Friday, 17 February 2017

Bagaimana Gatal-Gatal di Faraj (Vagina) Boleh Terjadi?

Sesiapa yang pernah mengalami masalah gatal-gatal di bahagian faraj (vagina), tentu faham bila saya katakan bahawa masalah ini sememangnya amat-amat mengganggu kehidupan seharian kita. Rasa gatal tersebut boleh jadi teramatlah gatalnya pada masa-masa yang tertentu.

Gatal-gatal di faraj (vagina) boleh membuatkan wanita stress
Gatalnya tapi tak boleh garu. Huwaaa!!

Gatal, tapi tak boleh nak garuk (garu). Memang pasrah sepasrah-pasrahnya kannn.

Sebab kalau kita garu, kulit di bahagian faraj kita akan melecet. Bila dah melecet, masa nak buang air kecil mesti sakit pedih bagai di hiris-hiris. Hanya dengan mengalirkan air paip di bahagian yang melecet pun akan terasa pedih. Huwaaa!!!

Apakah Punca Boleh Terjadinya Kegatalan di Faraj?


Ada banyak punca yang boleh menyebabkan gatal-gatal di faraj. Antara penyebab paling biasa:
  • Jangkitan Kulat Candida Albicans (Yeast Infection) atau Jangkitan Bakteria
  • Dermatitis Kontek pada Vulva (Contact Dermatitis of the Vulva)
  • Jangkitan Kudis Buta (Scabies)

Jangkitan Kulat Candida Albicans atau Jangkitan Bakteria


Jangkitan Kulat Candida Albicans dan Jangkitan Bakteria adalah jangkitan faraj yang paling banyak terjadi di kalangan wanita. Kulat dan bakteria jahat ni boleh buat faraj atau vulva jadi tersangat gatal sampai rasa nak menangislah. 

Bila dah gatal, kita mesti nak garu walaupun sikit-sikit. So, bila dah garu, akan mudah terjadi iritasi, keradangan dan pembengkakan struktur-struktur labia (bibir faraj). Kalau terjadi luka, boleh menyebabkan jangkitan tahap kedua pula, iaitu bakteria. Lagi haru..

Semasa terkena jangkitan kulat atau bakteria ni, bentuk keputihan setiap wanita mungkin agak berbeza dengan wanita yang lain. Ikut dari pengalaman saya sendiri, keputihan yang keluar tidak berbau. Lelehan yang keluar berwarna putih dan agak cair.

Bila keluar keputihan tu, memang kena cepat-cepat tukar seluar dalam dan bilas kemaluan bersih-bersih. Kalau lambat buat, alamatnya gatal akan menyerang sampai berguling-gulinglah engkau.

Antara Punca boleh terjadi Jangkitan Kulat atau Bakteria di faraj adalah:

  • Pengambilan ubat antibiotik
  • Perubahan hormon kerana mengandung, menyusu badan atau datang haid (period)
  • Pengambilan Pil Perancang
  • Menghidapi sakit Kencing Manis (Diabetes)
  • Lemah sistem imun badan. Terutamanya pesakit HIV
  • Obesiti atau Kegemukan
  • Banyak mengambil makanan dan minuman yang manis-manis.

Saya rasa sebab saya adalah kerana perubahan hormon selepas bersalin dan menyusu badan. So, kita kena selidiklah ye apa kemungkinan punca yang menyebabkan kegatalan di faraj.

Sebab kedua yang saya boleh fikirkan adalah kerana terjadinya Dermatitis Kontek di Vulva. Kalau tak tahu vulva itu apa, atau terletak kat mana, boleh try google gambar yang lebih lengkap. Nak bubuh kat sini segan pula. 

