Tuesday, 12 December 2017

Surirumah Perlu Cari Pendapatan Sendiri

Pada pendapat saya, wanita zaman sekarang walaupun hanya duduk di rumah jaga anak, tetap perlu ada pendapatan sendiri. Sebagai seorang suri rumah, kita tak boleh sepenuhnya hanya bergantung kepada gaji suami semata-mata.

Kalau suami tu gaji besar, alhamdulillahhh. 

Walaupun begitu, kita janganlah cepat berasa terlalu selesa dengan keadaan sekarang. Sebab apa? Sebab bila-bila masa keadaan yang selesa ni akan berubah. Mungkin esok. Mungkin lusa. Siapa tahu kan? Hanya Allah yang Maha Tahu.

"Masa cinta, semua sayang.
Bila dah benci, semua ditendang".

Inilah realiti kehidupan. At least, kalau apa-apa terjadi, kita dah sediakan payung sebelum hujan. Kita boleh berdiri semula dan mulakan kehidupan baru berbekalkan pendapatan yang ada.

Bagaimana pula kalau suami cuma kerja biasa-biasa? Makan pakai memang cukup. Walaupun tak semewah orang lain, alhamdulillah cukup.

Tapi setakat cukup-cukup jelah. Orang kata ngam-ngam jek paras hidung. Kalau tiba-tiba ada hal emergency, bajet pun lari. Atau terpaksa korek tabung kecemasan.

Bila ada pendapatan, sedikit sebanyak, kita boleh juga membantu suami mana yang patut. Lagilah suami menghargai dan bertambah sayang.

Teringin macam-macam


Tahu jelah kan suri rumah ni. Banyak menghabiskan masa di rumah. Seharian duduk di rumah, sesekali teringin juga nak gantung kuali, cuti masak. Bawa anak-anak makan di luar.

Bila buka facebook, teringin juga dihati ni nak beli baju tu, tudung ni. 

Bila berjalan, teringin nak pakai beg dan kasut macam perempuan lain pakai.

Sesekali teringin nak bergaya dengan gelang emas yang berkilau cantik.

Buka pula instagram, teringin nak belikan anak baju dress yang comel-comel.

Tapi apakan daya. Semuanya perlukan duit. Nak minta kat suami, tak sampai hati. Sebab kita pun tahu betapa susahnya suami kita mencari rezeki. Dan kita pun tahu duit yang ada cukup-cukup untuk perbelanjaan sementara tunggu gaji masuk.

Bila ada pendapatan sendiri, kita tak perlu nak tunggu gaji suami untuk beli apa yang kita idamkan. Selain itu, dapat juga membantu suami dalam perbelanjaan rumah.

Surirumah perlu jana pendapatan dari rumah
Photo credit to Foter.com

Bila ada pendapatan sendiri, sesekali dapat belanja suami dan anak-anak makan kat luar. Seronok tau kalau dapat belanja famili sendiri makan. Dah boleh buat saving. Dah mampu beli takaful. Shopping dengan duit sendiri. Ini semua bukan sesuatu yang mustahil. 

Suri rumah pun mampu belanja suami dan anak-anak makan dengan duit sendiri
Suri rumah pun boleh belanja suami dan anak-anak makan tauu.

Langit tak selamanya cerah


Kita sangkakan panas sampai ke petang.
Rupanya hujan ribut di tengahari.

Kita takkan tahu bila hidup kita akan diuji. Jadi, wanita perlu belajar berdikari dari sekarang. Kalau tak tahu bawa kereta, belajar. Ambil lesen. Beranikan diri memandu!

Kalaulah satu hari nanti patah dahan tempat kita bergantung, sekurang-kurangnya jatuh tu takdelah teruk sangat. Takdelah sampai patah kaki. Kita masih boleh bangkit semula demi anak-anak tanpa mengharapkan ihsan orang lain.

Jom suri rumah. 
Belajarlah cari pendapatan sendiri.
Belajarlah berdikari.
Janganlah 100% bergantung kepada suami.
Janganlah berharap orang akan membantu kita semasa kita memerlukan. Walaupun keluarga sendiri.

Nak jana pendapatan dari rumah? Jomlah join bisnes team Shaklee kami. In sha Allah team kami akan guide para suri rumah yang serius nak menjana pendapatan lumayan bersama kami di Shaklee.

Perjumpaan santai antara suri rumah Shaklee

Perjumpaan santai antara sebahagian ahli dalam team kami. Sambil makan-makan, upline berkongsi tips-tips dan info berguna. Ada antara kami ni yang hanya suri rumah sepenuh masa tapi mempunyai income mencecah 5 angka sebulan. Nampak sempoi jek kan? Tapi dalam bank duit berkepuk-kepuk.

Shaklee Business Training di Hotel Sri Petaling

Walaupun ada anak kecil, tak menghalang surirumah-surirumah ini untuk datang menuntut ilmu dari training yang dijalankan.

Shaklee Business Training di Hotel Sri Petaling

Shaklee Business Training di Hotel Sri Petaling. Anak-anak pun saya angkut sekali. Mereka bukanlah alasan untuk kita tak boleh menuntut ilmu kann. Bila ada ilmu, barulah kita lebih confident untuk menjalankan bisnes. Barulah kita tahu dari mana nak mula.

Jom join bisnes team Shaklee kami. Anda boleh terus whatsapp saya, Sue di 017-361 6140.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Pertanyaan...?

Name

Email *

Message *