Thursday, 2 November 2017

Keputihan Semasa Hamil: Rawat Secara Semulajadi

Sesetengah wanita akan mengalami keputihan yang banyak semasa hamil. Walaupun perkara ni normal, tapi kita still kena tahu keputihan macam mana yang dikatakan NORMAL. Dan jenis mana yang tidak normal.

Keputihan yang normal biasanya cair, berwarna putih-putih susu dan sedikit berbau. Ada juga yang takde bau langsung. Cecair vagina yang keluar mungkin akan bertambah banyak seiring dengan tempoh kehamilan yang semakin dekat dengan kelahiran.

Yang tak normal ialah bila keputihan bertukar warna menjadi kekuningan atau kehijauan, pekat dan bentuk seakan-akan keju (cheese) serta berbau kuat. Ini menunjukkan yang berkemungkinan kita mendapat jangkitan di bahagian faraj.

Rawat keputihan ketika mengandung secara semulajadi

Apa yang boleh kita buat?


Rajin Tukar Panties atau Pantyliner

Silalah beli stok panties atau pantyliners banyak-banyak. Sebab kadang tu dekat tiga-empat jam sekali kena tukar. Kita kena pastikan yang kat bawah tu sentiasa bersih dan kering. Kalau lembap-lembap tu memang kuman tu sukalah. Tambah galak dia beranak-pinak.

Lagi satu, pakailah panties dari jenis kain Cotton ya. Sesekali nak seksi-seksi depan hubby pakai hat ada lace labuci-labuci tu bolehlah haha.

Tapi, untuk pemakaian harian pastikan pakai yang dari jenis Cotton. Kain jenis ni mampu serap peluh dan kelembapan dengan baik.

Pantyliner pula pastikan dari jenis yang TIADA herba. Jenis yang biasa jek. Sebab kita mengandung kann. Kalau tak mengandung, takpe.

Kalau nak pakai pantyliner dari jenis kain pun lagi elok. Saya memang pakai pantyliner dari jenis kain. Saya beli brand Snowdrop. Brand ni berkualiti dan tahan lama.

Pantyliner jenis kain berkualiti brand Snowdrop

Pantyliner jenis kain ni, lepas pakai terus boleh basuh tangan jek. Masuk mesin, 
spin sekejap. Lepas tu sidai. Sat jek kering. Boleh pakai balik. Jimat pun jimat untuk jangka masa panjang.  Nanti lepas bersalin pun boleh pakai.

Kurangkan Makan dan Minum Manis-Manis

Terutamanya gula putih. Sebab manis-manis ni makanan kuman tu. Tapi kalau pemanis semulajadi macam Stevia takpelah. 

Perlu ke Pakai Femimine Wash?

Kalau ikut pendapat saya, tak perlu kott. Lebih elok kita basuh jek guna air paip bersih. Selak-selak sikit bibir faraj guna jari. Ini pun dah memadai. Lepas keluar bilik air, lap kering bahagian kat bawah tu guna kain bersih yang serap air.

Korang kepit sikit kat bawah tu dengan kain. Kadang bila lap, tak betul-betul kering. hehe. Kalau nak keringkan dengan kipas pun boleh jekk.

Bilas dengan Air Rebusan Daun Sireh atau Air Garam


Daun sireh bantu rawat keputihan ketika hamil

Kalau rajin, rebus daun sireh tujuh helai sampai daun bertukar warna. Sebelum rebus, basuh bersih dulu. Daun sireh banyak dijual kat kedai runcit India. Air agak-agaklah dalam satu liter ke. Suamkan dan buat bilas kat bawah tu lepas buang air.

Nak bilas dengan air garam suam pun bagus. Sukatan = 1 sudu teh garam + air suam segelas

Amalkan Makan Bawang Putih

Bawang putih adalah antibiotik semulajadi tau. Ia sangat baik untuk siapa yang ada masalah selalu kena demam selsema, ada masalah jangkitan kulat, kuman, virus dan yis Candida.

Tapi kalau nak telan bawang putih takut tak lalu pula kann. So, boleh amalkan Garlic Complex dari Shaklee sebagai rawatan alternatif yang natural dan selamat untuk ibu mengandung yang mengalami masalah keputihan.

Garlic Complex Shaklee bantu rawat keputihan semasa hamil

Garlic Complex Shaklee diperbuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik.

Setiap dua tablet Garlic Complex Shaklee membekalkan 1000mg ekstrak bawang putih tulen yang menyamai dengan dua ulas bawang putih segar.

Amalkan Vitamin C

Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan Vitamin C. Vitamin C ialah sejenis antioksidan kuat yang boleh membantu menguatkan sistem imun ibu hamil bagi menentang serangan jangkitan kuman di vagina.

Selain buah dan sayur, ibu mengandung juga boleh amalkan makan Vitamin C dari Shaklee

Vitamin C bantu rawat keputihan ketika mengandung

Vita C Shaklee diekstrak dari buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C. Ni bukan vitamin sintetik ye. Sebiji Vita-C Shaklee bersamaan dengan hidangan 7.5 biji buah termasuk kulit buah sekali tau.

Kulit buah yang selalu kita buang tu sebenarnya kaya dengan sejenis antioksidan yang dipanggil Bioflavonoids. So, Vita C Shaklee ni lengkap dah dengan khasiat antioksidan Vitamin C semulajadi serta Bioflavonoids.

Selain bantu rawat keputihan, Vitamin C pun buat kulit semakin cantik !

Kalau ada apa-apa pertanyaan, boleh roger-roger saya, Sue di 017-361 6140

Ataupun tinggalkan jek komen atau pertanyaan kat ruangan bawah ni ye.

Terima kasih sudi singgah blog saya :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Pertanyaan...?

Name

Email *

Message *