Friday, 13 April 2018

Misi Wean Off Anak 2 Tahun

Sedar tak sedar Che' Piya dah masuk 2 tahun 4 bulan. Rasa macam dia dah ready nak fully wean off. Yeahh. Lepas ni mak boleh pergi zumba!

Che' Piya 2 tahun 4 bulan nak fully wean off
Nilah budaknya. "Saya bukan Puteri UMNO ye acik-acik" haha

Macam mana nak tahu kalau anak kita dah ready nak fully wean off?


Antara sign atau petunjuk yang kita boleh perhatikan ialah:
  • Masa tengah menyusu, anak suka main-main cik B kita yang sebelah lagi dengan tangan atau kakinya.
  • Masa menyusu lebih pendek. Mana taknya. Baru menyusu, tiba-tiba bangun nak tengok kartun kat tv. Sat sat nak main anak patung pula. Ini maksudnya lebih mudah nak alihkan fokus dia bila nak wean off nanti.
  • Kekerapan menyusu semakin kurang. Sebab kita dah bagi macam-macam solid foods sampai anak kenyang.

So bila kita nampak ada tanda-tanda ni semua, rasanya dah tiba masa untuk kita pencen jadi 'human pacifier'. hehe.

Mulakan misi wean off


Sebelum kita nak mulakan misi wean off, kita perlu set target dulu. Macam saya, target bila anak dah 2 tahun setengah, dah fully wean off. Jadi, saya start misi seawal Che' Piya dah cukup umur 2 tahun. 

Untuk permulaan, hari-hari saya akan cakap pada dia yang dia dah besar. Nanti nak pergi sekolah. Kalau nak sekolah, tak boleh hisap susu mak lagi. Nanti malu dengan kawan-kawan, dengan cikgu.

Saya tak pasti anak faham ke tak bila saya cakap macam tu kat dia. Saya tetap ulang-ulang cakap benda yang sama hampir setiap hari semasa dia sedang menyusu. Sekarang Che' Piya dah 2 tahun 4 bulan. Saya kurangkan kekerapan menyusu pada belah siang dan malam.

Rutin Pagi


Saya akan pastikan saya bangun terlebih dahulu. Siapkan sarapan dan air minum dia. Bila Che' Piya bangun tidur, saya minta dia minum air kosong dulu. Kemudian, terus ajak duduk sarapan.

Saya bagi dia sarapan kenyang-kenyang. Air kosong memang sentiasa standby untuk dia minum pada bila-bila masa bila dia rasa haus. Saya letak air kosong dalam sippy cup. Bukan botol susu. Kadang-kadang saya buatkan dia air tamar cocoa suam kosong. Takde tambah susu pekat atau gula pasir. Biar dia minum dalam cawan.

So, rutin menyusu selepas bangun tidur pagi berjaya saya elakkan. Saya konsisten buat macam ni setiap hari. Bila dia minta nak menyusu, saya cepat-cepat alih perhatian dia pada topik lain. Contohnya terus tanya dia lapar tak? Nak makan tak? Mak ada buat sarapan sedappp.

Rutin Tengahari


Masuk tengahari, saya takkan berlengah bagi lunch kat Che' Piya. Jangan biarkan dia tertunggu lapar. Kalau lambat sedia lunch, mulalah nanti dia minta nak menyusu. So alhamdulillah. Rutin menyusu tengahari pun berjaya saya elakkan.

Rutin Petang


Untuk tidur petang atau nap, saya akan bagi Che' Piya menyusu tapi sekejap sahaja. Saya akan tunggu dia sendiri yang minta nak 'chuchu'. Bukan saya yang offer dulu. Sebelum bagi, saya akan pesan. Dia boleh hisap susu tapi sikitttt jek. Lepas susu, kena peluk bantal, tidur. Che' Piya angguk tanda faham sambil jawab; "Okkeyy". Pandai anak mak. hehe. Lepas menyusu sekejap, angkat dan baringkan dia. Terus tidur. 

Lepas bangun tidur petang, saya terus suruh dia minum air kosong dulu. Kemudian bagi dia minum petang. Dah kenyang, dia sibuk bermain atau tengok Upin Ipin. Sampailah kakak-kakaknya balik dari sekolah.

So, rutin belah siang saya hanya bagi satu kali menyusu sahaja.

Rutin Malam


Rutin menyusu waktu malam yang paling susah sekali nak dielakkan. Tapi setakat ni, saya berjaya kurangkan kepada hanya 2 kali menyusu sahaja. Yang pertama, bagi masa Che' Piya nak tidur. Dua, bagi masa dia terjaga tengah-tengah malam.

Sebelum tidur, saya akan standby air kosong dalam sippy cup kat tepi katil. So kalau Che' Piya terjaga lebih dari sekali, saya akan bagi dia minum air kosong tersebut. Biasanya anak yang terbangun tengah-tengah malam ni ialah sebab depa haus. Terutamanya kalau cuaca panas.

Ada juga dia merengek nak menyusu. Tapi saya akan bertegas cakap dia boleh minum air dari sippy cup dia. Bila hilang haus, Che' Piya akan baring tidur semula.

Elak Bengkak Susu atau Clogged Duct


Macam tulah rutin kami sekarang. Sehari hanya 3 kali menyusu. Nanti pelan-pelan saya cuba nak kurangkan kepada hanya sekali sehari jek. Penting untuk kita kurangkan kekerapan menyusu secara perlahan-lahan. Ini bagi mengelakkan terjadinya bengkak susu atau clogged duct.

Mak-mak perlu check selalu cik B tu. Takut kalau-kalau ada ketulan ke. Untuk elakkan bengkak susu, saya dah standby siap-siap Lecithin Shaklee. 

Lecithin Shaklee bantu surutkan bengkak susu atau susu tersumbat

Lecithin Shaklee boleh membantu meredakan masalah bengkak susu kerana Lecithin mengurangkan kepekatan lemak susu yang terkumpul dan menyebabkan duktus susu tersumbat. Dengan cara mencairkan serta mengurangkan peratusan asid lemak poli tak tepu di dalam susu badan. Ini dipanggil proses EMULSI.

Nanti saya akan update lagi wean off journey saya ye. Saya doakan semoga mak-mak semua pun berjaya fully wean off anak tanpa drama air mata yang menyayat hati. Aaminnn.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Pertanyaan...?

Name

Email *

Message *