Thursday, 20 July 2017

Masalah Kegatalan di Faraj Tiada Lagi. Apa Yang Saya Ikhtiar?

Alhamdulillah sangat-sangat. La ni saya dah bebas sepenuhnya dari masalah gatal-gatal di faraj. 100% dah pulih rasanya. Ni dah masuk minggu ketiga. Langsung rasa gatal sikit pun takdak. Beraya haritu pun ya Allah selesa sangat berjalan ke sana sini.

Kalau tidak, ya ampun dia punya gatal memang tak tertanggung. Sampai nak jalan pun dah macam hape. Sampai senget-senget menahan gatal ya hamat.

Bayangkanlah selama hampir 8 bulan saya terseksa dengan masalah Jangkitan Kuman di Vagina. Saya tetap tak putus asa ikhtiar dengan bermacam cara dan benda. Cakap jelah apa. Semua saya dah cuba. Dari ubat klinik sampailah ke jamu. Siap bertangas bagai. Semata-mata nak cepat sembuh.

Kefir Susu.. Apa tu?


So, satu hari ni, macam biasalah saya dok scroll Facebook. Masa tu lagi beberapa hari nak raya. Masa tu saya dah habis punca nak ikhtiar. Tiba-tiba lalu di newsfeed, iklan tentang Kefir Susu Kambing. 

Kefir? Saya tak pernah dengar perkataan tu sebelum ni. Susu kambing biasalah dengar. Tapi, kefir? Benda baru ni..

Padahal sebenarnya kefir ni bukanlah benda baru pun. Kefir dah wujud sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi. 

Oklah, saya pun scroll baca apa khasiat kefir ni. Tuu dia depa cakap kefir ni bagus untuk masalah kulit. Malah, yang lebih buat saya tertarik ialah kefir ni mengandungi berkali-kali ganda probiotik berbanding yogurt biasa. Wowww!

Saya punyalah pulun yogurt setiap hari untuk mendapatkan manfaat probiotik supaya gatal-gatal cepat baik. Rupa-rupanya kefir ni lagi power kandungan probiotiknya.

So, apa lagi. Saya pun cepat-cepatlah dapatkan contact agen mereka yang terdekat. Korang boleh singgah Facebook Page Malaysian Kefir untuk maklumat lanjut.

Kefir Susu Kambing boleh membantu menyembuhkan masalah kegatalan di vagina

Saya beli 5 botol Kefir Susu Kambing. Sebotol harga RM12. Masa tu ada promo, so dapatlah sebotol RM10. Tapi delivery charge kena RM10. Sebab agen tu nak kena hantar dari Shah Alam ke Puchong.

Kenapa beli sampai 5 botol? Sebab agen tu sarankan kena try konsisten minum at least untuk 5 hari untuk nampak kesan. Sebotol sehari. Separuh minum pagi. Separuh minum malam.

Bila dah dapat tu, memang tazabar nak cuba. Yelah. Dahlah nak raya kannn. Gatal-gatal masih belum baik sepenuhnya.

First time rasa kefir susu kambing tu, saya macam nak termuntah. Sebab rasa macam minum susu basi.

Masam dia ya Allah. Anak-anak hampir nak termuntah. Tapi saya tahankan aje. Sebab nak cepat baik punya pasal. So, korang yang dah biasa makan yogurt tu, maybe takde masalah nak minum kefir ni. Sebab rasa dia macam plain yogurt tapi dalam bentuk yang boleh diminum.

Sejak kena jangkitan faraj, saya dah biasa makan plain yogurt. So, alhamdullillah. Takdelah rasa teruk sangat. Lama-lama tekak dah boleh terima dengan redhoo.

Yeayyy Dah Tak Gatal Lagi!!

Tak kisahlah masam ke, macam susu basi ke. Yang penting sekarang ni saya dah tak perlu nak tergaru-garu lagi. Dah tak perlu nak terkepit-kepit lagi. Tak perlu menderita lagi. Sebelum balik kampung, saya cuma sempat minum 4 botol. Masa beraya di kampung, tengah sibuk-sibuk buat kerja tu, baru perasan dah beberapa hari takde rasa gatal di situu.

"Ehh awat takde rasa gatal langsung ni?"

Masa tu taknaklah rasa excited sangat. Sebab pernah jadik sebelum ni. Gatal hilang pastu datang balik. Sampailah dah balik ke rumah. Tetap takde rasa gatal. Masa dah sampai rumah tu, saya habiskan yang tinggal lagi sebotol tu.

Lepas tiga minggu balik dari kampung, gatal-gatal memang dah hilang entah kemana. So saya memang confident dengan izin Allah, kefir tulah asbab penyembuh jangkitan kuman di faraj yang saya alami selama ni. 

Lagi satu, beberapa hari selepas minum 4 botol kefir tu, saya agak terkejut melihat ada benda putih melekat di panty. Rupa keputihan tu seakan-akan cottage cheese. Korang try Google tengok camane rupa dia. Lebih kurang macam tulah.

Saya rasa itulah ibu yis kulat berkuman yang bersarang dalam salur vagina saya selama ini. Alhamdulillah. Harap-harap semua dapat di'flush' keluar oleh bakteria baik dalam kefir yang saya minum tu.

Kefir Susu Kambing Homemade


So, sekarang ni, saya masih lagi minum kefir susu kambing yang saya buat sendiri. Yes, memang kita boleh buat kefir susu sendiri. Dapat jimat banyak. Boleh share-share minum satu family. Buat dia pun senang jek.

Nak tahu cara buat kefir susu sendiri di rumah? Jom baca kat sini

Saya juga still maintain amalkan Multivitamin, Vitamin C dan Alfalfa setiap hari. Yelahh, risau kalau jangkitan tu akan datang balik. Trauma tau. So, kita kuatkan imun badan dengan vitamin dan suplemen yang perlu.

Kalau korang ada nak share atau tanya pape, tinggalkan jejak di ruangan komen kat bawah ni ye. Tq!

Boleh juga whatsapp saya, Sue di 017-361 6140.

Update 27/01/2018

Kefir susu kambing ni boleh juga sapu di bahagian vagina. Goncang dulu. Lepas tu sapu kefir kat area yang bermasalah. Saya rasa boleh jek ulang sapu berapa kali yang kita mahu. Especially selepas buang air dan sebelum tidur.

In sha Allah kefir ni selamat disapu banyak kali sebab dia bukan macam ubat. Kalau ubat memang kena ikut dos tertentu. Kalau takde kefir, sapu dengan plain yogurt pun boleh. Pastikan sapu yang plain sahaja. Jangan ada campuran buah-buahan dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Pertanyaan...?

Name

Email *

Message *