Saturday, 28 October 2017

Rawat GBS Semasa Mengandung Secara Semulajadi

Apa itu GBS?

Group B Streptococcus atau senang kita sebut GBS, ialah sejenis bakteria yang boleh didapati pada semua wanita dewasa. Termasuklah wanita mengandung.

Bakteria GBS ni biasanya ada jek duduk dalam salur usus, faraj atau rektum (salur najis) kita. Bakteria jenis ni SECARA UMUMNYA tidak berbahaya kepada ibu mengandung.

So, bakteria GBS ni sebenarnya normal. Semua orang ada. Tapi yang jadi masalah ialah bila bakteria GBS ni menjangkit kepada baby semasa kita bersalin.

Rawat GBS ketika hamil secara semulajadi

Risiko Jangkitan GBS

Pada sesetengah wanita, GBS ni boleh mengakibatkan beberapa masalah semasa mengandung dan selepas bersalin. Antara risiko GBS ini adalah:
  • Sesetengah ibu boleh mengalami masalah keputihan yang teruk semasa hamil
  • Jangkitan pada pundi kencing dan salur kencing pada ibu semasa mengandung atau selepas bersalin
  • Mendatangkan komplikasi kesihatan kepada bayi yang dijangkiti seperti Sepsis (jangkitan dalam darah baby) dan Pneumonia (jangkitan paru-paru).

PEMBAWA GBS

Kita cuma boleh tahu yang kita ni pembawa GBS kalau dah buat test. Doktor akan ambil sikit cecair keputihan kita sebagai sample dan buat test. Bila keputusannya adalah positif, ini bermakna ibu adalah PEMBAWA (carrier).

Tapi walaupun ibu adalah pembawa, tidak semestinya ibu dan baby akan mengalami masalah kesihatan atau sakit. Sebab banyak juga kes si ibu adalah pembawa GBS. Tapi bila bersalin, alhamdulillah baby tidak dijangkiti GBS.

Ada juga kes ibu hamil yang tak sedar pun dia adalah pembawa bakteria GBS ni. Tahu-tahu lepas bersalin, baby dijangkiti GBS. So, risiko dia tetap ada. Jalan paling selamat adalah buat test GBS ni bila kita dah masuk 35 minggu mengandung.

Kenapa 35 minggu?

Sebab bakteria GBS ni datang dan pergi. Sekejap dia ada. Sekejap dia takde. Ehh macam biskut plak kan. Sebab tu penting untuk kita buat test GBS di hujung kehamilan (antara 35 minggu ke 37 minggu) bagi mengesahkan yang kita ni pembawa GBS atau tidak.

Rawatan Antibiotik

Bila confirm ada GBS, ibu akan diberi rawatan antibiotik semasa hendak bersalin. Dengan cara ni kuranglah risiko GBS tu nak menjangkit kat baby. Tapi leceh sikitlah bila doktor on antibiotik. Sebab depa akan masukkan antibiotik tu melalui drip (IV).

Rawatan antibiotik untuk GBS melalui IV drip

Dengan kita nak menahan sakit contraction lagi. Dengan nak meneran lagi. Silap haribulan, mau direntapnya tali drip tu kang. haha

Baby dijangkiti GBS

Kalau baby dah dijangkiti, baby akan terus dimasukkan ke NICU untuk diberi rawatan antibiotik. Mungkin dua hari. Mungkin seminggu. Mungkin dua minggu. Tengok pada tahap kesihatan badan baby.

Pasrah jelah nak berulang alik dari rumah ke hospital nak tengok dan menyusukan baby. Dengan nak jaga luka bersalin lagi. Mintak dielakkanlah ye.

Tapi kenapa baby tidak dijangkiti GBS semasa dalam kandungan ibu?

Masa baby masih dalam kandungan ibu, baby terselamat dari bakteria GBS ni sebab mendapat perlindungan daripada kantung baby dan air ketuban.

Rawatan GBS secara Semulajadi

Cara yang lebih natural untuk membanteras bakteria GBS ni ialah dengan mengamalkan makan bawang putih dan perbanyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan Vitamin C.

Makan bawang putih bantu rawat GBS ketika hamil

Rawatan secara natural ni boleh membantu:

✔ Mencegah kehadiran bakteria GBS semasa ujian awal
✔ Membasmi kehadiran bakteria GBS selepas test positif
✔ Sebagai alternatif kepada rawatan antibiotik semasa hendak bersalin
✔ Sebagai antibiotik semulajadi yang selamat diamalkan semasa mengandung

Kenapa Bawang Putih dan Vitamin C?

Bawang putih ialah sejenis herba yang mempunyai kuasa penyembuhan yang sangat menakjubkan. Ia adalah antibiotik semulajadi dan boleh membantu membunuh bakteria jahat disamping memelihara bakteria baik dalam badan.

Selain tu, yang bagusnya bawang putih ni, dia juga membantu mencegah serangan virus, kulat dan yis.

Bawang putih juga ialah antara sumber Prebiotik terbaik. Fungsi prebiotik ni ialah sebagai 'makanan' kepada bakteria baik (Probiotik). Jadi, ini menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam badan kita terutamanya usus.

Vitamin C pula ialah salah satu antioksidan yang sangat kuat. Ia membantu menguatkan sistem imun kita daripada serangan bakteria jahat.

Selain dari telan bawang putih segar dan makan buah-buahan, mommy juga boleh cuba amalkan Garlic Complex dan Vita-C dari Shaklee.

Garlic Complex Shaklee diperbuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik. Setiap dua tablet Garlic Complex membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang menyamai dengan dua ulas bawang putih segar.

Garlic Complex bantu rawat GBS dan keputihan ketika hamil

Manakala Vitamin C Shaklee pula diekstrak dari buah-buahan yang kaya dengan vitamin C. Setiap tablet vitamin C Shaklee mengandungi 7.5 biji buah termasuk kulitnya. Kulit buah ni kaya dengan antioksidan Bioflavonoids tau.

Vitamin C bantu rawat GBS ketika hamil

Selalu kalau makan buah, kita buang jek kan kulit dia kan. Padahal kulit buah tulah yang kaya dengan Bioflavonoids. So, dalam Vitamin C Shaklee ni lengkap dengan khasiat Vitamin C dan Bioflavonoids yang diekstrak secara semulajadi serta organik.

Kalau nak cuba Garlic Complex dan Vita-C Shaklee, boleh dapatkan daripada saya ye. Terus whatsapp saya, Sue di 017-361 6140. Atau tinggalkan jek komen kat bawah ni.

Terima kasih sudi singgah blog saya ni ye :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Pertanyaan...?

Name

Email *

Message *