Friday, 15 December 2017

Cara Buat Kefir Sendiri di Rumah

Selepas diserang jangkitan kuman di vagina beberapa bulan yang lepas, alhamdulillah saya bertemu dengan penawar yang mujarab. Iaitu KEFIR.

Ibu kefir atau kefir grains
Ibu kefir (kefir grains)

Ada juga beberapa pengunjung blog yang bertanyakan cara untuk membuat kefir sendiri di rumah. Jadi, saya cuba ringkaskan cara membuatnya supaya kalian tak pening kepala. hehe

Ok. Jom kita tengok step-step dalam membuat sendiri kefir di rumah.

Step 1: Standby susu dan Mason jar (bekas kaca)


Saya prefer susu kambing segar. Pernah buat kefir dengan susu UHT. Tapi kejadian dia tak berapa best. Kalau pakai susu kambing fresh, rasa lemak berkrim. Tak salah pun kalau nak pakai susu jenis lain. Terpulang pada bajet dan citarasa masing-masing.

Standby siap-siap susu apa yang kita nak. Sebab kadang bila kita beli susu kambing segar, penjual akan bagi yang frozen. So, kena agak-agak sendirilah. Bila ibu kefir yang kita order tu dah nak sampai, pastikan susu frozen tu dah tak beku lagi. Sejuk takpe. Jangan beku.

Bekas kaca saya beli dari Mydin. Harga dalam RM5.

Mason jar untuk kefir
Mason jar ni boleh muat sampai 400 ml

Step 2: Beli ibu kefir (kefir grains)


Boleh beli dari Facebook Page Malaysian Kefir atau online seller. Harga dalam RM50 macam tu. Grains yang akan dapat tu nanti dalam sesudu besar sahaja.

Macam sikit tapi takpee. Grains tu nanti kalau kita jaga elok, dia akan membiak dan bertambah. Siap boleh sedekah lagi kat orang kalau dah banyak sangat. Dah dapat ibu kefir tu, terus pindahkan ke dalam mason jar tadi.

Ibu kefir atau kefir grains
Saya beli ibu kefir, dapat dalam bekas kaca comel camni

Elakkan pakai sudu besi biasa. Better pakai sudu jenis lain macam stainless steel atau plastik. Banyak pendapat yang mengatakan sudu besi biasa akan mengganggu kualiti kefir tu nanti.

Step 3: Campurkan ibu kefir dan susu


Tuangkan susu ke dalam mason jar yang berisi ibu kefir itu tadi. Anggaran 1 sudu besar ibu kefir = 250 ml susu segar.

Kuantiti susu dan ibu kefir ni kena ngam. Kalau susu banyak sangat, atau ibu kefir sikit sangat, nanti kefir tak berapa nak menjadi.

Step 4: Tutup bekas kaca dan simpan tempat sesuai


Boleh tutup dengan kain, kitchen towel atau apa-apa yang sesuai. Janji ada pengaliran udara. Saya pakai kitchen paper roll jek dan getah tempe.

Tutup kefir secara longgar untuk pengaliran udara yang baik
Kefir ditutup kemas dan diikat longgar dengan getah. Nak selubung terus pun boleh. Lagi gelap, lagi cepat kejadian kefir tu.

Kemudian, simpanlah di tempat yang sesuai. Pastikan ada pengaliran udara sedikit, gelap dan tiada serangga macam semut atau lipas. Letak tempat yang udara panas, contohnya macam kabinet atas dapur masak, lagi cepatlah kejadian dia.

Boleh peram kefir selama 12 jam atau 24 jam. Lebih lama peram, lebih masam. Biasa saya peram dalam 24 jam. Jangan lupa kat kefir tu sudahlaaa.

Selepas 12 atau 24 jam....


Kefir susu dah agak over fermented
Kefir ni dah agak over fermented sikit.. Nampak tak dia terasing tu. Tu normal jek. Dah tapis nanti, dia sebati elok balik.

Rupa susu selepas dikefirkan
Macam nilah rupa kejadian kefir kita. Ni bukan susu basi tau haha. Jangan buang plak. 

Step 5: Tapis


Peralatan untuk membuat kefir susu di rumah
Peralatan yang diperlukan untuk menapis kefir susu

Kefir susu di tapis
Penapis yang lubang besar mudahkan kerja menapis kefir

Penapis plastik digunakan untuk menapis kefir
Kacau kefir supaya cepat turun. Kalau tak kacau mau berjambang tunggu

Kefir susu yang telah ditapis dimasukkan ke dalam botol kaca
Masukkan ke dalam botol kaca yang sesuai. Tutup dan simpan dalam esbok (peti sejuk lah. hehe)

Ibu kefir atau kefir grains yang tertinggal di atas penapis
Ibu kefir yang tertinggal kat atas penapis tu, masukkan kedalam mason jar tadi untuk buat kefir second batch.

Mason jar tak perlu kerap dibasuh
Saya basuh seminggu sekali jek mason jar ni. Masukkan balik ibu kefir kat penapis tadi dan tuangkan susu segar yang baru. Ulang balik step di atas.

Perbezaan saiz botol kefir
Susu kambing fresh yang saya beli tu saiz dalam botol 250 ml. Tapi bila jadi kefir, dia bertambah jadi 200 ml + 100 ml = 300 ml. Botol mineral tu cuma untuk perbandingan saiz jekk.

Nota Penting:


  • Ibu kefir tak perlu dibasuh.
  • Kefir susu tahan dalam seminggu kalau simpan dalam peti sejuk.
  • Kalau nak basuh mason jar tu sebelum buat next batch pun boleh. Tapi jangan basuh dengan sabun. Pakai berus biasa jek yang macam berus botol susu tu. Saya pakai berus panjang yang kat Ikea tu. Senang.
  • Kalau nak balik kampung, ibu kefir tu tuangkan susu siap-siap. Lepas tu simpan dalam peti sejuk. Balik dari kampung, cepat-cepatlah tapis. Jangan lupa plak pada kefir tu. Sian dia dah kelaparan nak susu baru. hehe
  • Bila kat tempat sejuk, ibu kefir kurang aktif.
  • Ibu kefir boleh dimakan. Boleh campurkan dalam smoothies. Atau masukkan sikit masa buat telur dadar atau scrambled eggs. Atau gantikan putih telur untuk buat aiskrim. Tapi saya ngap jek terus. Habis cerita haha
  • Kalau rasa macam leceh nak buat sendiri, boleh jek beli kefir susu yang dah siap daripada Facebook Page: Malaysian Kefir
  • Kalau nak amalkan kefir dalam jangka masa panjang, better buat sendiri. Lebih jimat.
Kalau ada apa-apa pertanyaan, atau nak tambah info, boleh tinggalkan di ruangan komen kat bawah ni ye. Tq sudi singgah blog saya dan Selamat Ber~kefir !


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Pertanyaan...?

Name

Email *

Message *