Wednesday, 18 January 2017

Suamiku Sakit Pneumonia: Perkembangan Selepas Keluar Hospital

Sambungan dari Suamiku Sakit Pneumonia: Duduk Wad 2 Minggu

Untuk part 3 ni, saya nak cerita sikit perkembangan kesihatan suami dan perjalanan check ups rawatan dia di Hospital Serdang.

Start 30hb Dec 2016, suami kena attend appointment check up di Hospital Serdang. Pada hari tersebut, doktor jalankan ujian x-ray dan scan ultrasound. Darah juga di ambil.

Berdasarkan pemerhatian dari keputusan x-ray, menunjukkan lendir dah totally clear dari paru-paru belah kiri. Alhamdulillah.. Cuma masih ada sikit lagi kuman kelihatan di bahagian bawah paru-paru belah kiri. Mungkin di perut atau pankreas.

Kedudukan organ dalaman manusia
Kedudukan organ dalaman
Patutlah suami masih lagi terasa sakit di bahagian tersebut. Terutama kalau batuk atau bersin. Tapi doktor tak pasti lagi sama ada memang betul kuman atau benda lain.

Bronchoscopy (masuk scope)

So, doktor tetapkan lagi tarikh check up yang lain untuk buat scope. Atau nama panjang dia, Bronchoscopy. Prosedur scope akan dilakukan melalui hidung. Satu tiub yang siap ada lampu dan camera akan dimasukkan melalui saluran hidung.

Prosedur bagaimana Bronchoscopy dijalankan
Bagaimana Bronchoscopy dijalankan
Suami cakap scope tu takdelah sakit sangat. Sebab ubat pelali atau bius akan diberikan. Kalau ada alahan, kena inform kat doktor siap-siap. Macam suami, dia ada alahan anak tekak selalu jadi bengkak. Tak tahulah puncanya apa. Kadang-kadang dia jadi. So, kena bagi tahu doktor.

Part yang sakit sikit ialah bila doktor nak biuskan bahagian salur pernafasan tu. Masa tu jelah yang sakit sikit. Depa akan spray bius tersebut di dalam mulut dan hidung. Masuk scope tu takde rasa sakit langsung. Sedar-sedar doktor cakap dah siap.

Prosedur scope tu takdelah lama mana pun. Doktor buat tak sampai 5 minit pun. Tapi doktor cakap kalau kes yang teruk, paling lama 30 minit.

Keputusan scope akan dapat bulan Mac nanti. Hospital kerajaan, lambatlah sikit ye.

CT-Thorax (CT Scan untuk Chest)

Lepas masuk scope, bulan Feb nanti doktor akan buat CT-Thorax pula. CT Thorax ni CT Scan lah. Di panggil CT-Thorax sebab depa nak buat CT Scan bahagian dada (chest). Malam sebelum buat tu kena puasa dan makan ubat.

How CT Scan or CT Thorax is done
Lebih kurang macam nilah kot prosedur ct-thorax

Kembali Bekerja

Sekarang suami dah start kerja macam biasa. Tapi benda berat-berat still lagi tak larat nak angkat. Main futsal tendang bola manja-manja pun sekejap dah penat. Mungkin masih baru lagi kot nak aktif sangat. Tapi biasalah depa ni. Depa bagi alasan sebab tak nak layan sangat sakit tu. Nak cuba buat macam biasa. Tak mau fikir sangat.

Bab merokok pula, suami masih lagi merokok. hmm. Tapi cuma hisap rokok daun jelah. Dia letak tembakau yang beli kat kampung sikit jek. Dia cakap cuma nak buat hilangkan rasa ketagih. Rokok biasa memang takde hisap langsung dah. Okla kann. Dia cakap cuba bagi dia masa nak berhenti betul-betul.

Oklah. Saya bagi dia masa dalam setahun dua jek. Harap dia dapat berhenti rokok sepenuhnya. Amiiin.

Resepi Sihat untuk Suami Tersayang

Sekarang ni, memang dah rutin saya pagi-pagi sebelum suami pergi kerja, akan sediakan air panas campur sehiris lemon dan sesudu madu asli. Kadang-kadang, saya buatkan dia ESP, shakes dengan Performance Drink campur sesudu madu asli.

Resepi sihat ESP Shaklee shakes dengan Performance Drink dan madu asli
Sesuai sangat disediakan sebagai Minum Pagi untuk suami
Vitamin C memang wajib ambil setiap hari. Kita memang dah sedia maklum yang Vitamin C ialah vitamin yang tinggi kandungan anti oksidan. In sha Allah dapat membantu menguatkan sistem imun badan dan memerangi radikal-radikal bebas penyebab penyakit.

Dan. Vitamin C juga penting sebab suami masih merokok. In sha Allah kuranglah sikit radikal-radikal bebas tu kann.

Kisah Pesakit Pneumonia yang lain

Hari tu ada bersembang dengan seorang jiran di rumah kami ni. Dia pun sakit yang sama macam suami. Dia cakap baru-baru ni dia dapat jangkitan paru-paru lagi. Maksudnya, sakit berulang lagi. Last dia sakit ialah kira-kira 7-8 tahun yang lepas.

So, jiran tu pesan yang sakit macam ni ada risiko nak berulang lagi. Cepat atau lambat, wallahua'lam. Dia pesan cuma berjaga-jaga jelah dari segi life style dan pemakanan.

Dalam group whatsapp juga kakak ipar ada share kisah anak saudara kepada jiran rumah lama dia yang juga mengalami sakit yang sama. Lelaki. Umur baru 31 tahun. Kedua-dua paru-paru rosak. Dah meninggal dunia. Tinggalkan balu dan anak tiga orang. huwaaa! Ya Allah kesian sangat. Kak ipar cerita yang arwah pakai mesin ventilator hingga ke akhir hayatnya. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.

So, jangan pandang remeh sakit macam ni. In fact, jangan pandang remeh pada sakit apa-apa pun. Sekali dah kena, ada risiko nak sakit lagi. Yang masih sihat, alhamdulillah. Jagalah kesihatan baik-baik.

Kewajipan Menjaga Kesihatan

Memang ajal dan maut di tangan tuhan. Tapi kita juga wajib menjaga kesihatan dan jauhkan diri dari perkara-perkara yang memudaratkan diri sendiri serta orang lain. Makanlah vitamin dan suplemen yang berkualiti seperti produk nutrisi Shaklee.

Kalau kita sakit, anak, isteri atau suami yang susah. Kita sakit, orang lain akan mendapat tempiasnya juga. Kalau kita tak sayang diri sendiri, sekurang-kurangnya ingatlah pada orang yang sayang kat kita..

Kalau ada apa-apa pertanyaan atau just nak share pengalaman sendiri, boleh jek tinggalkan komen di ruangan kat bawah ni ye. Tqqq.

Atau, boleh jek wassap saya, Sue di 017-361 6140

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Pertanyaan...?

Name

Email *

Message *