Sunday, 5 August 2018

GERD: Sampai Terpaksa Berhenti Kerja

Bila diingat-ingat balik, rupa-rupanya dah lama saya kena GERD ni. Masa tu saya masih bekerja makan gaji sebagai Admin merangkap Personal Assistant (PA). Setiap hari, bos cina saya tu akan nyalakan colok sembahyang dalam bilik office dia. Memang tingkap bilik office dia tu akan dibuka sedikit. Tapi tetaplah satu office penuh dengan asap dari colok sembahyang dia tu.

Saya mula berasa berdebar-debar sepanjang hari. Kadang tak semena-mena tiba-tiba rasa jantung berdegup laju. Tak tahan setiap hari asyik rasa berdebar-debar macam orang nak dapat sakit jantung, akhirnya saya letak jawatan.

Masa tu saya fikir ada dua punca saya jadi macam tu. Pertama, maybe sebab badan saya tak tahan dengan asap dari colok sembahyang yang dibakar. Kedua, maybe sebab saya terlalu stress dengan kerja-kerja kat office.

Stress membuatkan GERD semakin teruk

Antara sebab lain saya berhenti kerja adalah kerana saya terlalu risau takut saya tak boleh capai KPI yang bos harapkan dari saya. Saya terlalu risau performance kerja saya akan beri efek negatif kepada projek-projek syarikat. Kadang kala saya jadi takut dan panik.

So, lepas berhenti kerja, saya cuba meniaga pula. Kebetulan kawan lama offer saya handle staff canteen kat tempat dia bekerja. Saya cuma bertahan meniaga kira-kira dalam 6-7 bulan sahaja. Lepas tu, bungkus! haha

Kenapa saya berhenti meniaga? Sebab hampir setiap hari, badan saya jadi tak larat. Bangun pagi-pagi badan letih, lemau, lesu. Kepala jangan ceritalah. Rasa berat memanjang. Dari pagi sampailah ke malam nak tid, saya macam tu. Rasa macam nak tidur jek.

Kat kantin, saya boleh tidur sambil duduk. Bayangkan sampai macam tu sekali. Padahal saya bukannya jenis tidur siang. Kadang saya akan rasa sakit kepala yang teramat sangat. Kepala ni rasa nak letak jek.

Macam mana nak meniaga kalau terus macam ni?

Masa tu saya dah fikir yang bukan-bukan. Ada orang nak aniaya aku ke? Ada orang letak 'benda' ke kat tempat aku meniaga ni? Apa pasal badan aku ni jadi macam ni? Rasanya takde penyakit pun. Dalam kepala otak ni dok berpusing-pusing fikir macam-macam.

Kalau nak tahu, sebenarnya inilah 'Anxiety Disorder'. Antara simptom-simptom GERD. Salah satu ciri anxiety disorder ni ialah kita terlampau berfikir atau terlalu risau dengan satu-satu masalah. Walaupun masalah tu sebenarnya kecil jek.

GERD boleh mengakibatkan Anxiety Disorder

Kita tak sedar pun kita jadi macam ni. Bila pi cek doktor, semua normal. Semua ok. Padahal kita boleh rasa sendiri ada yang tak kena dengan badan kita ni.

Inilah yang boleh terjadi kalau perut dan usus kita dah tak sihat. GERD ni berkait rapat dengan kesihatan perut serta usus kita. Kalau dulu selamba semua benda kita boleh bedal, boleh telan. Tapi semakin lama, semakin banyak benda yang kita dah tak boleh makan.

Last saya makan keledek goreng (yang kaler oren tu), kepala saya berpusing-pusing sampai tak boleh berdiri. Kebetulan masa tu lepas makan, kami keluar bawa ayah dan mak mentua yang mai daripada kampung pi ziarah adik beradik. Saya hampir pitam. Terduduk kat tepi jalan.

Makan keledek goreng kepala nak pitam

Apa punca semua ni? Sebab perut dan usus kita dah tak kuat macam dulu. Dah rosak. Ingat ye, perut dan usus umpama otak kedua manusia. Kalau sistem penghadaman kita dah tak normal, benda ni akan beri efek pada seluruh badan.

Nanti mulalah sakit-sakit sendi. Kepala ni asyik fikir yang bukan-bukan, emosi tak menentu. Stress dengan masalah yang kecil. Dada rasa berdebar-debar macam orang nak dapat heart attack. Tiba-tiba tekak rasa sakit macam kena cucuk dari dalam. Sakit dada macam kena cucuk dengan pisau. Angin satu badan. Lepas makan berat kepala, rasa nak tidur satu hari. Badan lemah longlai. Takde tenaga.

Banyak lagilah efek dia. Semuanya berpunca dari perut dan usus yang dah tak sihat. Next article nanti saya cerita lagi pengalaman saya kena GERD ni ye. Dan apa ikhtiar yang saya buat untuk sembuh dari GERD.

Kalau nak share pengalaman anda semua pun boleh juga. Taip jek dalam ruangan komen kat bawah ni. Kita kongsi-kongsi cerita. Atau nak whatsapp saya terus pun boleh di 017-361 6140 (Sue)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Pertanyaan...?

Name

Email *

Message *