Wednesday, 3 May 2017

Rawat Ovarian Cysts dan PCOS Secara Semulajadi Tanpa Pembedahan

Kebanyakan wanita mungkin mempunyai cysts yang tumbuh di dalam atau luar ovari tetapi tidak menyedarinya. Ramai yang tidak sedar pun mereka ada cysts sehinggalah pemeriksaan dijalankan. Ini kerana cysts yang ada mungkin adalah jenis yang tidak merbahaya dan tidak mengganggu kehidupan seharian mereka.

Tetapi ada juga jenis cysts yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan jika dibiarkan tidak dirawat, seperti kanser dan ketidaksuburan atau sukar hamil (infertility).

Saiz cysts juga berbeza-beza. Kebanyakan cysts yang tumbuh adalah kecil. Ada juga yang membesar sehingga boleh menyebabkan kitaran haid jadi tidak menentu atau ketidakselesaan akibat kembung perut. 

Rawat cysts dan PCOS secara semulajadi tanpa pembedahan
Cysts yang membesar boleh menyebabkan abdomen mudah kembung
sehingga menyebabkan rasa tidak selesa atau kesakitan

Ada berbagai cara yang kita boleh cuba untuk menghilangkan cysts. Antaranya ialah dengan melakukan pembedahan. Tapi pembedahan tidak menjamin cysts akan hilang 100% sebab cyst boleh tumbuh semula.

Rawat Cysts dan PCOS secara semulajadi tanpa pembedahan
PCOS boleh menyebabkan terjadinya Ovarian Cysts

Cara rawatan yang lebih natural tanpa melibatkan pembedahan, ubat atau dadah ialah dengan mengamalkan HERBA, VITAMIN dan SUPLEMEN yang berkualiti tinggi, organik dan diperbuat dari sumber tumbuhan.

Mengapa Kita Perlu Rawat Cysts dan PCOS secara Semulajadi?

  • Dengan mengamalkan herba, suplemen dan vitamin yang berkualiti, natural dan organik, ia akan membantu mengecutkan cysts secara semulajadi serta mencegah cysts dari tumbuh semula.
  • Rawatan yang lebih natural juga membantu meningkatkan tahap kesuburan.
  • Seimbangkan hormon
  • Period akan lebih teratur.
  • Meningkatkan mutu kesihatan secara keseluruhan. Bahagian badan yang lain juga akan turut mendapat manfaat dari khasiat suplemen dan vitamin yang kita amalkan.
  • Menghalang cysts dari membiak menjadi sel kanser.
  • Membantu mengawal 'Mood Swing' dan mengurangkan stress.
  • Membantu menurunkan berat badan secara sihat dan konsisten.
  • Menampung kekurangan nutrien harian yang badan kita perlukan akibat dari cara hidup yang tidak sihat.

Antara Herba, Vitamin dan Suplemen Terbaik untuk Menghilangkan atau Mengecutkan Cysts dan PCOS adalah:


Polyphenol dan Resveratrol


Suplemen yang mengandungi Polyphenol dan Resveratrol yang tinggi adalah sangat-sangat membantu wanita yang mengalami masalah cysts dan PCOS. Ini kerana kedua-duanya adalah agen antioksidan yang sangat kuat.

Anggur Muscadine dan Polygonum Cuspidatum adalah antara sumber terbaik Polyphenol dan Resveratrol
Anggur Muscadine dan Polygonum Cuspidatum adalah antara sumber
terbaik Polyphenol dan Resveratrol

Seperti yang kita tahu, antioksidan sangat penting bagi menghalang apa-apa saja bentuk ketumbuhan atau tumor yang luar biasa di dalam badan. Ini termasuklah cysts dan PCOS. Jadi, kalau nak amalkan suplemen, cubalah suplemen yang mengandungi Polyphenol dan Resveratrol. Pastikan ianya dari sumber yang natural, organik dan berkualiti tinggi.

Vitamin C


Vitamin C ialah vitamin yang kaya dengan antioksidan. Ia membantu menguatkan sistem imun badan di mana ia melindungi badan kita dari pelbagai penyakit termasuklah Ovarian Cysts. Vitamin C membantu memusnahkan sel-sel tidak normal, di mana ini penting untuk mencegah pembentukan cysts tidak normal.

Sumber terbaik Vitamin C adalah Buah-buahan
Sumber terbaik Vitamin C adalah Buah-buahan

Vitamin C membantu mengeluarkan bahan-bahan yang badan kita tidak perlukan, terutamanya yang berkumpul di bahagian pelvik supaya dikeluarkan pada masa yang sepatutnya. Ia juga membantu mengatasi masalah Senggugut atau Period Pain.

Vitamin C juga membantu mengurangkan stress.

Vitamin E


Vitamin E membantu mengurangkan simptom-simptom akibat ketidakseimbangan hormon seperti PMS (Pre-Menstrual Syndrome) atau kesakitan payudara.


Vitamin E membantu melancarkan pengaliran darah. Sekaligus mengurangkan masalah Senggugut.

B Complex


B Complex adalah vitamin anti-stress. Ia membantu wanita yang mengalami masalah Ovarian Cysts dengan meningkatkan keseimbangan hormon.

