Bermulalah episod berulang alik dari rumah ke hospital. Setiap hari selama 2 minggu saya berulang alik dari rumah kakak ipar ke hospital untuk menjaga suami.
Kami sebaya. Saya dan suami berumur 36 tahun pada tahun ni.. Pesakit-pesakit dalam wad suami, semuanya dah masuk kategori warga emas. Suami yang paling muda. huhu!
Sakit Pneumonia ini biasanya menjangkiti kanak-kanak dan orang tua. Tapi sebab suami seorang perokok (tapi bukan heavy smoker) dan juga faktor tempat kerja, so risiko nak dapat jangkitan kuman tu memang tinggilah juga..
Nurse awal-awal berpesan pada kami yang sakit macam suami ni, janganlah bawa anak-anak dekat. Sebab mereka mudah mendapat jangkitan. Terutama dari pesakit seperti suami.
Minggu Pertama
Untuk rawatan, suami diberikan antibiotik, ubat tahan sakit dan ubat cair kahak. Lepas habis antibiotik, ganti dengan masuk air pula. Begitulah keadaan suami setiap hari. Sehari 2 botol antibiotik.Bila dah start masuk antibiotik, memang kena duduk kat hospital sampai cukup dose antibiotik tersebut. Selagi belum habis, tak boleh keluar ye..
Minggu pertama, keadaan suami memang amat lemah. Tidak boleh bercakap atau makan. Bercakap pun, hanya sepatah dua sahaja. Tak boleh tidur sebab batuk yang agak teruk. Bila batuk, terasa sakit di bahagian dada.
Selepas setiap kali makan ubat cair kahak, memang dia akan banyak batuk sebab kahak tu macam payah nak keluar. So, saya sediakan satu balang plastik yang bertutup (balang plastik bekas kuih raya). Dalam balang tersebut saya letakkan plastik kecil yang tidak koyak atau bocor.
Balang tu saya standby letak tepi katil suami supaya mudah dia nak capai dan ludah. Setiap hari saya akan tukar plastik yang baru. Kahak masih lagi berwarna hijau coklat dan berbuih sedikit.
Suami hanya boleh makan benda-benda yang lembut macam bubur dan dadih. Roti cicah air panas. Tapi makan hanya sedikit sahaja. Dia cakap takut tersedak. Kalau tersedak, memang sakit.
Suami juga pakai mesin ventilator untuk bantu support pernafasan yang tidak stabil. Tanpa mesin tersebut. suami memang akan mengalami sesak nafas. Terutama jika bergerak atau bercakap. So, doktor tak bagi suami berjalan ke bilik air. Buang air kecil di katil sahaja dengan balang yang hospital sediakan.
![]() |
Kena pakai mask yang lebih ketat |
![]() |
Bila dah ok sikit, tukar ke mask biasa |
Pada permulaan, doktor akan cuba lajukan rentak mesin tersebut. Apabila tahap SpO2 makin stabil, depa akan slowkan sedikit demi sedikit rentak tersebut. Doktor cakap kalau pakai mesin tu lama-lama pun tak elok sangat.
Ujian-Ujian Yang Dijalankan
Ujian x-ray dilakukan beberapa kali. Gambar x-ray menunjukkan colour putih menyeliputi hampir semua bahagian paru-paru belah kiri. Paru-paru belah kanan elok je colour hitam.Colour putih tu menunjukkan kuman dah cover hampir keseluruhan bahagian paru-paru belah kiri dan sedikit di bahagian hati (liver).
Putih = kuman
Hitam = sihat
Patutlah mata putih suami kuning sedikit. Rupanya kuman juga dah merebak sedikit ke bahagian hati. Darah juga kerap di ambil sebab nak tengok tahap SpO2 dalam darah. Untuk orang sihat, bacaan normal SpO2 adalah sekitar 94% ke 99%. Untuk pesakit jangkitan paru-paru, bacaan yang ok adalah 90% ke atas.
Ujian scan ultrasound turut dibuat bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tahap kuman di paru-paru suami. Sebab doktor cakap kadang kala ujian x-ray tidak berapa nampak atau detail.
