Wednesday, 22 February 2017

Cara untuk Hilangkan Gatal-Gatal di Faraj (Vagina)

Ikut dari pengalaman saya sendiri, saya pun tak pasti apakah punca masalah gatal-gatal yang saya alami.. Selepas mencuba pelbagai krim yang doktor berikan, termasuklah ubat makan, masalah kegatalan yang saya hadapi tetap tidak betul-betul sembuh.

Maksudnya, kadang-kadang ubat makan yang doktor beri, berkesan. Bila makan kali kedua, langsung tak berkesan. Saya pun naik pelik.. Ubat krim pun macam tu juga. Kadang berkesan, kadang tidak berkesan.

Sebab itulah saya mencuba pula pelbagai cara rawatan dan bahan yang lebih semulajadi supaya masalah gatal-gatal akan cepat hilang. Lagipun, tak semua ubat sesuai dengan saya sebab saya masih lagi menyusu badan anak yang bongsu.

Cara-cara kat bawah ni ada yang saya buat, ada yang saya tak buat.

Antara Cara-Cara untuk Hilangkan Kegatalan di Faraj (Vagina):

Bilas faraj dengan air rebusan Daun Semambu (Neem Leaves)
Daun Semambu (Neem Leaves) untuk hilangkan gatal-gatal di vagina (faraj)
Cara-cara untuk buat air rebusan Daun Neem
Daun semambu senang nak cari. Kadang-kadang pokok dia tumbuh kat tepi-tepi jalan jek. Kalau area tu banyak penduduk orang India, mudahlah nak cari. Sebab orang India suka tanam pokok Semambu ni. Kalau ada masalah Demam Campak, Kudis Buta pun elok sangat cuba daun ni..

Tapi sebelum rebus, basuh bersih dulu daun semambu tu.. Ambil dalam segenggam dan rebus sehingga daun bertukar warna. Tapis daun. Air rebusan dah suam-suam tu, boleh guna untuk bilas faraj selepas buang air kecil atau bila-bila yang perlu.

Bilas faraj dengan air rebusan Daun Sireh

Saya ambil dalam 7 helai daun Sireh dan cuci bersih. Kemudian, rebus sehingga daun bertukar warna. Rebus dalam 5 minit macam tu. Toskan air dan sejukkan. Dah agak-agak suam, buat bilas selepas buang air kecil.

Amalkan minum air rebusan Daun Sireh

Air rebusan tadi saya ketepikan sikit untuk buat minum. Siapa tahan dengan rasa dia, bolehlah try. hehe.. Saya minum sehari sekali jek. Tapi lepas dua tiga hari, saya jadi sembelit yang agak teruk. So, saya stop minum. 

Bilas faraj dengan larutan Apple Cider Vinegar (Cuka Epal)

Pastikan beli Apple Cider Vinegar (ACV) yang organik dan masih ada 'Mother' dalam botol tu. Boleh cuba brand Bragg. Saya larutkan 1-2 sudu besar ACV ke dalam secawan air suam dan buat bilas selepas buang air kecil. Boleh buat 2 kali sehari.

Apple Cider Vinegar brand Bragg
Pastikan tiada luka di bahagian faraj ye. Kalau tidak, takut pedih pula nanti. Try bilas sikit-sikit dulu. Kalau ok, boleh bilas seperti biasa. Tapi kalau pedih pun, maybe sekejap sahaja. Lepas itu, biasanya akan rasa lega dari gatal.

Boleh cuba cari brand ni di farmasi Guardian (harga dalam RM28 sebotol), grocery macam Cold Storage, Jaya Grocer (cari di bahagian cuka buah), brand Cosway (yang organik).

Kalau nak beli secara online, boleh cari di 11Street dan Lazada. Kadang ada offer.

Bragg Apple Cider Vinegar di Lazada
Bragg Apple Cider Vinegar di Lazada

Amalkan minum Apple Cider Vinegar 

Bancuh 1-2 sudu besar ACV ke dalam segelas air suam dan minum. Minum 2 kali sehari. Bagus juga untuk kurus tau. Terutama bagi mereka yang ada masalah 'Gemuk Air' (Edema).

Bilas faraj dengan air rebusan biji atau serbuk Manjakani

Ambil dalam 5 biji Manjakani dan cuci bersih. Kemudian, rebus sehingga mendidih. Tapis dan biarkan sejuk. Dah suam sikit, bolehlah ambil sikit buat bilas faraj selepas buang air kecil atau bila-bila yang perlu.

Biji Manjakani boleh dibeli dari kedai-kedai runcit orang India. Kadang kala orang sebut puru.

Bilas faraj atau buat Sitz Bath dengan air garam


Beli garam laut (garam kasar) atau garam bukit. Garam dari Halagel pun bagus dan bersih. Ambil 1-2 sudu besar garam dan larutkan dalam secawan air panas. Campur dengan air paip sedikit untuk suamkan dia. Kemudian, boleh buat bilas selepas buang air kecil atau bila-bila perlu. Garam adalah antiseptik terbaik untuk hilangkan jangkitan kulat dan kuman.

Kalau nak berendam dalam air garam pun boleh. Kalau ada besen besar yang boleh muat punggung tu, bolehlah buat. Ambil segenggam garam. Kacau dan larutkan dalam sebekas air panas. Bila garam dah larut, tuang ke dalam besen yang bersih.

