Tuesday, 17 October 2017

HB Low (Anemia) Semasa Mengandung

Apa itu Hemoglobin (HB)?

Hemoglobin ialah sejenis protein dalam sel darah merah. Fungsi hemoglobin ialah mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh badan.

Bagaimana masalah HB Low boleh terjadi semasa mengandung? Apa punca dia?

Masalah hb low ketika mengandung biasanya disebabkan oleh kekurangan Iron (Zat Besi) dalam badan ibu. Iron diperlukan untuk menghasilkan hemoglobin.

Naikkan hb dengan Set Kehamilan Shaklee

Bagaimana Iron boleh berkurangan dalam badan ibu?


1. Bekalan Iron kurang sebelum mengandung

Sebelum mengandung, badan ibu tidak menyimpan bekalan iron yang mencukupi. Jadi apabila disahkan hamil, badan ibu perlu menghasilkan darah 50% lebih banyak dari biasa.
Jadi bila keperluan darah meningkat, bekalan Iron dalam badan ibu pula tak boleh nak support keperluan baru ni. So, masalah Anemia pun terjadi.

2. Kurang Zat Besi dalam diet ibu

Keadaan ini akan bertambah buruk apabila ibu kurang mengambil makanan yang kaya dengan zat besi semasa tempoh kehamilan.

3. Baby ambil semua Zat Besi yang dia perlukan dari badan ibu

Semasa dalam kandungan, baby tidak disediakan Iron untuk membina darahnya. Untuk membina sel darah merahnya, baby perlu mengambil Iron dari badan ibunya.

Kalau badan ibu sihat, dapatlah ibu bekalkan zat besi yang mencukupi untuk baby dalam kandungan. Baby juga akan simpan sedikit zat besi ni sebagai bekalan untuk keperluan badan dia selepas dia dilahirkan nanti, sehinggalah dia mendapat bekalan zat besi dari makanan atau susu ibu.

Tanda-tanda ibu hamil mengalami masalah HB rendah:


  • Kelesuan, keletihan yang melampau
  • Badan lemah
  • Sesak nafas
  • Palpitations - satu keadaan di mana ibu berasa jantung tiba-tiba berdegup laju atau degupan tidak tetap.
  • Pitam
  • Sakit kepala
  • Pening
  • Pucat


Normal ke masalah ini terjadi semasa mengandung?

Memang normal terutamanya bila ibu dah masuk trimester kedua dan ketiga dimana keperluan sel darah merah semakin meningkat seiring dengan pertumbuhan baby dalam perut ibu.

Apa risiko kepada ibu jika masalah ini berlarutan?

Mungkin ibu perlukan pemindahan darah semasa proses bersalin atau hadapi masalah depression (meroyan) selepas bersalin.

Apa risiko kepada baby dalam perut jika masalah ini berlarutan?


  • Pertumbuhan baby yang tidak sihat dalam kandungan ibu.
  • Baby lahir pra-matang.
  • Kurang berat badan semasa dilahirkan.


Suplemen dan Vitamin Shaklee yang membantu menaikkan bacaan HB

B Complex

B Complex bantu naikkan hb ibu mengandung

Sesetengah wanita hamil, badan mereka kurang memberi tindakbalas dengan suplemen Iron. Maksudnya, dah makan pil Iron yang klinik kesihatan (kk) bagi tapi HB tak naik-naik juga.

Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kekurangan Asid Folik (Folate), Vitamin B6 dan B12 dalam badan ibu. So, cuba ambil suplemen Iron bersama B Complex. Sebab kandungan Asid Folik, Vitamin B6 dan B12 yang ada dalam B Complex akan membantu dalam penghasilan sel darah merah.

Vitalea (dengan Iron formula)

Vitalea Shaklee dengan Iron formula bantu masalah hb low

Multivitamin yang mengandungi Iron yang amat diperlukan untuk menghasilkan hemoglobin. Juga mengandungi vitamin-vitamin dan mineral-mineral penting untuk memenuhi keperluan nutrisi badan ibu sepanjang tempoh kehamilan.

Vita-C

Vitamin C bantu Iron diserap oleh badan ibu hamil

Terbaik diambil bersama Vitalea untuk meningkatkan penyerapan zat besi secara optimum. Plus, ibu pun boleh nikmati banyak lagi manfaat Vitamin C tau. Kulit pun tambah cantik berseri semasa pregnant.

Ostematrix

Ostematrix bantu atasi sembelit akibat pengambilan suplemen Iron

Pengambilan suplemen Iron boleh menyebabkan masalah sembelit. Jadi saya sarankan ibu ambil sekali Ostematrix untuk mengatasi masalah sembelit.

Bonus! Ostematrix juga dapat membekalkan kalsium kepada badan ibu untuk menampung keperluan yang mana kalsium ibu dah banyak ditarik oleh baby comel dalam perut tu.

Tips mengambil suplemen Iron:

  • Minum bersama jus prune atau jus oren untuk atasi masalah sembelit kerana peningkatan pengambilan Iron.
  • Suplemen Iron boleh membuatkan masalah loya bertambah teruk. Untuk atasi masalah ni, mommy perlu makan sikit-sikit tapi kerap. Contohnya kalau mommy selalu makan berat 3 kali sehari. Cuba bahagikan kepada 6 kali sehari. Tapi kecilkan portion menu tu.
  • Tunggu dalam sejam dua sebelum minum susu kerana kandungan kalsium dalam susu boleh mengganggu proses penyerapan Iron dalam badan.
  • Tunggu sejam dua sebelum minum kopi atau teh. Kerana kafein juga boleh mengganggu proses penyerapan Iron dalam badan ibu.

Pengalaman Sendiri

Ikut dari pengalaman sendiri, vitamin Shaklee memang sangat-sangat membantu saya untuk naikkan HB. Saya ni memang ada masalah tekanan darah rendah. So bila pregnant, badan jadi lembik habis. HB jangan ceritalah. Lowww memanjang.

Satu kerja hape pun tak boleh buat. Asyik melepekkk jek atas katil. Bila bangun kepala rasa melayang. Berpusing-pusing rasa bumi ni. Tekak nak makan apa pun langsung tak lalu.

Semasa mengandung anak pertama dan kedua, saya belum kenal Shaklee lagi. Masa mengandung anak nombor tiga, saya dah standby siap-siap Set Kehamilan Shaklee. ESP, Peppermint, Vitalea dan B Complex memang WAJIB ada! 

So, alhamdulillah. Memang berbeza sangat. Walaupun badan still lagi lemau-lemau, tapi bacaan HB saya ok. Kalau turun pun, setakat 11.0 camtu. 

Bacaan HB cantik selepas amalkan Set Kehamilan Shaklee
2009 pregnant anak kedua. 2015 pregnant anak ketiga

Biz Shaklee ni kita bukan setakat nak menjual, tapi kita nak bantu orang lain yang ada masalah yang sama dengan kita. Kalau konsisten amalkan vitamin yang sesuai, rajin minum air kosong, bacaan hb akan cantik jekk. In sha Allah.

Nak cuba vitamin Shaklee untuk naikkan HB? Boleh terus wassap saya, Sue di 017-361 6140.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Pertanyaan...?

Name

Email *

Message *