Friday, 11 August 2017

'Sakit Jantung' atau GERD?

Lepas terkena 'Serangan Sakit Jantung', doktor cakap maybe saya cuma ada masalah GERD. Boleh baca pengalaman saya di sini. Sebab semua test menunjukkan results yang normal. Sooo bukanlah sakit jantung hokkey. Dah cuak sebenarnya haha. Apapun, alhamdulillah ianya bukan sakit yang kronik. Cuma kena sakit zaman moden jekkk.

Ya, GERD dikatakan sebagai sakit zaman moden. Maybe disebabkan keadaan zaman sekarang yang serba-serbi bergerak dengan pantas. Lantas kehidupan kita pun sibuk dan terkejar-kejar. Almaklumlah. Takut tertinggal di belakang.

Bila hal ini berlaku, makan minum pun tak terjaga. Sebat mana yang sempat. Kalau terlalu sibuk, sampai terlupa nak makan. Bila keadaan ni dibiarkan berlarutan, timbullah pelbagai penyakit. Antaranya, GERD.

Apa itu GERD?

Saya cuba google sana sini info tentang GERD dan apa kaitan dia dengan 'Sakit Jantung' yang pernah saya alami sebelum ni.

Ok. GERD ni nama panjang dia ialah Gastro-Esophageal Reflux Disease. Fuhh Boleh terkehel lidah nak sebut. 

Seperti yang kita tahu, bila kita makan, perut akan merembeskan asid. Asid perut ni membantu mencerna makanan yang kita makan. So, GERD ni terjadi bila asid perut masuk ke dalam salur makanan, iaitu Esofagus. 

Bila keadaan ni selalu terjadi, ia akan menyebabkan keradangan di bahagian pintu yang terletak di sempadan antara esofagus dan perut. Pintu ni ialah sejenis otot yang berfungsi sebagai 'pintu sehala' (one-way gate) yang membenarkan makanan lalu untuk masuk ke perut.

GERD, Pedih Ulu Hati, Asid Refluks

Bila 'pintu' ni semakin lemah berfungsi, asid perut boleh termasuk ke laluan makanan (Esofagus). Asid refluks nilah yang menyebabkan Pedih Ulu Hati.

Bila Ia Terjadi?

Benda ni biasanya terjadi selepas kita makan. 

Apa Simptom-Simptom GERD?

  • Pedih Hulu Hati
  • Tekak rasa pahit payau
  • Sakit yang tajam di bahagian dada. Rasa macam kena cucuk dengan pisau pun ada.
  • Dada rasa tak selesa

Tapi kannn yang peliknya, kenapa saya seakan-akan terkena serangan jantung (tiba-tiba jantung berdegup laju) tapi sebenarnya hanyalah GERD? Dan benda ni boleh terjadi tak kiralah saya sedang melakukan apa-apa aktiviti atau cuma sedang berehat.

Jantung berdegup laju secara tiba-tiba

Satu artikel yang saya baca dalam website utusan.com.my, ada menerangkan tentang GERD ni:

"Kesakitan atau ketidakselesaan di dada berpunca daripada kumpulan sel-sel saraf berhampiran jantung yang dikongsi bersama salur esofagus. Kumpulan sel-sel saraf ini dikongsi memandangkan esofagus melalui belakang jantung sebelum bercantum ke perut."

"Disebabkan kedudukan struktur seperti ini, kita tidak akan berasa sakit di perut tetapi akan merasa sakit pada tengah dada dan kerap kena pedih hulu hati. Kita juga akan kerap merasa masam (akibat asid perut) atau pahit di dalam mulut akibat masalah refluks asid ini."

Sebab tulah, orang yang ada masalah GERD ni, boleh mendapat seakan-akan serangan jantung iaitu jantung berdebar-debar secara tiba-tiba. Terutamanya selepas makan.

So, apa yang boleh kita buat untuk merawat atau mengurangkan masalah GERD ni?

Tukar Cara Hidup

Jangan buat:
  • Jangan pakai seluar atau kain yang terlalu ketat.
  • Jangan pakai bengkung atau apa-apa yang sewaktu dengannya.
  • Jangan pakai tali pinggang terlalu ketat.
  • Jangan angkat benda berat atau apa-apa aktiviti yang membebankan perut selepas makan.

Buat:
  • Cuba berdiri atau duduk dengan belakang yang lurus atau tegak.
  • Amalkan postur tidur yang baik.
  • Bila berbaring atau tidur, tinggikan kepala sedikit kira-kira 15 cm.
  • Cuba capai BMI yang sihat.
  • Amalkan senaman yang bersesuaian.

Ubah Corak Pemakanan

Elakkan:
  • Makanan berlemak tidak sihat dan bergoreng.
  • Alkohol
  • Coklat (feveret nihh)
  • Merokok
  • Minuman tinggi kafein seperti kopi.
  • Makanan tinggi gula putih seperti kek
  • Makanan pedas-pedas (oh tidaaak!!!)
  • Buahan citrus seperti lemon (hmm..)

Makan:
  • Kunyah secara perlahan
  • Dalam kuantiti yang sikit tapi kerap
  • Elak makan lewat malam
  • Elak makan sebelum tidur malam
  • Amalkan vitamin atau suplemen yang membantu merawat dan mengurangkan masalah GERD

So, saya harap korang dapatlah sedikit manfaat dari perkonsian saya ni yeee. Kalau ada nak tanya-tanya, boleh wassap saya, Sue di 017-361 6140.

Kalau ada nak tambah info atau pengalaman, boleh share di ruangan komen di bawah ni ye. Tq ;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Pertanyaan...?

Name

Email *

Message *