Pengalaman menjaga suami yang sakit Pneumonia memang amat berharga dan takkan dapat saya lupakan sampai bila-bila. Sakit belakang yang kami sangkakan hanya masalah 'angin', rupanya adalah petanda atau simptom kepada sakit Severe Pneumonia.
Kronologi Suami mendapat Sakit Severe Pneumonia
Hari Sabtu 03/12/2016:
Suami kerja separuh hari. Kerja tak teruk mana pun. Buat kerja pun hanya 2-3 jam sahaja (kerja part time). Balik dari kerja, kami pergi ke rumah abang. Rumah abang hanya terletak dalam 15 minit sahaja dari rumah kami.
Balik dari rumah abang, suami mengadu sakit di bahagian belakang, tepi belah kiri. Dia juga mengadu sakit di bahagian dada belah kiri.
Suami juga alami sakit kepala dan kurang selera makan.
Malam tu dia macam demam. Badan tak panas tapi rasa sejuk-sejuk. Kadangkala sejuk sampai menggigil. Bibir sedikit biru.
Saya sapukan minyak hangat, pakaikan stokin dan baju sweater. Badan pula berselubung dengan selimut.
Hari Ahad 04/12/2016:
Bahagian belakang tu makin sakit. Badan masih lagi demam sejuk-sejuk. Kami sangkakan mungkin masalah angin atau demam urat.
Saya cuma bagi ubat tahan sakit dan sapukan minyak hangat pada badan suami. Juga beri dia makan minyak ikan tulen.
Suami batuk-batuk dan banyak keluar k_h_k hijau, campur coklat-coklat sikit.. Tapi takde darah.
Hari Isnin 05/12/2016:
Pagi Isnin, saya pujuk suami pergi berurut badan. Manelah tahu mungkin cuma masalah angin atau urat..
Balik dari berurut, suami mengadu semakin susah nak bernafas. Bernafas pendek-pendek. Kami dah agak panik masa tu sebab suami minta panggilkan ambulans.
Tanpa berlengah, saya terus bawa suami ke bahagian emergency, Hospital Serdang.
Di hospital, suami terus di masukkan ke bahagian Zon Merah (Zon Kritikal).
Malam tu, kira-kira pukul 9.00, suami call mengatakan dibenarkan balik.
Ujian yang dilakukan:
X-ray (paru-paru)
Ecg (jantung)
Darah
X-ray (paru-paru)
Ecg (jantung)
Darah
Semuanya menunjukkan clear. Takde apa-apa masalah.
So, doctor bagitahu ini cuma masalah otot. Atau medical term: Costocondhritis. Mungkin ada tisu otot yang terkoyak atau keradangan di bahagian dinding otot dada.
Doktor cuma bagi ubat tahan sakit/anti radang dan krim sapu untuk redakan sakit otot.
Puncanya?
Boleh jadi macam-macam. Antara yang saya boleh fikir, mungkin sebab:
- suami pernah jatuh motor. Jatuh sendiri balik dari kerja. Masa tu hujan agak lebat. So, mungkin ada kecederaan otot.
- risiko tempat kerja. Sebab suami perlu selalu keluar ke site. Atau selalu angkat benda berat. So, kemungkinan otot dah overuse.
- merokok. Tapi dia bukanlah heavy smoker.
- jangkitan kuman dari orang lain.
Selasa 06/12/2016
Suami start demam panas. Tapi on and off. Saya terus suspect ada jangkitan kuman. Tapi suami ketegaq tak mahu dengar. Dia cakap ini cuma demam biasa.
Masih lagi susah bernafas, cepat penat bila bercakap atau bergerak. Dan sakit di tempat yang sama.
Saya pujuk pergi hospital tapi suami tak mahu.
Khamis 07/12/2016
Suami suruh saya berkemas kain baju. Balik kampung. Kampung suami di Kepala Batas, Kedah.
Perjalanan biasanya mengambil masa dalam 8 jam.
![]() |
Sempat lagi berposing ambil gambar di R & R. |
Malam kami sampai di kampung, suami mengalami sesak nafas yang teruk. Terus dihantar ke bahagian Emergency, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star.
Jumaat 08/12/2016
Suami dipindahkan ke wad. Pernafasan tidak stabil. Sangat sukar nak bercakap, tak boleh tidur langsung, bila makan atau batuk, akan rasa sakit, batuk berkahak warna hijau campur coklat.
Doktor sahkan suami kena Jangkitan Paru-paru. Atau Pneumonia.
Bersambung ke Suamiku Sakit Pneumonia: Duduk Wad 2 Minggu...
Kalau ada apa-apa komen atau pertanyaan, boleh tinggalkan di ruangan komen di bawah ni ye..
Boleh juga Wassap saya, Sue di 017-3616 140
No comments:
Post a Comment