Oleh sebab jangkitan takde progress, doktor tukar ke antibiotik yang lebih kuat.
Kena Tebuk (Cucuk) di Belakang Badan
Dua kali prosedur tebuk di belakang badan suami dijalankan oleh doktor. Yang pertama kali prosedur tebuk hanya dilakukan di katil dalam wad. Prosedur kali kedua dilakukan di bilik lain. Lubang tebuk hanya sebesar jarum hospital jek.. Tapi suami cakap sakit juga..Tebuk atau cucuk ini dilakukan bertujuan untuk menyedut keluar kuman atau lendir yang ada dalam paru-paru. Kedua, tujuannya adalah untuk mengambil sedikit sampel kuman untuk dilakukan ujian makmal bagi mengetahui jenis kuman dengan lebih tepat.
Kedua-dua kali prosedur yang dijalankan tidak berjaya mengeluarkan apa-apa dari paru-paru suami.. Doktor cakap sebab lendir macam dah mengeras di paru-paru. So, susah nak di sedut keluar. Pasrah..
Sampel kuman di tekak juga di ambil untuk ujian makmal. Tapi belum dapat apa-apa keputusan.
Minggu Kedua: Suami Semakin Sihat. Alhamdulillah!!
Masuk minggu kedua, keadaan suami semakin stabil. SpO2 dah ok. So, doktor stopkan mesin ventilator dan suami hanya sedut gas biasa yang melekat kat dinding di kepala katil. Tujuannya nak galakkan paru-paru bekerja sendiri tanpa terlalu bergantung kepada mesin.Pada mulanya memang suami macam tak confident tanpa mesin tersebut. Tapi doktor tegaskan supaya cuba bernafas dengan sendiri.
Dia dah boleh makan macam biasa, boleh tidur, boleh bercakap dan boleh bangun sendiri pergi bilik air. Suami cuba turun dari katil dan exercise dengan berjalan-jalan di area wad sebab bila terlalu lama berbaring, lutut dia jadi lemah sedikit.
Bila bercakap atau bergerak lebih, suami masih lagi tercungap-cungap sedikit. So, dia tak boleh penat atau buat kerja berat. Semuanya kena bergerak secara sederhana sahaja..
Warna kahak pun dah semakin clear dan warna putih. Tapi masih lagi berbuih sedikit.
Hari yang ke-10, antibiotik pun dah habis dah.. Doktor jalankan ujian x-ray lagi sekali dan keputusan yang mereka dapat adalah tahap jangkitan masih tidak banyak berkurang. So, doktor buat keputusan untuk refer kes suami kepada Pakar Chest, atau Pakar Paru-Paru.
Oleh sebab itu, suami terpaksa dipindahkan ke Hospital Lama Alor Setar. Sebab di situ pakar chest lebih mudah nak buat pemerhatian.
![]() |
Suasana aman damai di hospital lama. |
Kami memilih untuk sambung rawatan di Hospital Serdang. Sudah agak lama kami menumpang di rumah kakak suami. Segan juga bila duduk rumah orang lama-lama. Memanglah bukan orang lain tapi risau kita anak beranak akan menyusahkan orang lain pula..
Lagipun budak dah nak naik sekolah. Nasib baik persediaan nak masuk sesi baru kami dah siapkan awal-awal sebelum balik ke kampung. Lega sangat.. Cuma tinggal nak bayar yuran dan buku sahaja.
So, doktor bagi mc seminggu. Dapatlah juga suami merasa balik bercuti di kampung. Hari Jumaat, 30 Dec 2016, suami kena pergi check up di Hospital Serdang pula.
Kita bersambung ke Suamiku Sakit Pneumonia: Perkembangan Selepas Keluar Hospital pula ye.. :)
Kalau ada pertanyaan atau nak share pengalaman, sudi-sudilah tinggalkan komen di ruangan bawah ni ye. Thank you!!
Atau, boleh jek wassap saya, Sue di 017-3616 140
No comments:
Post a Comment