Friday, 8 September 2017

Penjagaan Luka Bersalin Czer Supaya Cepat Baik

Semasa saya berpantang anak yang sulung, adik perempuan saya dan arwah mak mertua yang jaga. Masa tu kena bersalin operate (czer).

Antara bersalin czer dan normal
Bersalin czer ni memang payah sikit kalau nak berpantang sendiri. Saya tak tahulah orang lain. Tapi lepas keluar hospital, bahagian perut yang kena operate tu masih sakit. So, agak payah kita nak bergerak.

Nak bergerak pun rasa ngeri jekk. Rasa ngilu sangat. Sebab suka bayangkan yang bukan-bukan. Nanti jahitan terngangalah. Darah memancut-mancut keluarlah. Macam-macamlah benda mengarut yang saya bayangkan.

Tambah pulak luka czer ni orang cakap lagi susah nak baik sebab banyak luka dalaman yang kita tak nampak. Mommy-mommy tau tak yang luka di lapisan otot rahim ambil masa dalam 4 hingga 6 minggu nak baik?

Boleh ke Luka Bersalin Czer Cepat Baik?

In sha Allah boleh baik cepat. Antara perkara yang mommy perlu buat ialah:

1. Menyusu Badan

Kalau boleh, berikan susu badan kepada baby. Sebab, breastfeeding akan membantu percepatkan proses pengecutan rahim kepada saiz asalnya. Ini sekaligus akan membuatkan luka czer cepat baik.

Menyusu badan antara cara terbaik supaya luka czer cepat sembuh

2. Banyakkan Bergerak

Sebaik sahaja doktor bagi kebenaran, kita boleh bergerak but keep it slow and steady. Pergerakan ini akan membantu meningkatkan peredaran darah. Semakin lancar peredaran darah, semakin cepatlah luka czer akan baik.

Walaupun doktor dan misi kat hospital pesan kena banyak bergerak, takkanlah kita nak terus melompat-lompat kann. Memang kena banyak bergerak supaya luka czer cepat baik. Ini memang betul. Tapi tengok pada jenis pergerakan juga.

Yang terbaik adalah:

✔ Elakkan naik turun tangga
✔ Elak membongkokkan badan
✔ Bergerak naik turun katil dengan perlahan
✔ Jangan angkat benda yang lebih berat dari baby
✔ Banyakkan berjalan secara perlahan-lahan
✔ Bersin atau batuk dengan kejapkan (hold) perut dahulu
✔ Buat kerja rumah yang ringan

3. Luka sentiasa kering dan bersih

Mommy kena pastikan luka bersalin sentiasa kering dan bersih. Ini juga penting untuk mengelakkan berlakunya jangkitan kuman di bahagian luka.

Dulu, lepas mandi saya pakai hairdryer dan kipas meja. Hairdryer tu setting pada yang paling low. Semasa proses mengering, jauhkan sedikit hairdryer dari luka. Janji dapat rasa angin panas sikit sudah memadai. Tak perlu buat lama-lama sangat.

4. Minum Air Kosong / Suam yang Berkualiti dan Bertapis

Minum air yang mencukupi penting untuk mengelakkan masalah SEMBELIT dan BUASIR yang menyeksakan semasa berpantang.

5. Makan Nutrisi yang Baik dan Seimbang

Ada pelbagai mazhab dalam berpantang ni. Ada yang cakap ini boleh. Yang lain cakap tak boleh pulak. Yang paling penting, mommy mesti pastikan mendapat FIBER yang mencukupi setiap hari. Terutama pada minggu pertama berpantang.

Diet seimbang selepas bersalin czer

Sebabnya, nak elakkan SEMBELIT. Dan lagi satu yang paling kita nak elakkan ialah BUASIR. Sembelit dan Buasir adalah antara benda yang paling ditakuti oleh mommy yang berpantang. Especially yang bersalin operate.

Elakkanlah sembelit sebab kita nak elak dari meneran semasa membuang. Bila kita dok meneran, perkara ni boleh beri tekanan pada jahitan dan rahim.

Bila dah duduk tu, cuba tarik nafas dalam-dalam dan hembus melalui mulut. Ehhh. Macam nak beranak jek. Tulah. Bukan nak bersalin jek kena guna teknik pernafasan. Masa nak membuang pun kita boleh amalkan teknik yang sama tau.

Betulll. Tak percaya, cuba try dulu. Hasilnya pasti sangat memuaskan. Konpem turun laju jek. Tak payah nak teran-teran.

Kalau rasa macam susah nak makan makanan tinggi fiber setiap hari, saya cadangkan suplemen Magnesium. Magnesium sangat-sangat berkesan untuk melembutkan najis. Magnesium juga merehatkan otot-otot usus supaya melancarkan pergerakan najis untuk keluar.

Nutrisi penting supaya luka czer cepat sembuh ialah:

✔ Fiber - contohnya sayur hijau, beras perang, oat, roti whole-wheat.
Kalsium dan Magnesium - contohnya susu segar, soya bebas GMO, sayuran hijau.
✔ Lemak sihat seperti Omega 3 - minyak ikan, chia seed.
✔ Makanan anti-radang seperti kunyit, minyak ikan dan minyak zaitun (olive oil)
✔ Protein - ikan, ayam (buang kulit), soya bebas GMO
✔ Zinc - ikan haruan segar (bukan pati), sayur bayam, ayam
Multivitamin - pelengkap nutrisi harian
B Complex - mengandungi Asid Folik
Vitamin C - Terbaik diambil bersama Zat Besi (Iron)
✔ Probiotik seperti Gum Arab (Al-Manna), Susu Kefir, Yogurt

Nutrisi-nutrisi ni bukan saja penting supaya luka czer cepat sembuh. Malah nutrisi seperti protein soya membantu memudarkan parut czer dan memberi tenaga kepada badan ibu berpantang.

Makanan kaya Magnesium
Mommy kat Malaysia ni boleh amalkan mana-mana yang sesuai

6. Berurut Tangan dan Kaki

Selepas bersalin, memang satu kemestian ibu-ibu berpantang berurut satu badan kan. Biasanya kita cuma berurut tiga hari berturut-turut. Ada juga yang mampu untuk berurut sehingga seminggu.

Tapi berurut bahagian tangan ni kita boleh buat sendiri. Untuk bahagian kaki, boleh minta sesiapa bantu urutkan. Urutan di tangan dan kaki amat membantu mengurangkan kesakitan di tempat pembedahan dan melancarkan peredaran darah.

Berpantang dengan baik, in sha Allah takkan ada masalah


Walau apapun, mommy semua mesti confident yang jahitan tu kuat. Teknologi perubatan dah semakin canggih sekarang ni. So, jangan risau yang bukan-bukan ok. As long kita berpantang dengan baik, in sha Allah luka czer akan cepat baik.

Lagipun, manelah tau nanti ada rezeki mengandung atau 'termengandung' lagi, so mommy-mommy takdelah risau yang bukan-bukan kann. Sebab kita dah buat yang terbaik supaya luka czer cepat sembuh.

Saya berharap perkongsian ini akan dapat memberi manfaat kepada mommy-mommy semua. Kalau nak bertanya tentang Set Berpantang Shaklee atau Set Menyusu, boleh whatsapp saya,

Sue di 017-361 6140

Kalau ada info nak tambah atau pertanyaan, boleh komen kat bawah ni ye. Tq :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Pertanyaan...?

Name

Email *

Message *