Syukur sangat Allah bagi rezeki dapat menyusukan anak dengan keselesaan di rumah sendiri. Sambil dapat menjalankan bisnes Shaklee dari rumah.
![]() |
Beruntung sangat ibu yang dapat menyusukan anak |
Tambahan pula pada masa tu masih cetek ilmu lagi tentang penyusuan badan. Pam susu pun beli yang murah jek dan tidak efektif. Nak pam dengan tangan (marmet), tak berapa pandai pula.
So, saya memang berazam kali ni harap dapatlah beri susu badan kepada Shafeeya sekurang-kurangnya untuk 2 tahun.
Macam-macam pengalaman yang dapat saya rasai dan belajar semasa penyusuan kali ni. Dengan kemudahan internet, saya tak boleh lagi bagi alasan tak tahu macam mana nak buat.
Tujuan saya menceritakan pengalaman saya menyusu badan adalah supaya mommy-mommy semua tidak akan mengulangi kesilapan sama yang pernah saya buat.
Untuk mommy yang plan nak menyusu anak untuk pertama kali, saya harap pengalaman saya ni dapatlah membantu serba sedikit dalam membuat persediaan awal menyusu.
Jimat Duit
![]() |
Menyusu badan banyak menjimatkan duit perbelanjaan rumah |
Kalau nak dibandingkan dengan kos tiap-tiap minggu kena beli susu tin, yang semakin hari semakin mahal, selama beberapa tahun, menyusu badan memang berbaloi-baloi sangat.
Lagipun, anggaplah ini pelaburan yang terbaik untuk kesihatan anak-anak dalam jangka masa panjang. Khasiat dan manfaat susu ibu itu kan tak ternilai harganya..
Avent Manual Breast Pump
![]() |
Saya dapat beli yang preloved pada harga RM140 |
Tapi, sebab saya ni WAHM (Working at Home Mother), so yang bekas-bekas storage untuk EBM tu, saya takde beli pun.. Bila-bila baby nak susu, memang saya bagi direct breastfeed sahaja.
Jimatlah duit nak beli freezer, botol susu dan bekas storage semua.
Pam saya guna untuk:
- Betul-betul kosongkan breast setiap kali selepas menyusu. Ini bertujuan untuk mendapatkan susu yang lebih pekat, lemak berkrim.
- Elak bengkak susu
- Pam keluar sedikit susu 'foremilk' sebelum menyusukan anak. Ini bagi mengelakkan baby terlebih dapat 'foremilk'. Kalau baby terlebih dapat foremilk, boleh membuatkan masalah kembung perut.
Saya bangun tengah malam buat pumping
untuk elak bengkak susu
Risau juga kalau saya sakit atau kena masuk hospital kan.. Macam yang terjadi kat kawan saya. Dia kena demam denggi. Masih lagi breastfeed anak. Dia takde stok susu perahan. So, terpaksa bagi anak susu formula semasa dia masuk wad. Bila discharge dari hospital, susu badan dah kering habis.
Tapi alhamdulillah, setakat ni semua berjalan lancar. Harap-harapnya janganlah terjadi perkara-perkara yang tidak diingini pada saya dan anak.. Amiiin..
Senang Nak Travel
Bila pergi klinik, berjalan-jalan atau balik kampung, memang senang sangat. Baby nak susu jek, terus sumbat. haha Anytime, anywhere.Tak payah nak bawa segala macam mak nenek dalam kereta. Tak perlu bawa thermos, tin susu yang gedabak, botol air, bekas susu, berus botol dan sebagainya. Cuma bawa badan sahaja. Dan tak perlu nak berhenti tepi jalan bancuh susu.
![]() |
Banyaknya barang baby nak kena packing kalau pergi travel. Macam nak pindah rumah haha! |
Nursing Cover
Kalau nak pakai nursing cover (NC), boleh juga. Tapi Shafeeya tak mau. Dia asyik tarik-tarik kain NC tu. So, dah membazir beli.. Saya beli NC tu dari MarRedz. Oklah, cantik-cantik design NC mereka. Kain pun tak panas. Memang recommended.Kalau nak pakai NC semasa menyusu di luar, sebaiknya biasakan dulu menyusu pakai NC di rumah. So, nanti takdelah anak macam peraq tengok kain NC tu. hehe
Cabaran Menyusu Badan
Antara cabaran yang saya alami sehingga hampir-hampir membuatkan saya berputus asa untuk meneruskan penyusuan ialah- Puting menyusu pedih dan luka
- Susu drop
Puting Menyusu Luka
Puting menyusu luka semasa saya dalam pantang. Sudahlah masa tu luka bersalin masih belum sembuh. Nak bergerak pun takut sebab sakit pedih dekat area jahitan. Mungkin lambat baik sebab saya banyak bergerak. Saya berpantang sendiri dengan bantuan suami.
Ada beberapa cara yang saya sudah kongsikan untuk mempercepat pulih luka puting menyusu. Mommies boleh baca di sini.
So, mommy-mommy janganlah cepat trauma nak menyusu badan lagi ye.. Anggaplah ini semua akan menjadi kenangan paling manis dalam breastfeeding journey mommy-mommy semua.
So, mommy-mommy janganlah cepat trauma nak menyusu badan lagi ye.. Anggaplah ini semua akan menjadi kenangan paling manis dalam breastfeeding journey mommy-mommy semua.
Susu Badan Drop
Masa susu drop, saya betul-betul menggelabah. Yelah, risau anak tak cukup kenyang. Bila anak tak cukup kenyang, nanti mesti mudah meragam.Breast saya memang terasa kosong masa tu. Lembik jatuh.. Allahu.. macam mana nak buat ni?
![]() |
Risau sangat bila susu drop |
Doktor cakap yang ubat tu selamat diambil walaupun breastfeed. So, kita ni pun confident lah kan makan ubat tersebut. Alhamdulillah.. esoknya demam selsema reda. Tapi, saya perasan breast lembik, terasa kosong jek. huwaaa
So, hati-hati ye mommies semua. Ada certain ubat, makanan atau herba yang boleh membuatkan susu kita kering. Antaranya:
- Ubat atau makanan yang mengandungi Peppermint
- Ubat atau makanan yang mengandungi Menthol. Contoh ubat batuk.
- Beberapa herba seperti daun parsli, sage
- Ubat anti-histamines seperti ubat selsema
- Kopi (kafein). Yang ni ikut badan. Ada orang ok jek minum bercawan-cawan. Tapi saya tak boleh..
So, itu sahaja buat masa ni.. Nanti kita sambung cerita lagi kat SINI ye.. Kalau ada nak share info atau pengalaman, sudilah komen di ruangan bawah ni ye. Thank you!
Kalau ada apa-apa pertanyaan, boleh terus Whatsapp saya, Sue di 017-361 6140
No comments:
Post a comment