Selain dari perubahan hormon, punca sakit gigi semasa hamil juga ialah kerana kekurangan kalsium dalam badan ibu. Yelahh. Kalsium dah kena tarik oleh baby comel dalam perut mommy untuk pertumbuhan dia. Redha dan pasrah jelah.
Selain redha dan pasrah, apa lagi yang mommy boleh buat untuk redakan sakit gigi?
Minum Susu
![]() |
Saya suka minum susu hat ni. Sedappp |
Salah satu ikhtiar yang ibu hamil boleh usaha ialah dengan minum susu banyak-banyak. Ibu hamil perlukan kira-kira 1,000 mg Kalsium sehari. Segelas susu penuh krim (250 ml) mengandungi kira-kira 300 mg Kalsium.
Oleh itu, seeloknya preggy mommy perlu minum dalam 4 gelas susu sehari.
4 gelas susu sehari ??!
"Alahaiii. Tak lalunya nak minum susu. Saya memang jenis tak boleh minum susu. Kalau minum, mesti muntah balik.."
Ok. Ikhtiar kedua ialah ambil pil kalsium.
Pil Kalsium
Baru-baru ni saya ada bersembang dengan sorang kawan. Dia pun mengalami sakit gigi. Sampai besar sebelah muka dia sebab gusi dah bengkak.
Dia cerita yang dia cuba minta pil kalsium daripada KK tempat dia buat check-ups. Misi cakap pil kalsium kena beli sendiri. Huhuu. Dulu memang KK boleh bagi. Tapi sekarang tak boleh dahh.
So, mommy perlu beli suplemen kalsium. Tapi pastikan beli yang berkualiti tau. Suplemen kalsium yang berkualiti mestilah lengkap dengan Vitamin D serta mineral -mineral penting seperti Magnesium.
Lagi satu. Pil kalsium tersebut mestilah diperbuat daripada bahan-bahan yang semulajadi. Bukannya sintetik. Barulah badan mudah menyerap kalsium secara optimum serta selamat diambil oleh ibu mengandung.
![]() |
Saya makan yang ni. Terbaekk! |
Berkumur dengan Air Garam
Mommy wajib berkumur air garam setiap kali selepas makan. Nak berkumur setiap dua-tiga jam sekali pun bagus. Sukatan dia: Segelas air suam dan satu sudu teh garam halus. Air garam ni antiseptik semulajadi.
Minyak Cengkih
Minyak Cengkih atau Oil of Cloves ni ialah antiseptik semulajadi. Dan selamat digunakan oleh ibu mengandung.
Minyak cengkih ni boleh beli dari kedai senseh (Kedai Ubat Cina). Tapi rasa kat farmasi pun ada jual. Tuam kat kapas atau facial cotton. Pastu tekap kat bahagian gigi yang sakit tu. Nanti akan rasa kebas-kebas kat situ.
Masa nak tekap tu, kena betul-betul. Jangan terkena tempat lain. Alamatnya kebas satu mulut pulak kang.
Tuam Panas atau Sejuk
Ambil tuala dan celup sedikit ke dalam air panas. Perah dan tuam kat pipi bahagian gigi yang sakit. Atau cuba tuam sejuk. Ambil tuala dan masukkan beberapa ketul ais batu. Kemudian tuamkan kat pipi yang sakit gigi tu.
Tuam panas atau sejuk juga boleh membantu mengurangkan sakit gigi.
Makan Ubat Tahan Sakit
Tak pastilah ikhtiar yang ni ok ke tak. Tahu jelah kann. Ubat-ubat ni ada bahan kimia. Ada dadah. Memanglah hilang sakit. Tapi sekejap jek. Bukan terus baik. Hilang kesan ubat, sakitlah balik.
Lagipun kita tak tahu apa kesan ubat-ubat ni ke atas baby dalam perut kita tuu. Mommy-mommy jangan main telan jek tau. Kalau terpaksa ambil pun, jangan ambil berlebihan. Pergilah jumpa doktor. Bukan hanya beli dan tanya dekat ahli farmasi sahaja.
Cabut Gigi
Biasanya trimester pertama dan ketiga tak boleh cabut gigi. Sebab ubat bius tu ada effect pada baby dalam kandungan. Kalau perlu rawat pun, mungkin boleh jika mommy dalam trimester kedua.
Itupun tengok apa kata doktor. Kadang ada sesetengah doktor pun tak mahu tanggung risiko cabut gigi ibu semasa hamil.
Lagipun sayanglah kalau gigi kena cabut. Gigi ni takde gantinya. Kalau setiap kali pregnant, kena cabut. Cabut pulak bukannya sebatang. Kadang sampai dua batang skali! Habislah rongak gigi mommy.
Nanti kang baru umur 40, dah kena pakai set gigi palsu yang untuk satu mulut tu. Yang nenek-nenek selalu pakai tu. Haruuu.
Pastikan Badan Cukup Bekalan Kalsium
So, pastikan semasa mengandung ni, kita mendapat bekalan kalsium yang mencukupi setiap hari. Taknaklah sakit gigi tu melarat sampai lepas bersalin. Kesian mommy-mommy nanti. Nak kena jaga luka jahitan. Dengan sakit giginya lagi.
Tambah pula dalam pantang nanti, kita juga perlu bersedia untuk breastfeeding.
Kalsium penting sangat tau untuk ibu mengandung dan menyusu badan. Ini juga bagi mengelakkan kita dari mendapat risiko Osteoporosis sebelum waktunya.
![]() |
Senyuman wanita ni tetap ceria dan ikhlas. Tapi takmolah gigi camni kann. |
Kalau ada pape pertanyaan, mommy-mommy boleh tinggalkan komen kat bawah ni ye. Nanti saya reply secepat mungkin.
Kalau nak terus wassap saya pun boleh: Sue 017-361 6140
Terima kasih ye sudi singgah blog saya ni :)
Selain tips-tips di atas, mommy kena kurangkan makan manis-manis ye. Stevia takpe. Lagi satu, makanlah Vitamin C. Vitamin C bagus untuk kesihatan gigi dan gusi kita :)
ReplyDelete