Wednesday, 19 April 2017

Resepi ESP Smoothies yang Sangat Sedap dan Refreshing

Biasanya, kira-kira setengah jam selepas buat workout untuk kempiskan perut, saya akan minum ESP. Kalau malas atau nak kejar masa, saya akan shake-shake dengan air kosong sejuk, atau shake dengan air suam tambah tamar koko dua sudu besar. Sukatan ESP dan air ikutlah tekak dan keperluan badan masing-masing.

Jangan main hentam bancuh saja ye.. Boleh refer Shaklee Distributor anda untuk cara makan yang betul.

Kalau time tengah rajin, atau tekak ni terasa nak minum yang best-best sikit, first thing yang saya akan buat bila masuk dapur pagi-pagi ialah rendam beberapa biji kurma. Lepas tu, buatlah kerja-kerja rumah dan workout seperti biasa.

ESP Shaklee milkbooster, melangsingkan badan, bekalkan tenaga dan mencantikkan kulit

Saya nak share salah satu resepi ESP Smoothies yang pada tekak saya sungguhlah refreshing! Rasa bila lepas minum tu, macam boleh terbang jek. haha

Bila dah habis minum tu, memang akan sendawa panjang.... Perut betul-betul rasa penuh dan kenyang. Badan dan minda rasa bersemangat sepanjang hari. Saya cakap betul ni.. Kalau tak percaya, anda cubalah.

Resepi ESP Smoothies yang sangat sedap:


ESP 2 sudu besar
Kurma 3-5 biji (direndam dulu. Bila dah lembut, buang bijinya)
Yogurt plain 2 sudu besar
Nestum 1 sudu besar
Tamar koko 1 sudu besar
Madu asli 1 sudu besar
Air kosong sejuk dalam 300-400 ml (ikut tekak nak banyak mana)
Ais batu 3-4 ketul (setakat nak bagi sejuk sikit sahaja)

Masuk semua bahan di atas ke dalam blender. Alaaa.. main campak-campak jek. Lepas tu, blend sampai sebati semua bahan. Tuang dalam gelas, siap!

Selalunya, lepas blender barulah saya letak ais ketul. Kalau ada blender jenis mahal yang untuk ice blended tu, senanglah kan.. Saya cuma pakai blender biasa jek.. Kang kalau masuk skali ais ketul dalam tu takut cepat rosak pula kan..

Cuma pakai blender buat blend cili bawang tu.. haha Nasib baik takde pula rasa cili ke.. bawang ke.. hehe

Resepi ESP Smoothies
Yummyy!
 Adjustlah resepi di atas ikut selera masing-masing ye.. Tapi yang paling best bila minum ni, susu rasa berat jek.. Tengok anak pun menyusu macam puas kenyang. So, pada ibu-ibu menyusu pun boleh try resepi ESP Smoothies ni ye. Takdelah boring minum ESP kosong macam tu jek kan..

Lagi satu yang saya perasan, bila minum benda ni, rasa macam malas nak makan nasi. Tengok nasi macam sepi jek.. Pandang sebelah mata jek haha

Mungkin sebab perut dah rasa puas dan kenyang kot.. So, pada siapa yang nak diet atau nak kuruskan badan, wajib cuba ESP Smoothies ni. Dahlah sedap, bagus untuk kesihatan pula. Kalau nak minum time sahur atau berbuka pun, memang sesuai sangat tau sebab dia beri tenaga segera kepada badan.

Kalau ada yang terasa macam nak try ESP ni, saya boleh bagi tester sikitlah.. Kalau ada kat area Puchong, senanglah kita boleh jumpa dan saya boleh bagi tester ESP.

Nak wassap pun boleh.. Boleh wassap kat nombor ni.. Sue 017-361 6140

Terima kasih sudi singgah blog saya ni ye! Senang-senang, singgahlah lagi. Kalau ada nak tanya atau share apa-apa, tinggalkan komen kat ruangan bawah ni ye. Tq!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Pertanyaan...?

Name

Email *

Message *