Thursday, 4 May 2017

Cara-Cara Untuk Bertangas (Vaginal Steam)

Sebenarnya saya tak pernah mengamalkan bertangas ni.. Semasa berpantang ketiga-tiga anak pun, tak pernah walau sekali pun saya bertangas. Sekarang ni, bila dah terasa lain macam jek, barulah terhegeh-hegeh nak bertangas. hehe

Bertangas ni bukan orang Melayu saja yang amalkan. Orang Indonesia, Thailand, Korea, Afrika dan Amerika Selatan juga mengamalkannya. Sekarang ni, di Amerika Utara pun dah popular bertangas ni tapi depa sebut V-Steaming.

Cara-cara untuk Bertangas

Konsep dia sama macam kalau kita stimkan wap panas ke muka kita untuk facial treatment. Yang berbeza adalah kali ni, kita stimkan yang 'bawah' tu pula.

Ada pelbagai manfaat yang wanita boleh dapat dari amalan bertangas. Antaranya:

  • Membantu membersihkan dan detox rahim serta sistem peranakan wanita. Bantu mengeluarkan sisa air mani suami.
  • Wap stim panas yang terhasil dari herba-herba yang digunakan semasa bertangas akan meresap ke dalam tisu kulit sekitar faraj dan bukaan vulva. Tisu kulit di kawasan faraj sangat lembut dan sangat mudah meresap 
  • Wap panas dari herba yang meresap akan membantu meningkatkan pengaliran darah di sekitar faraj dan vulva. Ini sekaligus memberi manfaat kepada kesihatan rahim wanita. Menguatkan rahim serta mengetatkan kembali faraj.
  • Membantu wanita yang mempunyai masalah kitaran haid tidak teratur
  • Membantu mempertingkatkan tahap kesuburan wanita
  • Mengembalikan kesegaran badan
  • Mengurangkan keletihan dan lenguh-lenguh badan
  • Buang angin dalam badan
  • Merawat masalah keputihan
  • Mengatasi masalah kegatalan dan jangkitan kuman di vagina dan vulva
  • Diamalkan semasa berpantang, iaitu selepas Darah Nifas telah kering. Juga membantu mengeluarkan sisa-sisa darah period.

Apa yang diperlukan untuk Bertangas?

  • Herba bertangas
  • Bekas yang sesuai berisi air panas
  • Kerusi bertangas yang sesuai dan kukuh untuk mengelak dari kecederaan akibat air panas yang digunakan
  • Kain batik

Cara-Cara Bertangas

Ada pelbagai pilihan herba yang kita boleh beli dari kedai-kedai jamu atau di internet. Pilihan herba bertangas saya adalah Basahan Kencur. Boleh search di Facebook atau call nombor agen ini: Kak Sue 013-447 4438. 

Herba Bertangas Basahan Kencur
Herba Bertangas Basahan Kencur

Mudah nak guna Basahan Kencur ni.. Cuma masukkan beberapa sudu besar (dalam bentuk gel) Basahan Kencur ke dalam air panas, kacau sekejap untuk melarutkan dan sedia untuk bertangas!

Tapi saya suka mendidihkan beberapa sudu besar Basahan Kencur ni dalam mangkuk Pyrex yang kecil. Kerlass ko jah.. Bertangas pakai mangkuk Pyrex haha Bukan apa.. Pakai mangkuk Pyrex ni panas boleh tahan lama sikit berbanding kalau kita pakai bekas-bekas lain..

Tapi kalau takde, pakai jelah apa yang ada kat dapur tu..

Ada juga yang pakai rice cooker yang kecil tu.. Kotlah ada rice cooker yang lama-lama yang boleh dipakai lagi.. Bolehlah guna untuk bertangas. Tapi kena tahan sikitlah wap panas yang naik tu memang agak panas.

Yang bestnya, wap panas tu boleh bertahan lama. So, kita tak perlu nak bangun duduk untuk tambah air panas jika wap dah tak berapa panas.

Sebelum itu, sediakan siap-siap kerusi bertangas. Bila air herba bertangas dah mendidih, angkat dan letak jek mangkuk tu atas bangku beralaskan kain buruk. 

Cara untuk Bertangas
Kedudukan lebih kurang macam inilah ye
Kedudukan tu boleh adjust ikut keselesaan kita. kalau taknak dekat sangat, gunalah bangku kecil atau apa-apa yang sesuai dengan ketinggian yang kita nak. 

Standby buku atau majalah atau pegang saja handset supaya tak berapa bosan ketika duduk bertangas. Tapi saya tak dan pun nak baca apa-apa sebab bila duduk tu, bukan saja-saja duduk termenung sana, termenung sini. Seeloknya kita buat senaman Kegel atau ada orang panggil Senaman Kemutan.

Cara untuk Bertangas
Duduk dengan kaki menguak sedikit supaya bahagian
faraj terbuka untuk menerima wap
Semasa duduk, pastikan kain batik menutupi seluruh kaki dan kerusi bertangas sehingga ke lantai. Ini penting supaya wap panas tidak akan dapat keluar. Saya beli kerusi bertangas ini di farmasi. Harga dalam RM60 kalau tak salah. Kerusi ni mudah sebab boleh dilipat. So, mudah nak simpan lepas habis guna.

Kerusi untuk Bertangas
Kerusi untuk Bertangas

Kalau area Puchong, kerusi ini boleh dibeli dari Be Pharmacy, di Taman Puchong Perdana. Takpelah kita keluar modal sikit beli kerusi ni.. Nak bertangas pun mudah. Nanti kalau dah taknak pakai lagi, boleh simpan untuk kegunaan lain. Manalah tahu kita atau saudara terdekat jatuh sakit dan susah nak bergerak ke tandas. Ada kerusi ni kan dah senang.

Berapa kerap kita boleh Bertangas?

Kalau ada masalah kegatalan dan jangkitan kuman di faraj, boleh buat setiap hari selama 30 minit ke satu jam. Kalau untuk masalah biasa-biasa, boleh buat seminggu sekali atau dua minggu sekali pun ok.

Jimat duit buat sendiri kat rumah. Tak perlu nak pergi ke spa-spa atau guna khidmat Mobile Spa. Jimat masa juga kerana kita tak perlu keluar rumah. Boleh bertangas dengan keselesaan di rumah sendiri.

Selamat Bertangas!

Kalau nak hubungi saya, boleh wassap di 017-361 6140 (Sue)

Kalau ada info nak share atau ada pertanyaan, boleh gunakan ruangan komen di bawah ini ye. Terima kasih :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Pertanyaan...?

Name

Email *

Message *