Setiap orang tak sama. Apa yang saya ambil, mungkin takkan beri kesan yang sama untuk orang lain. Walaubagaimanapun, kita boleh cuba ikhtiar. Kena trial and error. Ambil dulu dalam dos atau kuantiti yang minima. Ambil sikit-sikit dulu. Tengok pada keserasian badan kita sendiri. Dalam 2-3 hari kalau tiada reaksi yang ketara, boleh ambil dos yang tinggi sikit.
Jadi, ini adalah vitamin dan suplemen yang saya amalkan untuk membantu menyembuhkan sakit GERD yang saya hadapi:
✔ Redoxamin - formulasi Dr. Hafiz Sulaiman
✔ Magnesium Oil - brand Elementz
✔ Kurma Dhuha - Bonda Rozita
✔ Arabic Gum - Sudan
✔ Susu Kambing - brand Mikkae
Redoxamin
Redoxamin ni ialah suplemen yang diformulasi oleh Dr. Hafiz Sulaiman. Bahan-bahan utama dalam Redoxamin ni ialah:
- Vitamin C
- Ekstrak Kunyit
- Ekstrak Epal
Redoxamin ni bebas daripada perasa dan pewarna tiruan. Tiada gula proses. Kena simpan dalam peti sejuk. Dan jangan didedahkan pada suhu panas atau cahaya matahari.
Bahan-bahan dalam Redoxamin ni semuanya bebas GMO. Maksudnya, semua bahan-bahan yang digunakan, tidak diubah struktur genetiknya. Free from gluten and dairy products.
Redoxamin ni saya dah amalkan dah masuk botol ke empat kalau tak salah. Sebotol saya share satu family. Anak-anak saya semua saya bagi Redoxamin ni. Especially kalau depa tak sihat macam demam ke, batuk ke. Memang wajib bagi Redoxamin.
Sejak amalkan Redoxamin, atau saya panggil Redox, alhamdulillah memang banyak perubahan. Saya dah kurang mengalami simptom GERD seperti jantung berdebar-debar, susah bernafas, sakit kepala dan sebagainya.
Kalau dulu, lepas makan tiba-tiba saya akan sakit kepala. Kepala jadi berat sangat. Badan terus jadi lemah lesu. Dan saya terpaksa baring. Tau-tau anak kejut. Rupanya tertidur. Kesian kat anak-anak. Tapi sekarang alhamdulillah. Takde jadi dah.
Sakit sendi pun dah makin kurang. Kalau dulu, habis sendi-sendi semua sakit. Anak terlanggar jari sikit pun dah sakit. Tapi sekarang alhamdulillah. Ambik Redoxamin ni, kalau boleh ikutlah sekali Protokol Pemakanan Redoxamin Dr. Hafiz. Protokol ni fokus pada pemulihan sistem penghadaman kita.
Pulih perut, pulihlah penyakit. In shaa Allah.
Kalau dulu, lepas makan tiba-tiba saya akan sakit kepala. Kepala jadi berat sangat. Badan terus jadi lemah lesu. Dan saya terpaksa baring. Tau-tau anak kejut. Rupanya tertidur. Kesian kat anak-anak. Tapi sekarang alhamdulillah. Takde jadi dah.
Sakit sendi pun dah makin kurang. Kalau dulu, habis sendi-sendi semua sakit. Anak terlanggar jari sikit pun dah sakit. Tapi sekarang alhamdulillah. Ambik Redoxamin ni, kalau boleh ikutlah sekali Protokol Pemakanan Redoxamin Dr. Hafiz. Protokol ni fokus pada pemulihan sistem penghadaman kita.
Pulih perut, pulihlah penyakit. In shaa Allah.
Magnesium Oil
Magnesium ialah sejenis mineral yang sangat membantu dalam proses penyembuhan GERD. Bila sistem penghadaman kita bermasalah, magnesium tak dapat diserap dengan baik. Jadi badan kita akan kekurangan mineral penting ni.
Sebab tu orang GERD sangat digalakkan amalkan magnesium oil. Boleh titiskan ke dalam air, dan minum. Atau boleh sapu direct ke tempat yang bermasalah. Tapi pastikan jangan sapu tempat yang ada luka ye. Pedih pulak nanti.
Magnesium Oil boleh membantu masalah:
- Sakit kepala
- Kerisauan (Anxiety)
- Tekanan perasaan (stress, depression)
- Susah tidur (Insomnia)
- Ekzema
- Jerawat
- Asma
- Sakit sendi
- Sakit otot
- Lenguh-lenguh badan
Kurma Dhuha
Kurma Dhuha ni dulu nama dia Maajun Dhuha. Saya cuba juga ikhtiar dengan Kurma Dhuha ni selepas tengok video Bonda Rozita cerita tentang manfaat Kurma Dhuha untuk orang yang ada masalah Angin Medu (GERD).
