupa tentang gel gamat dari Healin ni.. Dah lama tak beli gel ni sebab takde apa keperluan. Saya memang tahu yang gel ni sangat-sangat bagus untuk masalah kulit luka dan sebagainya..
Bila dah teringat tu, cepat-cepat minta husband cari dari House of Healin (Kedai barangan Healin).
![]() |
Gel Gamat dari Healin |
Dah ada dalam tangan, cepat-cepat saya sapukan pada keliling nipple. Lepas sapu, sejuk je rasa. Luka menyusu cepat kering dan kurang pedih.
Alhamdulillah...
Cuti Menyusu Belah Breast yang Sakit
Cuti menyusu bukan bermaksud tak usik langsung. Maksud saya, cutikan belah breast yang sakit tu dari direct feeding.
Kalau baby dah tak menyusu, mestilah bengkak kan.. Nak elakkan bengkak susu, saya pam belah breast yang sakit tu.. Kalau takde pam, nak guna teknik Marmet dengan tangan pun boleh. Tapi hati-hati ye..
So, walaupun kita dah tak bagi direct feeding kepada bayi, kita tetap dapat maintain konsep supply and demand. Nanti susu takdelah drop..
Dengan cara ini juga, belah puting yang luka akan ada masa untuk kering dan sembuh dengan cepat.
Makan Suplemen Protein dan Zinc yang berkualiti
Selain dari rawatan secara luaran, rawatan secara dalaman juga tidak kurang pentingnya.. Semasa berpantang, saya amalkan makan suplemen Protein yang berkualiti dan suplemen Zinc dari sumber semulajadi, bebas GMO dan organik.
Kenapa Protein?
- Protein adalah bahan utama dalam pembentukan tisu kulit dalam badan kita.
- Sumber Protein adalah penting untuk mempercepat proses penyembuhan luka
Kenapa Zinc?
- Membantu dalam pembentukan Protein dan Kolagen bagi mempercepat proses penyembuhan kulit yang terluka.
- Mengurangkan keradangan pada kulit yang luka.
- Mempertingkatkan sistem imun badan
Kalau ada lagi tips atau petua nak share, komenlah kat ruangan bawah ni ye..
Kalau nak dapatkan produk nutrisi semulajadi Shaklee, boleh Wassap saya, Sue di 0173616140.
No comments:
Post a comment