Ia juga membantu mengatasi masalah berkaitan kewanitaan seperti cramps dan senggugut, keletihan dan Edema (Gemuk Air atau Fluid Retention).

Magnesium


Magnesium adalah sejenis mineral yang sangat penting dalam mengurangkan kesakitan senggugut. Ia juga membantu mengawal tahap glukos dalam darah untuk pengidap Diabetes. Di samping itu, Magnesium juga membantu mengurangkan masalah rintangan insulin (insulin resistance) yang mana ianya adalah satu masalah biasa di kalangan wanita yang juga mempunyai masalah PCOS.

Milk Thistle Seed


Herba ini terbaik dalam menyokong keseimbangan hormon melalui fungsi HATI (Liver).

Pokok Susu Tisel (Milk Thistle)

Biji Benih Milk Thistle meningkatkan fungsi hati untuk membersihkan dan berkembang secara sendiri (regenerate itself). Hati adalah organ yang sangat penting sebab ia membantu menapis toksin serta hormon-hormon yang berlebihan dalam badan supaya dapat dikeluarkan. Ini dipanggil proses Detoksifikasi.

Multivitamin dan Multimineral


Multivitamin dan Multimineral yang berkualiti akan menjadi asas dalam program suplemen yang kita amalkan. Ini penting bagi memastikan badan kita mendapat 'segalanya' dalam kadar yang sederhana bagi memenuhi keperluan harian nutrien badan.

Zink


Mineral Zink sangat diperlukan dalam menguatkan sistem imun badan kita. Malah, Zink mempunyai fingsi penting dalam sistem reproduktif manusia. Ia membantu meningkatkan tahap kesuburan dengan membantu perkembangan telur yang normal.

Zinc membantu melindungi badan dari serangan radikal bebas serta menyokong perkembangan sel-sel yang sihat. Radikal bebas boleh merosakkan sel (DNA). Oleh itu, Zinc penting untuk menentang radikal-radikal bebas dalam badan kita.

Vitamin D


Kita boleh memperolehi Vitamin D secara percuma dari sinaran cahaya matahari. Tapi disebabkan bahaya sinaran uv, ianya suatu idea yang baik kalau kita boleh mendapatkan Vitamin D dari suplemen yang bagus dan diperbuat dari sumber yang natural.

Ostematrix dari Shaklee mengandungi sumber semulajadi Vitamin D
Cahaya matahari adalah sumber terbaik Vitamin D

Vitamin D amat penting dalam fungsi imun. Ramai wanita sekarang kekurangan Vitamin D sebab lebih banyak terkurung di dalam pejabat atau rumah. So, sebagai alternatif, kita boleh dapatkan Vitamin D dari suplemen.

Omega 3


Asid Lemak Omega 3 menyokong keseimbangan hormon. Tapi, pastikan kita mendapat ratio yang sihat antara Omega 3 dan Omega 6. Keseimbangan antara dua ni penting untuk kesihatan wanita. Minyak ikan adalah salah satu sumber terbaik Omega 3. Tapi pastikan suplemen minyak ikan yang kita makan adalah minyak ikan tulen 100% dan telah disaring dari bahan-bahan kimia berbahaya seperti plumbum, merkuri dan arsenik.

Omega Guard Shaklee ialah minyak ikan tulen 100%
Minyak ikan sumber Omega 3

Mencegah Lebih Baik dari Merawat

Rawatan secara semulajadi lebih bertujuan untuk pencegahan. Herba, Vitamin dan Suplemen boleh membantu bagi memastikan cysts terus mengecut dan tidak akan terjadi lagi.

Jadi, saya dapat simpulkan 2 key points penting dalam merawat Cysts dan PCOS iaitu:
  • Seimbangkan hormon
  • Sekat pertumbuhan sel tidak normal

Antara tips-tips untuk memperbetulkan tahap keseimbangan hormon ialah dengan:

  • Mendapatkan BMI yang ideal
  • Minum air kosong yang berkualiti secukupnya.
  • Elakkan mendapat plastic toxins dari penggunaan bahan plastik. Terutamanya yang mengandungi BPA dan polisterin.
  • Bijak mengawal stress
  • Gunakan biodegradable products
  • Kurangkan atau elakkan penggunaan produk penjagaan diri yang mengandungi tinggi chemicals. 
  • Makanlah ayam organik atau ayam kampung seperti ayam keluaran Az-Zain

Dengan mencapai keseimbangan hormon, ini akan meningkatkan peluang untuk hamil juga. In sha Allah.. Apapun, kita janganlah hanya berharap pada suplemen dan vitamin semata-mata.. Cubalah amalkan diet yang sihat dan seimbang serta senaman. 

Bersenam membantu wanita yang mengalami masalah Ovarian Cysts dan PCOS
Bersenam walaupun hanya 30 minit sehari tetapi konsisten

Kalau ada pertanyaan, atau nak share info atau pengalaman, boleh tinggalkan komen di ruangan kat bawah ni ye ;)

Boleh juga hubungi saya, Sue di 017-361 6140

Terima kasih sudi singgah blog saya ni ye :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Pertanyaan...?

Name

Email *

Message *