Saturday, 6 May 2017

Menjalani Ibadah Puasa tanpa Gastrik

Bulan Ramadhan bakal menjelang tiba. Satu bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam di seluruh dunia. Bulan yang penuh rahmat, disamping menguji ketahanan fizikal dan mental ketika menunaikan ibadah puasa.

Individu yang mengidap sakit Gastrik pastinya agak risau apabila setiap kali tiba bulan Ramadhan. Hati dan fikiran ni memang dah semangat nak berpuasa tapi risau perut pula yang tidak tahan.. Sama juga dengan orang yang ada masalah Peptic Ulcer. Nak berpuasa tapi rasa tak berapa yakin.

Apa itu Sakit Gastrik

Sakit Gastrik adalah sakit perut yang terjadi apabila permukaan perut kita dihakis oleh asid gastrik. Asid gastrik ialah asid yang dikeluarkan perut untuk mencerna makanan. Kadang kala, sakit gastrik adalah berpunca dari jangkitan bakteria Helicobacter pylori (H. pylori) yang mendiami dinding perut kita.

Gastrik Tidak Boleh Berpuasa?

Berpuasa memerlukan kita menahan diri dari makan dan minum dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Itu lebih kurang dalam 14 jam.. Tiada kemasukan nutrisi menyebabkan perut kosong dan ia boleh meningkatkan risiko kita untuk mendapat serangan Sakit Gastrik.

Tapi ini bukanlah bermakna yang kita tidak boleh berpuasa..

Sakit Gastrik bukan satu alasan kita tidak boleh berpuasa. Kalau ikut dari pengalaman saya sendiri, Sakit Gastrik boleh dikurangkan dan boleh dikawal. Banyak tips-tips yang boleh kita amalkan supaya ibadah puasa berjalan dengan lancar.

Salah satu tips yang kita boleh buat adalah dengan mengamalkan suplemen dan vitamin yang membantu mengawal Sakit Gastrik dari terjadi serta mengelakkan dari mendapat serangan berulang sakit gastrik yang lebih teruk.

Set Gastrik Shaklee Bantu Elak Sakit Gastrik Ketika Berpuasa

Set Gastrik Shaklee mengandungi suplemen-suplemen dan vitamin yang penting dalam mengawal Sakit Gastrik. Set ini bukan sahaja boleh mengawal dan mengurangkan, malah in shaa Allah boleh merawat Sakit Gastrik.

ESP

ESP Shaklee membantu atasi masalah Gastrik ketika berpuasa
ESP atau Energizing Soy Protein mengandungi sumber protein tumbuhan iaitu kacang soya. Kacang soya yang digunakan adalah bebas GMO (non-GMO) dan organik.

ESP mempunyai kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39. Makanan dan minuman yang mempunyai GI yang rendah akan membuatkan kita berasa kenyang dengan lebih lama. Ini kerana makanan yang ber-GI rendah akan dicernakan secara perlahan-lahan. Ini sekaligus membuatkan kita kurang berasa lapar.

Jika diambil secara sejuk, susu kacang soya berupaya mengurangkan simptom keasidan atau pedih ulu hati.

Jika anda seorang yang 'Lactose Intolerent', susu kacang soya adalah sangat sesuai diambil ketika diserang sakit Gastrik. Susu kacang soya adalah pilihan alternatif terbaik selain susu lembu kerana mudah dihadam oleh perut. Ini membuatkan perut TIDAK akan mencetuskan lebih banyak jus gastrik.

OSTEMATRIX

Ostematrix Shaklee membantu atasi masalah Gastrik ketika berpuasa
Ostematrix adalah suplemen yang mengandungi Kalsium, Magnesium, Fosforus, Vitamin D3, Zinc, Kuprum, Mangan dan Boron. Semua nama-nama pelik ini adalah mineral-mineral penting yang membantu penyerapan Kalsium ke dalam tubuh badan kita secara optimum.

Mineral Kalsium adalah bersifat alkali. Jadi, Ostematrix membantu dalam memastikan badan kita mencapai keseimbangan pH yang normal. Imbangan asid-alkali yang normal ini adalah penting bagi memperbaiki hiperaktiviti perut dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian terjadinya serangan sakit Gastrik.

Ostematrix juga adalah alternatif yang sangat baik bagi mereka yang tidak suka minum susu.

PEPPERMINT GINGER PLUS

Peppermint Ginger Plus dari Shaklee membantu atasi masalah Gastrik ketika berpuasa
Peppermint Ginger Plus dari Shaklee ini merupakan kombinasi 4 herba terpilih iaitu:

  • Daun Pudina
  • Halia (Ginger)
  • Pokok Adas atau Jintan Putih (Fennel)
  • Cekur Manis atau Jintan Manis (Anise)

Daun Pudina


Peppermint Ginger Plus mengandungi daun pudina yang membantu atasi masalah Gastrik ketika berpuasa
Khasiat daun pudina ialah melegakan otot perut kerana ia mempunyai kesan penenang. Membantu dalam penghadaman, melegakan kesakitan gastrik dan pedih ulu hati. Daun Pudina juga amat membantu melegakan simptom-simptom Peptic Ulcers.

Halia


Peppermint Ginger Plus mengandungi halia yang membantu atasi masalah Gastrik ketika berpuasa
Halia membantu melegakan ketidakselesaan perut dan usus. Juga membantu melegakan masalah muntah, mual dan loya. Halia juga sangat bagus dalam membuang angin dalam badan.

Pokok Adas


Peppermint Ginger Plus mengandungi adas (fennel) yang membantu atasi masalah Gastrik ketika berpuasa
Jika diambil selepas makan, ia membantu melegakan masalah Kembung Perut. Ia melegakan sakit perut.

Cekur Manis


Peppermint Ginger Plus mengandungi cekur manis (jintan manis) yang membantu atasi masalah Gastrik ketika berpuasa
Cekur Manis atau Jintan Manis membantu melegakan masalah pencernaan. Ia membantu mengeluarkan lebihan gas yang terkumpul di dalam sistem penghadaman.

Cekur Manis atau Anise boleh membantu mengurangkan keasidan yang dikeluarkan oleh jus gastrik di dalam perut. Ini seterusnya membantu mengurangkan sakit pedih ulu hati.

ALFALFA COMPLEX

Alfalfa Complex dari Shaklee membantu atasi masalah Gastrik ketika berpuasa
Tumbuhan Alfalfa terbukti berkhasiat dalam memelihara kesihatan sistem penghadaman manusia. Alfalfa mengandungi 8 jenis enzim yang amat berguna untuk memulihkan sistem penghadaman kita.

Alfalfa juga mempunyai fungsi sebagai antioksidan, antibakteria dan antikulat yang sangat bagus untuk memelihara sistem penghadaman kita dari jangkitan bakteria jahat seperti H. pylori.

Alfalfa merupakan tumbuhan 'Super Food' yang sangat beralkali. Ini sekaligus membantu tubuh kita mencapai keseimbangan asid-alkali yang normal. Alfalfa juga membantu menurunkan tahap keasidan dalam perut akibat rembesan jus gastrik.

In shaa Allah Set Gastrik Shaklee ini boleh membantu kita untuk menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan dengan lebih yakin dan tenang. Janganlah sakit Gastrik menghalang kita dari menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh rahmat ini.

Kalau nak mencuba Set Gastrik Shaklee ini, boleh hubungi saya,

Sue di 017-361 6140

Selamat Menjalani Ibadah Puasa tanpa Gastrik!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Pertanyaan...?

Name

Email *

Message *