Thursday, 26 January 2017

Perlu ke Suri Rumah Pam dan Simpan Stok Susu Badan?

Kalau ikut dari pengalaman saya sendiri, jawapannya ialah YA!

Walaupun kita hanya duduk bertapa di rumah, still kena PAM dan SIMPAN stok EBM (Expressed Breast Milk).

Tapi kenapa?

Kita suri rumah kebanyakan masa hanya duduk di rumah. Jarang nak keluar ke mana-mana. Kalau keluar pun, hanya pergi beli barang dapur sikit-sikit. Lepas tu pergi hantar dan ambil anak sekolah.

Kalau keluar pun, hanya hujung minggu atau hari cuti. Itupun mesti dengan suami atau adik beradik.

Allah sahaja yang Maha Tahu


Sebabnya.. Kita tak boleh nak jangka keadaan yang 'normal' macam ni akan berterusan sampai bila.

Kita tak boleh nak expect hidup kita akan selamanya ikut apa yang kita rancangkan. Allah sahaja yang Maha Mengetahui bila Dia nak duga kita dengan perkara-perkara yang di luar jangkaan kita.

Macam apa yang terjadi kepada kami sekeluarga. Hidup yang 'normal' tiba-tiba jadi huru-hara bila suami disahkan mendapat jangkitan paru-paru atau Severe Pneumonia.

Anak Masih Menyusu Badan


Suami terpaksa dimasukkan ke dalam wad selama kira-kira 2 minggu. Siapa lagi yang boleh diharapkan untuk menjaga suami di hospital selain saya sendiri. Yang menimbulkan masalah adalah anak tak mahu menyusu botol.

Anak tak mahu menyusu botol
Anak tak mahu menyusu botol
Saya pula terpaksa berulang alik ke hospital setiap hari bagi menjaga suami. Anak terpaksa ditinggalkan di rumah kakak ipar bersama dengan anak-anak kami yang lain. Nasib baik anak-anak yang lebih besar dah pandai uruskan diri sendiri dan boleh diharap menjaga adik mereka.

Tapi Shafeeya tetap tidak mahu menyusu botol dan sanggup menunggu saya balik dari hospital untuk menyusu (direct feeding).

Adalah beberapa kali saya terpaksa balik lewat malam sebab tiada siapa yang boleh menunggu suami di hospital. Shafeeya menangis kehausan dari lewat petang hingga ke tengah malam.

Nasib baik nak juga dia makan. Cuma kasihan sebab dia kehausan seharian bermain dengan kakak-kakaknya. Walaupun nak makan tapi beratnya turun agak mendadak. Muka pun nampak sedikit cengkung.

Trauma ditinggalkan saya setiap pagi usah ceritalah. Menjelang malam dia akan menangis tidak berhenti selagi saya belum sampai di rumah. Tengah tidur pun dicekaknya baju saya seakan-akan tak mahu saya tinggalkan dia lagi.

Kena Demam Denggi


Harap dapat ambil iktibar juga perkara yang berlaku kepada kawan saya ni.. Dia memang tiada simpan stok EBM dan tidak pernah melatih anaknya menyusu botol. Keadaan ni ok sahaja sehinggalah dia disahkan kena Demam Denggi. Masa itu anaknya berumur kira-kira 8 bulan kalau tak silap saya.

So, dalam masa seminggu dia ditahan dalam wad, Allah saja yang tahu betapa dia risaukan anaknya di rumah. Dan perkara yang paling 'nightmare' kepada ibu-ibu menyusu terjadi.. Susu badan dia drop secara drastik akibat sakit Demam Denggi.

Masa tu nak menyesal pun dah tak berguna. Kalaulah dia ada menyimpan stok EBM, sekurang-kurangnya stok tersebut boleh dijadikan back up semasa ketiadaan dia di rumah. Juga sebagai back up sementara dia nak naikkan balik pengeluaran susu badan selepas keluar hospital.

Gabungan Breastfeeding dan Bottle Feeding


So, walaupun kita hanya suri rumah dan tidak bekerja, perlu juga kita pertimbangkan untuk menyimpan stok EBM serta latih anak menyusu botol. Bila terjadi apa-apa yang tidak di ingini, sekurang-kurangnya kita tak perlu risau anak akan menangis kehausan susu jika terpaksa ditinggalkan buat sementara.

Menyusu Badan atau Menyusu Botol
Apa salahnya combine kedua-dua cara penyusuan

Stok EBM juga sebagai back up jika terjadi apa-apa kepada diri kita. Secara jujur, saya memang lebih suka kalau anak menyusu direct dengan saya. So, bila di rumah, saya akan selang selikan penggunaan botol dengan menyusu secara langsung (direct breastfeeding).

Apalah salahnya kalau ini lebih memudahkan kita menguruskan aktiviti seharian. Contohnya macam saya yang menjalankan business Shaklee dari rumah. Sesekali, tiada masalah nak tinggalkan anak beberapa jam dengan ayahnya jika saya ingin menghadiri kursus -kursus dan seminar anjuran Shaklee. Atau mungkin kita hanya nak pergi gunting rambut ke.

Sedikit Info dan Tips untuk gabungkan Breastfeeding dengan Bottle Feeding:

  • Anak tetap dapat khasiat dari susu ibu walaupun menyusu dari botol
  • Semasa penyusuan botol, peluklah rapat badan anak ke badan kita supaya kedua-duanya dapat merasai mother-child bonding
  • Belilah breast pump yang berkualiti. Sebab saya hanya suri rumah, Preloved Manual Breast Pump dari Avent sudah memadai bagi saya.
Preloved Avent Manual Breast Pump
Avent Manual Breast Pump

  • Untuk elak 'nipple confusion', cuba latih anak menyusu botol seawal yang boleh. Tapi ini bergantung pada baby juga. Sebab ada sesetengah baby yang tiada masalah untuk switch antara botol dan breastfeed pada bila-bila masa. Ada baby yang confused dan tidak mahu lagi menyusu badan dengan ibunya. So, cuba latih anak dengan cara yang sesuai.
  • Untuk elak nipple confusion, cuba bagi anak menyusu botol pada kali kedua penyusuan. Contohnya, pagi pukul 8 dah menyusu badan. Nanti pukul 10, atau bila-bila anak nak menyusu lagi, cuba tukar dengan menyusu botol pula. Cuba bagi semasa anak betul-betul dah lapar tapi bukan sampai tahap dah starving. Kang anak mengamuk pula. Untuk penyusuan botol, cuba minta tolong orang lain yang bagi. So nanti takdelah anak dapat cium bau badan ibunya dan tolak botol.
  • Kalau puting luka, bottle feeding dapat membantu beri masa puting untuk sembuh.
Kalau mommy-mommy ada nak share pengalaman atau info, bolehlah tinggalkan komen di ruangan kat bawah ni ye. 

Atau boleh terus wassap saya, Sue di 017-361 6140

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Pertanyaan...?

Name

Email *

Message *