Kurma Dhuha ni bagus untuk buang angin, merawat masalah keputihan, merawat urat saraf dan sendi. Macam-macam lagilah manfaat dia.
Tapi, kalau ikut Protokol Pemakanan Redoxamin, kita disarankan jangan ambil dulu suplemen herba macam ni. Bila boleh ambik? Haaa yang tu kena refer coach gerd masing-masing. Coach gerd ni agen yang kita beli Redoxamin tulah.
Arabic Gum (Gam Arab/Al-Manna)
Ikut kajian Universiti Kebangsaan Malaysia, Arabic Gum atau Al-Manna mempunyai kandungan PREBIOTIK yang tinggi. Bagi setiap 45g (3 sudu besar), gam arab mengandungi serat larut air melebihi 15 biji epal dan prebiotik melebihi 30 biji epal. Dasyat tu!
Arabic Gum sangat bagus untuk merawat masalah berkaitan sistem pencernaan dan penghadaman. Ia membantu meningkatkan prestasi usus kita. Saya sarankan ambik gam arab selepas habis tempoh berpantang Redoxamin. In shaa Allah boleh bantu boost imuniti badan kita.
Susu Kambing Mikkae
Saya memang suka minum susu. Tapi susu lembu komersial sebenarnya membebankan perut yang sensitif macam perut orang gastrik dan gerd. Jadi, saya cuba minum susu kambing. Saya pilih brand Mikkae sebab ianya 100% susu kambing dalam bentuk serbuk. Macam serbuk susu tepung tu.
Lagipun brand ni antara yang terbaik dari segi rasa dia yang tak hamis. Boleh tahan sedap lemak berkrim. Juga tiada pemanis tambahan seperti krimer atau maltodextrin yang tak sihat. Kalau tak lalu nak minum susu, boleh ambik yang dalam bentuk tablet kunyah. Sedap jugak lemak lemak vanilla gitu.
Jaga Pemakanan
Ikut dari pengalaman saya sendiri, menjaga pemakanan adalah antara cara yang paling efektif nak pulih dari GERD atau apa-apa sakit berkaitan perut dan usus. Vitamin dan suplemen hanya salah satu cara untuk mempercepat proses pemulihan. Yang penting sekali, kena jaga makan. Kena berpantang.
Kalau saya cheat pantang, kesan nampak juga. Cuma lambatlah. So, pada saya sangat penting kita elakkan makan benda-benda yang boleh membebankan perut dan usus. Kalau nak pantang, pantang betul-betul. Atau, kurangkan sikit-sikit. Tapi jangan cheat.
Sampai sekarang saya masih lagi ikut protokol pemakanan Dr. Hafiz. Saya kurangkan pengambilan gluten dan gula putih. Protokol Dr. Hafiz ni hanya sesuai untuk orang yang perut dia dah rosak sahaja ye. Kalau perut kuat, perut tahap nenek moyang, takde masalah kalau nak makan macam-macam.
4-day wait rule diet tu macam ni. Contohnya kalau kita makan roti hari Isnin, so tunggu hari Jumaat baru makan roti balik. Diet macam ni akan kurangkan sensitiviti perut kita pada tepung gandum (sebab tepung gandum ada gluten).
Tak perlu pantang lama-lama sangat. Nanti perut terlalu sensitif pula. Lagipun, rugilah kalau kita pantang lama-lama kann. Sambal belacan, ikan pekasam, udang sotong rugi tu tak boleh makan hehe
So, nak pantang, kena ada ilmu juga. Ada cara-caranya. Semua ni ada dalam Protokol Pemakanan Redoxamin.
Dulu saya cuma pengguna Redox. Tapi sekarang dah masuk jadi agen. Lama juga saya nak buat keputusan untuk jadi agen Redoxamin. Bukan mudah nak handle customer gerd. Sebab gerd ni kalau dah agak teruk, dia akan kacau mental juga. Tu yang mai masalah panic attack, anxiety, depression.
Jadi sekarang saya nak cuba bantu orang lain pula yang ada masalah macam saya.
Kalau ada yang nak tanya lebih lanjut, boleh whatsapp saya, Sue di 017-361 6140. Saya akan cuba bantu dengan ilmu dan pengalaman yang saya ada :)
Perut sihat, kesihatan pun mantap!
No comments:
Post a Comment