Sunday, 23 July 2017

Vitamin dan Suplemen Terbaik untuk Kesihatan Rahim Wanita

Menjaga kesihatan rahim (uterus) memang penting bagi seorang wanita. Tak kiralah, sudah berkahwin atau masih anak dara, kesihatan rahim mempengaruhi kesihatan hampir keseluruhan badan bagi seorang perempuan.

Bila rahim sihat dan terletak elok, kesannya boleh terpancar di muka kita. Muka akan merah berseri-seri. Badan pun cergas. Takdelah masalah prolapsed (rahim jatuh), keputihan, sakit-sakit badan, sakit pinggang dan sebagainya.

Gambarajah rahim dan organ-organ sistem reproduktif wanita
Rahim adalah 'Istana' Wanita


Umpama Sebuah Istana

Di negara China, mereka memanggil rahim sebagai 'Inner Palace'. Begitu pentingnya rahim seorang wanita. Bak sebuah istana, tempat di mana zuriat kita membesar dan mendapat segala nutrien yang dia perlukan sebelum lahir ke dunia.

Selain itu, rahim juga sangat penting bagi seorang wanita yang telah berkahwin. Ini kerana rahim merupakan 'network' bagi salur-salur darah dan urat saraf yang menyalurkan bekalan darah ke bahagian genital wanita iaitu vagina (faraj), labia (bibir faraj) dan klitoris untuk bertindakbalas apabila rangsangan seksual berlaku.

Oleh itu, rahim sangat penting supaya aktiviti klimaks atau orgasm bagi seorang wanita berjalan lancar dan juga memuaskan.

Bukan Kaki Jamu

Sebut tentang kesihatan rahim, mesti kita terus terbayang jamu, herba dan maajun. Kalau boleh makan jamu atau maajun, senanglah cerita. Boleh amalkan tanpa banyak masalah. Tapi bagaimana dengan wanita yang tak biasa dengan produk-produk tersebut?

Atau macam mana kalau jenis badan yang tak boleh tahan dengan jamu yang 'panas'? Ada yang sampai berdarah hidung sebab tak tahan panas dalam sebab makan jamu. Walaupun dah minum air berbotol-botol, tetap tak boleh lawan panas jamu.

Alternatif selain jamu untuk rahim yang sihat adalah vitamin dan suplemen berkualiti

Ada juga yang alergik dengan manjakani.

So, tak semua orang sesuai dengan jamu, herba atau maajun. Jadi, apa alternatif yang ada untuk wanita yang nak rahim sihat tapi bukan kaki jamu?

Walau apapun alasan, rahim tetap perlu di jaga dan dipelihara. Antara alternatif terbaik selain jamu dan maajun ialah dengan mendapatkan nutrien-nutrien penting dari sumber vitamin serta suplemen yang baik dan berkualiti untuk memelihara kesihatan rahim.

Vitamin dan Suplemen Terbaik untuk rahim yang sihat dan kuat terdiri daripada:

Antioksidan
Lemak-lemak Sihat
Multivitamin

Antioksidan

  • Antioksidan umpama benteng pertahanan kepada rahim dan organ-organ sekitarnya. Antioksidan akan meneutralkan radikal-radikal bebas, iaitu antara penyebab penyakit-penyakit berkaitan rahim seperti jangkitan kuman, Kanser Serviks, Kanser Rahim, Cysts dan Fibroids.
  • Antioksidan akan menguatkan sistem imuniti rahim dari serangan bakteria jahat dan virus.
  • Terdapat pelbagai pilihan antioksidan yang ada. Tapi antara pilihan yang terbaik adalah Vitamin C, Vitamin E, Karotena dan Resveratrol atau Polifenol.
  • Pilihlah vitamin dan suplemen yang diperbuat dari sumber semulajadi, organik dan bebas GMO.
  • Untuk vitamin E, pastikan suplemen tersebut lengkap dengan kandungan Selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E ke dalam badan.

Lemak-Lemak Sihat

Minyak ikan sumber omega 3
Minyak ikan tulen antara sumber terbaik Omega 3

Bila sebut lemak, mesti semua terbayang badan yang gemuk, besar. Tapi bukan semua lemak tu tak bagus. Dan bukan semua lemak itu menggemukkan. Ada dua jenis lemak sihat yang penting dalam memelihara kesihatan rahim iaitu Asid Lemak Omega 3 dan Omega 6.

Berdua Lebih Baik

Banyak pakar kesihatan mengatakan kedua-dua lemak sihat ini mempunyai sinergi (synergy) jika diambil bersama. Maksudnya, kesan manfaat kedua-dua lemak ini adalah lebih baik jika diambil bersama berbanding jika hanya mengambil salah satu. Perkara ini sama juga dengan Vitamin C dan E.

Omega 3
  • mengandungi DHA dan EPA yang penting dalam kesihatan wanita secara keseluruhan.
  • membantu menyusun atur keseimbangan hormon wanita.
  • meningkatkan pengaliran darah ke bahagian rahim.
  • bantu normalize kitaran haid yang tidak teratur.
  • mempunyai fungsi anti-inflamasi atau anti keradangan. Fungsi ini amat penting bagi meredakan masalah keradangan di bahagian rahim. Keradangan rahim biasanya berpunca daripada jangkitan kuman contohnya Endometritis, Keradangan Pelvik (Chlamydia, Gonorrhea) dan Cervicitis.

Omega 6
  • mengawal selia hormon Estrogen.
  • meredakan simptom PMS seperti senggugut, mood swing, retensi air dan kesakitan payudara.
  • melambatkan menopaus
  • merangsang peredaran darah yang sihat
  • meredakan keradangan rahim
  • memulihkan kesihatan rahim terutama selepas bersalin
  • diperlukan dalam pengeluaran Prostaglandin E (PGE2). PGE2 memainkan peranan penting dalam mengawal selia keseimbangan hormon wanita.
Sumber semulajadi Lemak baik iaitu omega 3 dan omega 6 ialah kekacang, ikan salmon.
Sumber semulajadi Lemak Omega 3 dan 6


Multivitamin dan Multimineral

Kalau ikut dari pesanan Doktor Hamid Arshat (Pakar Sakit Puan), antara suplemen yang penting bagi penjagaan rahim yang sihat adalah dengan mengamalkan multivitamin yang bagus dan berkualiti.

Multivitamin tersebut mestilah mengandungi gabungan formulasi terbaik antara vitamin-vitamin dan mineral-mineral yang penting bagi memenuhi keperluan nutrien harian seorang wanita.

Fungsi multivitamin adalah untuk mengisi lompong-lompong kekurangan nutrien dalam badan wanita akibat corak pemakanan yang tidak sihat. Multivitamin yang baik akan membantu memulihkan dan menyihatkan rahim. In sha Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Pertanyaan...?

Name

Email *

Message *