Sunday, 6 August 2017

Jantung Berdebar-debar, Rupa-rupanya GERD!

Perkara ni terjadi beberapa bulan yang lepas. Macam biasalah rutin harian membuat kerja-kerja rumah. Almaklumlah, suri rumah sepenuh masa.

Adalah dalam dua tiga hari tu saya perasan yang jantung ni sekejap laju, sekejap ok. Bila tetiba dia berdegup laju tu, kita memang akan cepat letih. Bayangkanlah. Macam buat kerja sambil berlari. Sampai terduduk termengah-mengah dibuatnya.

Serangan Jantung?

"Ehh Aku ni kena sakit jantung ke? Biar betul ni. Muda-muda takkanlah dah sakit jantung".

Jantung berdebar-debar: Sakit Jantung atau Pedih Ulu Hati?

Mula-mula macam boleh tahan lagi. Bila masuk hari kedua, ketiga, jadik lagi kerap. Dan bila dia mai tu, semakin berdegup laju. Sampai kembang kuncup idung ni lah macam tak cukup oksigen. Mane nak disedut, mane yang nak dihembus.

Bila tengah macam tu, saya akan duduk atau baring dan cuba relaxkan diri. Lamaaa jugak pernafasan nak stabil balik. Benda ni jadik tak kira masa. Tetiba jek jantung akan berdegup laju. Selepas beberapa minit, ok.

So, bila dah makin teruk sampai tak boleh nak buat kerja pape, saya rasa panik jugaklah. Terus call suami mintak tolong dia balik cepat. Sampai jek rumah, suami cadangkan pergi hospital terus. Oklah. Saya mengikut jek sebab dah tak larat nak tercungap-cungap dahh.

Sampai di hospital, doktor cadangkan buat blood test, x-ray dan ECG. Ok, saya setuju. Dah dapat result, doktor panggil balik masuk bilik. Punyalah suspen nak tau result.

"Puan ok jekkk. Semua result normal".

"Hahhh? Semua NORMAL?!!"

"Puan stress ke? Puan keje apa?" 

"Saya takde stress-stress. Takde tension-tension punn. Saya suri rumah jek".

"Anak berapa orang?"

"Anak tiga orang jek. Habihtu, kenapa dengan saya ni doktor?"

"Saya rasa puan ni ade masalah GERD. Takpeee, puan balik dulu dan cuba makan ubat ni selama 10 hari. Saya rasa lepas ni puan mesti ok. Kalau tak ok jugak, datang balik jumpa saya".

Ubat untuk GERD

So, balik rumah, saya buatlah macam yang doktor tu pesan. Doktor juga pesan supaya control pemakanan. Ada beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan.

So, lepas beberapa hari, simptom 'Sakit Jantung' saya tu pun berkurang. Sampai sekarang saya masih lagi elakkan beberapa jenis makanan supaya kejadian 'Heart Attack' tu takkan berulang lagi. hehe

Ingatkan Heart Attack. Hamek kaww. Padahal sebonarnya cuma GERD.

Apa tu GERD? Sakit apa tu? Orang cakap GERD ni sakit zaman moden. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca kat sini: 'Sakit Jantung' atau GERD?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Pertanyaan...?

Name

Email *

Message *