Gambar dari sisi menunjukkan bahagian faraj (vagina) wanita
Gambar dari sisi menunjukkan kedudukan bahagian keintiman wanita

Dermatitis Kontek pada Vulva


Antara punca yang boleh menyebabkan dermatitis kontek pada vulva:

  • Kulit yang sensitif atau ada alergi. So, apa-apa benda pun boleh menyebabkan iritasi pada kulit vulva.
  • Kalau ada masalah alergi, sesetengah makanan boleh menyebabkan kegatalan di faraj juga.
  • Penggunaan sabun basuh pakaian atau pelembut fabrik yang tidak sesuai.
  • Bertukar kepada sabun mandi yang lain yang tidak sesuai.
  • Bertukar kepada jenis pad atau pantyliner yang tidak serasi dengan kulit.
  • Penggunaan pembersih wanita yang tidak sesuai.
  • Penggunaan tisu tandas yang tidak sesuai.
  • Pemakaian seluar dalam dari fabrik tiruan atau sintetik.
  • Perancang keluarga yang tidak sesuai.
  • Kondom atau gel pelincir yang tidak sesuai (yang dipakai oleh suami)
  • Pengambilan sesetengah ubat-ubatan.

Jangkitan Kudis Buta (Scabies)


Kalau yang ni, berpunca dari jangkitan hama scabies di bahagian vagina. Sebab hama scabies ni suka duduk di tempat-tempat yang lembap macam celah peha, celah ketiak dan lain-lain lagi.

Hama Kudis Buta (Scabies)
Hama Kudis Buta (Scabies)
Biasanya, rasa gatal akan lebih hebat selepas mandi atau sebelah malam. Hama kudis buta akan lebih aktif di sebelah malam. Hama scabies ni suka sangat tempat lembap dan sejuk-sejuk.

Boleh Berlaku Serentak


Kadang-kala masalah jangkitan kulat, bakteria dan dermatitis contact di bahagian faraj boleh terjadi serentak. Bermakna, kita sebenarnya boleh ada lebih dari satu masalah dalam masa yang sama. Macam manalah tak gatal merenyam??

Ada seorang customer pernah call saya dan beritahu yang dia dah menderita gatal-gatal di bahagian Cik Bunga tersebut selama 5 tahun! Bermakna, jangkitan kuman boleh berulang-ulang sedangkan kita fikir dah sembuh. Boleh berulang selang 3-4 bulan atau lebih kerap. Kegatalan boleh berlarutan hingga 2 bulan atau lebih.

Sanggup ke nak menderita selama tu?


So, please jangan malu jangan segan nak pergi jumpa doktor. Carilah doktor perempuan yang kita dah biasa pergi klinik dia. Nak malu pun tak sampai 5 minit. Pergi farmasi sahaja tak cukup. Doktor kena tengok kat 'bawah' tu. In sha Allah boleh tahu masalah yang lebih tepat dan diberi cara rawatan yang lebih sesuai.

Doktor mungkin perlu buat ujian Pap Smear untuk mengambil sampel keputihan dari faraj kita. So, bila dah tahu apa jenis jangkitan, then diharap doktor boleh bagi cara rawatan yang lebih tepat.

Jumpalah doktor secepat mungkin untuk dapatkan rawatan masalah gatal-gatal di faraj (vagina)
Jumpalah doktor secepat mungkin untuk dapatkan rawatan

Apapun, kita tak boleh nak berharap pada ubat klinik atau farmasi sahaja. Kadang-kadang, dah sapu macam-macam jenis krim, tapi tak baik-baik juga. Ubat makan pun kadang tu jalan. Kadang tak jalan. Ada jenis ubat, ibu menyusu tak boleh makan.

So, kenalah ikhtiar cari cara-cara alternatif nak hilangkan gatal-gatal. Apa cara-cara tersebut?

Haaa. Saya akan share cara-cara alternatif yang lebih selamat dan semulajadi kepada pembaca blog saya yang tersayam di artikel yang berikut ni.

Cara Untuk Hilangkan Gatal-Gatal di Faraj (Vagina)

Yang lebih penting, cara-cara ni in sha Allah BERKESAN! Janji mesti buat secara konsisten untuk mengelakkan jangkitan berulang.

Kalau ada yang nak share tips atau pengalaman, boleh tinggalkan komen di ruangan kat bawah ni ye. Tq!

Kalau ada apa-apa pertanyaan, boleh juga hubungi saya:

Wassap saya, Sue di 017-361 6140

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Pertanyaan...?

Name

Email *

Message *