Tambah lagi air panas dan air paip setakat paras suku dari ketinggian besen. Jangan banyak sangat nanti melimpah pula. Kepanasan air setakat yang kita boleh tahan. Kalau ada Apple Cider Vinegar (ACV), boleh tambah sekali. Tambah dalam segelas. Berendam dalam 30 minit. Kalau air dah suam, boleh tambah air panas sikit. Kenalah standby jag air panas di tepi besen.

Tapi saya sesuai berendam dengan air garam jek. Kalau campur ACV, kulit kat situ jadik melecet pula. Tengok kulitlah. Kalau kulit tak berapa sensitif, boleh campur ACV.

Makan Yogurt Asli (natural)

Kalau boleh, amalkan makan yogurt asli (natural) secawan sehari. Kalau tak lalu nak telan, campurkan yogurt dengan Overnight Oat atau Smoothies.
Yogurt adalah probiotik yang mengandungi bakteria baik
Atau, minum Yakult yang botol colour biru tu. Yogurt dan Yakult bagus sebab dua-dua adalah probiotik. Benda-benda macam ni ada kandungan bakteria baik. Bakteria baik ni yang membantu melawan bakteria jahat yang bersarang kat Cik Bunga kita tu.. 

Minuman Yakult kaya Probiotik bagus untuk masalah keputihan
Kalau ada mommy yang pregnant dan ada masalah gatal-gatal serta keputihan, elok sangat makan dua-dua ni..

Minum Minyak Kelapa Dara

Saya minum 2 sudu besar sehari. 1 sudu selepas breakfast dan 1 sudu selepas minum petang. Saya tak ambil Minyak Kelapa Dara selepas dinner sebab otak dan badan jadi cergas pula sampai susah nak tidur. So, badan saya lebih sesuai ambil pagi dan tengahari.

Minyak kelapa dara (MKD)
Saya beli yang ni..

Sapu Minyak Kelapa Dara di bahagian yang gatal 

Saya sapu 2-3 kali sehari. Wajib sapu sebelum tidur malam. Pastikan tukar seluar dalam yang longgar, bersih, kering dan dibuat dari kain cotton ye.. 

Makan Vitamin atau Suplemen yang Bagus untuk Rawat Jangkitan Penyebab Kegatalan

Saya amalkan vitamin dan suplemen dari Shaklee. Rawatan secara dalaman adalah sama penting dengan rawatan secara luaran. So, jangan sibuk nak rawat luaran saja tapi dalaman tak jaga.. Sebab itulah gatal-gatal tak betul-betul hilang sebab kuman masih bersarang di dalam salur faraj.

Cuci Faraj menggunakan Feminine Wash (Pembersih Wanita)


Pembersih Wanita atau Feminine Wash dari Jamu Susuk Dara untuk hilangkan gatal-gatal di faraj (vagina)
Pastikan beli yang Original. Harga RM68
Memang banyak jenama yang ada di pasaran. Saya sendiri sebenarnya dah fobia pakai feminine wash ni.. Pernah guna satu brand ni. Doktor di klinik yang syorkan pakai. Tapi akibatnya saya rasa pedih semasa membuang air kecil.

Tapi alhamdulillah feminine wash (fw) dari Jamu Susuk Dara memang awesome dan banyak membantu. Hilang terus fobia nak pakai fw. 

Bertangas

Boleh cuba bertangas. Kalau tak tahu nak buat sendiri, boleh pergi ke spa-spa kecantikan yang ada offer perkhidmatan Bertangas. Spa-spa biasa pun ada buat juga. Korang boleh cuba survey-survey dulu.

Atau, kalau rajin, boleh buat sendiri sahaja di rumah. Korang boleh try bertangas cara moden. Klik disini untuk cara-caranya: Bertangas Cara Moden

Trial and Error

Woww!! Banyaknya cara yang boleh dicuba.. Ya, memang banyak bahan selain ubat-ubatan yang lebih semulajadi yang kita boleh cuba. Terpulanglah nak buat cara yang mana.. Pilihlah cara yang sesuai dengan keperluan, bajet dan bahan yang kita ada.

Kesan sesuatu bahan atau cara mungkin berbeza antara seorang wanita dengan wanita yang lain. Yelah.. punca terjadinya gatal-gatal di faraj ni kan banyak sebenarnya. So, kita kena trial and error. Kalau cara yang ni tak berkesan, cubalah bahan yang lain pula.

Kalau sesuatu bahan atau cara yang kita cuba tu sesuai, memang kita akan rasa lega dari kegatalan dengan cepat. Teruskan proses rawatan walaupun kita dah takde rasa gatal-gatal lagi, Sebab kita tak mahu masalah kegatalan akan berulang kembali.

Kalau ada yang nak share tips atau pengalaman, bolehlah tinggalkan komen di ruangan kat bawah ni ye. Tq!!

Kalau ada nak tanya-tanya, boleh wassap saya, Sue di 017-361 6140

Latest Update:

Psstt.. Sekarang saya dah betul-betul sembuh dari masalah gatal-gatal di faraj tau. Kalau nak tau apa yang saya ikhtiar, jom baca kat sini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Pertanyaan...?

Name

Email *

Message *