So, doktor pakar kanak-kanak di hospital tersebut beri sedikit tips bagaimana benda-benda yang simple dan mudah ini boleh membantu elak serangan asma dari terjadi lagi kepada anak-anak beliau.
Tips yang Pertama
Doktor pesan, kalau bawa anak-anak keluar berjalan, lepas balik ke rumah, jangan berlengah. Terus suruh anak pergi mandi.
Tips yang Kedua
Kalau balik dah agak lewat malam, suruh anak basuh muka, tangan dan kaki bersih-bersih. Kalau boleh pakai sabun cuci tangan. Lepas itu, tukar baju yang lain sebelum masuk tidur.
Doktor pesan, jangan sekali-kali membiarkan anak terus tidur selepas kembali ke rumah. Pastikan mereka menukar pakaian yang bersih dahulu sebelum tidur.
Kalau kat rumah ada water heater, lebih baik suruh anak pergi mandi jek terus. Tapi kalau takde, boleh buat cara yang macam saya sebut di atas tadi.
Tips yang Ketiga
Cuba bertukar kepada sabun mandi yang ada protection. Contoh macam Dettol, Lifebuoy atau Protex. Elak pakaikan sabun yang kuat bau wanginya kepada anak.
Tips yang Keempat
Elak dari pakaikan bedak kepada anak-anak. Terutamanya bedak wangi. Yang wangi-wangi tu memang a big NO-NO ye mak ayah semua.
Kalau hantar anak ke rumah pengasuh atau taska, sila pesan kepada pengasuh supaya jangan pakaikan anak bedak. Juga bekalkan sabun mandi untuk anak pakai di rumah pengasuh.
Tips yang Kelima
Kurangkan bagi anak makan fastfood. Tak kiralah apa-apa brand. Janji fastfood. Junkfood pun sama. Kandungan dalam fastfood atau junkfood boleh buatkan inhaler yang anak pakai jadi useless. Maksudnya, tidak berkesan.
Fastfood adalah makanan yang tinggi kandungan lemak dan minyak. So, perkara ni akan mengganggu saluran pernafasan untuk bertenang atau relax..
Tips yang Mudah tetapi Berkesan
Tips yang saya share ni takdelah banyak.. Tapi kalau diamalkan, in sha Allah mak ayah boleh nampak perubahan yang besar pada kesihatan anak-anak.
Tips ni pun sangat mudah untuk diikuti. So, saya berharap info yang saya share ni dapat membantu mak ayah dalam memastikan anak-anak tidak mendapat serangan Asma yang teruk lagi.
Saya pun amalkan cara-cara yang sama sebab anak sulung ada asma juga. Tapi takdelah teruk sangat macam sepupu-sepupu dia. Selain dari mengamalkan cara-cara di atas, saya juga memberikan anak-anak minyak ikan dan vitamin C.
Kalau mak ayah ada apa-apa nak tanya, boleh Wassap saya, Sue di 017-361 6140.
Kalau ada nak sharing info atau tips-tips lain, mak ayah boleh tinggalkan komen di ruangan bawah ni ye. Terima kasih daun keladi :)
No comments:
Post a Comment