Sunday, 4 December 2016

Pengalaman Menyusukan Anak: My Breastfeeding Journey

Sambungan dari Pengalaman Menyusukan Anak: Keperluan dan Cabaran Menyusu Badan

Bra Menyusu

Nursing Bra dari Fabulous mom yang sangat selesa
Kelly series
Antara barang pertama yang saya cari lepas habis pantang adalah bra menyusu.

Saya pernah beli bra menyusu secara online di Facebook. Masa tu tengah offer murah pula.. So, saya pergi tibai beli sampai 3 helai bra dari seller tersebut. Saya siap-siap beli semasa mengandung lagi.. Konon-kononnya taknak kelam kabutlah masa berpantang nanti..

Siap dapat free sehelai. Tapi sayangnya.. semua tak boleh pakai!!

Lagi sekali kesilapan yang saya buat. Semua tak boleh pakai. Dah membazir jek beli.. Bila pakai, panas, berpeluh, gatal. Memang tak selesa langsung! So, saya cuba survey lagi di internet apa yang biasa mommy-mommy pakai yang harganya berpatutan dan paling penting, selesa.

So, survey punye survey, ramai yang recommend Nursing Bra dari Butik Fabulous Mom. Nasib baik kat Puchong ada satu branch mereka. Saya memang tak tunggu lagi. Terus minta tolong suami bawakan ke sana.

Ada macam-macam jenis nursing bra yang mereka ada. So, kalau boleh try jek semua. Barulah dapat feel mana yang betul-betul kita selesa nak pakai. Saya beli yang Kelly series.. Harga tak lebih RM30. Masa tu ada diskaun. Kalau normal price, RM42.30.

Memang selesa bangat!! Nak menyusu kat mana-mana pun mudah. Rasa lega sangat bila dapat beli.

Susu Drop semasa Period?

Saya datang bulan (period) kira-kira 6 bulan lepas habis darah nifas. Saya memang tak ambil apa-apa ubat perancang. Kami hanya merancang sendiri sahaja..

Pada mulanya tu, memang rasa risau susu drop bila period. Tapi, alhamdulillah susu tak affect pun bila period mai. Mungkin lain badan, lain kesan dia.. Lagipun saya amalkan milkbooster dari Shaklee. Alhamdulillah banyaklah membantu.

Selera Makan Bertambah-tambah

Bayangkanlah, baru sejam makan nasi, lepas tu rasa lapar lagi. Haa.. macam tulah gayanya kalau menyusu badan ni.. Selera makan tu membuak-buak. haha Ada jek benda nak di kunyah setiap masa.

Selera makan bertambah semasa menyusu badan
Tapi, ikut pengalaman saya, masa awal-awal jek kita macam ni. Saya tak tahulah mommy yang lain kan.. Tapi saya, masa mula-mula jek. Pastu selera makan macam biasa dah..

Cumanya, kalau terjaga tengah malam, memang lapar. Tapi adalah cara saya untuk hilangkan rasa lapar tu tanpa dua pinggan nasi. Cara yang sihat dan yang paling penting, tidak menggemukkan. hehe

Kalau mommies nak tahu apa cara saya tu, jom klik kat bawah ni...

Cara nak cepat kenyang tanpa menggemukkan badan

Sentiasa Rasa Haus

Air putih penting untuk kekalkan penghasilan susu badan yang optimum
Botol air putih untuk saya dan anak-anak.
Saya punya mestilah yang ada lemon tu..
Terutamanya setiap kali lepas menyusu. Kalau tak dapat minum air tu, dah rasa macam gorila muka ni.. So, saya memang standby sebotol besar air putih yang saya akan bawa kemana saja saya pergi. Kecuali bilik air lah haha

Saya akan cuba minum antara 2.5 ke 3 liter air putih sehari. Air putih sahaja ye.. Air kopi, teh, oren, milo, tu semua tak di kira.

Kalau nak susu badan maintain banyak, mommies kena minum air putih banyak juga. Ini pun salah satu cara nak kurus tau..

Bonda Bonding

Anak menyusu badan lebih manja dan rapat dengan ibu
Kalau menyusu badan ni, feel dia memang lain sangat. Bonding antara mak dengan anak tu memang rapat. Shafeeya lebih rapat dan manja dengan saya berbanding kakak-kakak dia dulu.

Tidur malam pun nak kena peluk. Kalau saya tak peluk pun, mesti kena ada skin touching sikit.. Barulah Shafeeya boleh tidur. Mungkin dia nak bau badan saya kot.. Yelah.. baby yang menyusu ni memang peka dengan bau mak dia sejak lahir lagi.

Kuatkan Imun Badan Anak

Anak menyusu badan lebih kuat sistem imun
Anak yang menyusu badan in sha Allah kuat sistem imun
dalam melawan penyakit
Apa yang pasti, bila Shafeeya sakit, dia boleh cepat baik. Kalau sakit pun, tak teruk sangat.

Macam haritu, Shafeeya kena Demam Campak dan HFMD (Sakit Kaki, Tangan & Mulut). Doktor cakap, nasib baik dia menyusu badan. So, takdelah risiko nak kena masalah kering air dalam badan (dehydration).

Lagipun, doktor cakap, anak yang menyusu badan ni, in sha Allah badan mereka lebih kuat melawan penyakit sebab sistem ketahanan badan yang mantap hasil dari susu ibu. Alhamdulillah..

So, sampai sini sajalah sharing dari saya. Harap-harapnya dapatlah membantu serba sedikit mommy-mommy kat luar sana yang nak menyusu badan. Terutama bagi mommies yang baru first time nak cuba fully breastfeed.

Kalau ada apa-apa nak komen atau share pengalaman dan info, mommies boleh tinggalkan komen di ruangan kat bawah ni ye. Thank you!

Kalau ada apa-apa nak tanya, boleh terus Whatsapp saya, Sue di 017-361 6140

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Pertanyaan...?

Name

Email *

Message *